Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, July 25, 2013

my wedding preparation

assalamualaikum. lama dh x update belog. bukan busy sangat pun. lebih kpd malas and takde idea.
now, nak cerita.
lagi beberapa minggu je lg tarikh perkahwinan aku akan tiba. tapi serius cakap, aku tak eksited sangat pasal majlis kenduri besar tu. yg aku tunggu2 sangat2 ialah hari pernikahan aku, iaitu pada 2 syawal ni.
itu yg aku nantikan.
itu yg aku eksitedkan.

pasal kenduri, kalau boleh aku nak as simple as possible.
aku taknak kenduri yg grand2, yg riuh sana sini.
aku rimas, mcm mana aku tak suka berada di kenduri kawen yg riuh teramat, mcm tu la aku taknak situasi sama jadi kat kenduri aku. 
bunyi kompang and suara org tua2 berlagu kuat, sungguh buat aku rimas.
bunyi deejay yg merepek meraban, plus lagu kawen dulu2 yg sungguh la haii bsing teramat, buat aku rasa mcm wedding ni satu majlis yg sangat buat aku rasa rimas dan sesak.

kalau boleh, itupun kalau boleh,
biarlah lagu yg dipasang di majlis aku nanti lagu yg berunsur ketuhanan, lagu nasyid.
biarlah pakaian yg aku pakaian tak menyerlah dan tak menampakkan apa yg tak patut nampak.
biarlah tudung aku labuh menutupi dada walau tak cantik sekalipun.
biarlah mekap tak terlalu tebal walaupun buruk dipandang.
biarlah org kata wedding aku wedding paling 'lame' dan xbest sekalipun, janji aku tak suka majlis yg terlalu merimaskan, terlalu cerewet.

lain org, lain keinginan.

aku lebih pentingkan majlis pernikahan aku nanti.
aku risaukan tudung ape aku nak pakai masa nikah.
mekap camne aku nak mekap masa tu.
labuh mana tudung aku. dah bersedia ke aku dan dia.
macam2.

tp pasal kenduri besar.
setakat ni.

katering dah tempah. 11k total katering. yes, mahal.nak.mampos.
tapi nak wat camne, kate org sedap dan berbaloi. so terima je la pilihan mak dan ayah.

bunga pahar, in process. mak DIY sendiri. cantik sangat.

baju sanding, insyaAllah pakai baju nikah je, mahal2 tempah sampai 2 ratus nak pakai sekali je mmg x berbaloi la, so alang2 pakai masa wedding day sekali. lagipun baju tempah 100% lagi selesa dr baju sewa, sbb baju sendiri.
dan serious, aku bersyukur gile aku tak pilih baju yg mula2 ak cdg nak sewa kat butik ritu, sbb rupe2nye kawan aku yg dah nak kawen bulan 9 ni pon sewa baju yg same.
peh, mmg x ahh aku nak prefer baju sewa g dah pasni.
dah la dah ramai org pakai, t masa tgkap gmbr kawen same je dgn org lain yg pakai baju same.
so, biarlah pakai baju dua tiga kali pun, janji baju milik aku sendiri, saiz aku sendiri, and yg penting aku selesa. 

fotografi, insyaAllah dah tempah kat butik kahwin ritu, rm500 je utk time sanding and outdoor. murah gila. selalunye 1000 lebih. sbb tu aku ambik. sbnrnye aku berkire2 jugak nak amik ke tak fotografer ni, sbb aku klu boleh mmg nak jimat kos.
tapi.
bila fikir2 balik, kahwin ni InshaAllah sekali seumur hidup, nak jugak kenangan tu terabadi cantik2 dlm satu album, n klu nak harapkan adik2 aku ambik gambar mmg tak laa kan, tak pro langsung. tgk la masa tunang ritu, hampeh gile dorg. aku suruh tgkap gmbr depa g sibuk makan. dua tiga kali pulak tu makannye. hampeh. =,="

pelamin, dah tempah jugak kt butik kahwin tu. 400 lebih, simple je pelamin dia. sbb aku taknak bersanding pun sbnrnye. taknak tepung tawar bagai tuh. cam org India punya wedding je. sies aku taknak. aku geli tgk. so pelamin tu lebih kpd nak tgkap gambar je.

goodies, dah beli dah beg goodies. mule2 utk jimat kos aku pikir nak beli paper bag tu je cam org skrg selalu buat tuh, rm35 dah boleh dpt seribu beg. tp nak wat camner, opah pulak x setuju. katenye terlalu murah and simple. so nak x nak mak belikan jugak la beg yg lawaaa and mahal sikit. dah abis beratus kat goodies beg je. isinye belum beli lagi. haih sabar2, ckp org tua kena didahulukan.

kad kahwin, alhamdulillah, dah siap dah pun, dah edar pun kat certain kawan. kos overall rm250 je utk kad. order 500 keping. tu pun jenuh cari tempat paling murah and berbaloi. tempah kat LH Creative, kt Kompleks Pertama area Jalan Tar. 

ape lg eh? setakat ni tu je la.
lagi tiga minggu je before majlis besar.
hope semua sempat siap.
huhu.

just nak ckp, aku tak impikan wedding besar2 utk majlis aku. tak pernah mimpi nak tema garden ke, outdoor wedding ke indoor ke hape ke. yg penting bagi aku just masa akad nikah tu je. yg lain sekadar nak inform org ramai bahawa kami dah menikah. kalau boleh mmg nak jimat sejimat2 ada. taknak membazir dan taknak majlis mendatangkan dosa.
so, biar simple, tapi dimeriahkan dgn doa dan kehadiran2 kawan2 serta ahli keluarga yg ikhlas utk mendoakan kami.
:)))

maaf andai majlis nanti ada kekurangannya.
hope sape yg kenal aku, datang la ea. :)

lai2 sape nak tlg masukkan goodies dlm beg. huhu

2 comments:

  1. tak pena mimpi nak tema garden, indoor or outdoor ke..wow..terbaek.. kebetulan same cm post previous aku sbb aku mention theme tu.. wowoooww... terbaek lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh xla dear aku x bace pun lg post ko tuh,terus komen je bila ko post kat fb. aku ckp sal tema tu sbb aku tgk kat blog2 bride to be yg lain, depa kan dok pilih2 tema indoor outdoor. aku tak reti sgt bnd2 tu tu yg ak wat simple je.. huhu

      Delete