Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, July 6, 2013

tamat sudah semester 3

assalamualaikum, hye kawan2 semua. eheh. happy ni. :))
teka sbb apa?
hee.
finally, tamat sudah ~

SEMESTER 3 BACHELOR OF LEGAL STUDIES
FACULTY OF LAW
UITM SHAH ALAM

eheh, seronok sangat lepas habis paper last semalam, even jawab mmg merapu gila dlm paper politik semalam. huhu. tapi takpe la, dah habis jawab semua paper kan, tawakkal je la pd Allah mcm mana resultnya nanti. hope sangat2 takde repeat paper. aku kalau boleh nak habiskan degree ni without any paper repeat at all. susah babe kalau repeat, nak kena extend lagi klu byk repeat. mohon sangat moga xde repeat paper. huhu.

so skrg dah ada kat rumah tercinta, kat Sungkai Perak. :)) mungkin akan sibuk dgn persiapan kahwin, maklum la bulan 8 ni dah jadi milik orang. huhu. semalam cik abang dh tanya dh, "nanti nak bilik kita warna apa?" bilik kita uolls.. adoii, x dpt aku bayangkan sebilik ngan mamat ni. dulu sekelas, skrg sebilik pulak. huhu. 

nak cerita pengalaman sepanjang sem 3 ni. sem ni aku ambik subjek Criminal Law I, Land Law I, Administrative Law, Law and Politics, Equity & Trusts. subjek politik tu subjek elektif. kenapa aku ambik politik? sbb senior kata politik senang nak score. kihkih. padahal aku bukan minat politik pun. overall subjek sem ni, bagi yg paling senang is Criminal Law. Land Law sebenarnya senang tapi banyak gilaaaa prosedur nak kena hafal, serius sangat banyak sampai aku rasa nak nangis lepas habis paper Land aritu. sebab even dpt bawak masuk National Land Code dlm dewan exam tp bila kuar soalan, dah bercampur xtau nak guna seksyen mana. haru kauuuu! huhu. aku dgn ajla dah siap sep2 dah pas habis exam berdoa mintak2 tak fail paper Land law. sbb lecturer pun kata ramai sgt yg repeat land. T_T

ohh lupa sem 3 ni jugak kitorang ambik BEL Presentation Skill. dua kali kena buat speech, satu 5 minit yg satu lg full speech 10 minit. tajuk speech aku yg first Narrowing the Generation Gap, yg second Profile of a Pedophile. overall aku puas hati la jugak dgn presentation speech aku even sebenarnya tak bagus sangat pun. :p

sem ni agak mencabar jiwa raga, sbb banyak sangat yg terjadi sepanjang sem ni. and sem ni jugak baru aku kenal siapa kawan siapa lawan. sem ni jugak mengajar aku bahawa tak semua org boleh terima diri kita seadanya. sem ni jugak mengajar aku bahawa subjek Law bukan senang, huhu. and sem ni jugak aku dirisik and bertunang dgn seorang lelaki yg sangat aku sayang. :) Alhamdulillah for this sem, walaupun ada asam garamnya, buruk baiknya, tp di sebalik semua tu, rupanya Allah nak hadiahkan aku hadiah paling bermakna dlm hidup seorang perempuan. :)

me and my housemates :)

anyway, doakan result aku sem ni okey and sape2 yg dekat dgn Sungkai, Perak tu boleh la datang majlis perkahwinan aku 17 Ogos ni. :)))

No comments:

Post a Comment