Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, July 7, 2013

ramadhan datang lagi :)

10 August 2010, di stesen keretapi Butterworth, Penang.

aku menyambut first ramadhan with him, dalam train, nak balik ke Perak. still remember back then, kami bersahur dlm train jam 5 pagi, sbb train kami bertolak jam 12 mlm and sampai Perak pukul 7 pagi. bersahur dgn keropok and air yg kami beli before naik train. 

that was, a lifetime experience. sbb sebenarnya masa tu kami pertama kali jumpa lepas kami in a relationship. 
so kali ni, dah 3 kali ramadhan kami lalui bersama as a partner. and 3 kali syawal, 2010, 2011, and 2012. masuk tahun ni, 4 kali. dan syawal kali ni, InshaAllah lebih bermakna buat kami. :')

sebenarnya aku agak berdebar menanti syawal tahun ni. syawal pertama, aku masih lagi milik mak and ayah aku. syawal kedua, aku akan menjadi milik dia. dosa aku akan ditanggung oleh dia, dan syurga aku akan terletak di bawah dia. Ya Allah, tipu la kalau kata tak ada rasa cuak and berdebar langsung. ada, kadang2 sampai rasa mcm taknak kawen sampai bila2. tapi life must go on kan, satu hari, satu masa, aku akan kawen jugak. tu la fitrah hidup manusia. aku cuak, sebab memikirkan mcm mana aku nak hormat, hidup dgn seorang lelaki yg selama ni hanyalah sekadar seorang kekasih, yang bila bergurau aku boleh pukul2 dia, bila marah aku boleh marah dia sungguh, bila sedih aku boleh tak hirau dia, tapi lepas ni, orang yg bergelar kekasih ni akan bergelar suami, yang mana aku akan berdosa jika sedikitpun aku tertinggi suara kat dia. Ya Allah, mohon Kau campakkan rasa sabar dlm diri aku untuk menjadi seorang isteri.

walaupun terus terang aku mmg belum bersedia sepenuhnya, tapi aku harap pernikahan ini akan mengajar aku utk menjadi seorang yg betul2 dewasa, yg akan mengubah hidup aku 360 darjah, sbb org yg kenal aku akan tahu mcm mana diri aku, sikap aku, perangai aku. aku dah x boleh and x mampu nak ubah diri aku sendiri, so i hope dia akan mengubah aku, mendidik aku menjadi seorang perempuan yg solehah, dan isteri yg taat serta hormat pd suami.  

moga dia mampu, menjadi imam terbaik buat aku.

sebulan saja lagi, sebelum aku sah menjadi isteri dia. 
aku harap, satu je harapan aku, tolong jgn pertikaikan pernikahan kami.
tolong jgn banyak menyoal kenapa dan mengapa.
sumpah, demi Allah, kami buat semua ni kerana Allah.
terpulang la kalau org lain nak kata macam2, 
nak kata aku ni tak fikir masa depan ke,
nak kata aku ni gatal sangat nak kawen ke, 
nak kata aku ni not a high achiever ke,
terpulang la.
rezeki dan jodoh tu di tangan Allah.

aku ni teruk sangat ke sbb pilih dia?
kahwin muda tu jadi satu masalah sangat ke?
benci bila ada manusia yg masih tak faham. benci tauk.
kalau tiba2 Allah ambik nyawa aku sebelum aku sempat bernikah, tak ke sia2 dosa couple selama beberapa tahun ni? tak ke tak sempat aku nak merasa halalnya pernikahan? tak ke aku tak sempat nak punyai anak sendiri dgn dia?
biarlah nak kahwin umur brapa pun, janji aku tamatkan pelajaran aku, dapat degree yg PENTING sangat tuh.
aku cuma awalkan tiga tahun je, is that SOOOOOOOO wrong?

haih. mulut orang. menyampah.

janji buat kerana Allah, sudahlah.
Allah kan ada.

semoga Ramadhan kali ni membuka mata diri sendiri, membuka mata semua orang, bahawanya redha Allah itu lagi penting dari perancangan masa depan.
rezeki tu Allah yg bagi.
dan kami akan berusaha semampu mungkin.

DON'T EVER JUDGE ME AND MY DECISION.
it's my life, my right.
aku mati nanti, korang ke yg tanggung dosa2 aku?
so please,
make your mind STRAIGHT.

tanya aku depan2 kenapa aku pilih kahwin skrg, 
1000 sebab aku boleh bagi.

sekian, ahlan wasahlan Ramadhan.

peduli apa org kata, biar diri sendiri yg rasa.


teaser. kad kahwin dah siap. akan di'reveal' kemudian. :)

No comments:

Post a Comment