Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, August 28, 2013

syukur aku punya dia

Assalamualaikum,

Lama jugak ye aku selang2 tak update. Sebenarnya dah dekat dua minggu aku kurang sihat. Kerap demam, muntah. Sampai skrg kat rumah nenek suami kat Banting pun aku still demam lg kadang2.

Dlm entry ni, aku nak panjatkan kesyukuran yg amat sangat kpd Allah SWT kerna mengurniakan aku suami sebaik dia. Dr 3 tahun lepas mmg dia sanggup buat mmcm utk aku, itu aku nampak. Tp lepas dh kawen ni aku lg nampak betapa dia terlalu menyayangi aku…

Satu detik paling aku takkan lupa, ialah mlm masa aku demam teruk kt rumah aku haritu. Masa tu aku dah nak muntah sangat2, tak sempat nak pergi bilik air, masa tu atas katil dlm bilik kitorang. Aku mintak plastic kat dia, then aku luah segala isi aku dlm tuh. Rupe2nye  plastik tu bocor. Abis cadar kne muntah, masa dia nak buang plastic tu pun mmg habis lantai bilik sampai bilik air kne muntah aku. Yg lawaknye, dia pun dok muntah sekali tgk aku muntah. Dia kata dia kena muntah dlu baru boleh cuci muntah aku. Then pas dia muntah, dia lap segala muntah aku dlm bilik tuh. Dia basuh cadar and comforter yg terkena muntah tu.  Seriously, aku sendiri x pernah lap muntah aku sendiri, dlu mak yg selalu lapkan. Aku sendiri geli nak pgg muntah sendiri even dlm plastic, tp dia, sanggup buat all that for me. :’( aku sendiri xtau aku sanggup ke x buat benda yg sama if benda tu jd kat dia.

Then tiba time makan ubat, dia akan ingatkan aku. Dia akan duduk mengadap aku, bagi satu2 ubat yg aku kena makan. Aku ni jenis x reti makan ubat biji tu sbenarnya. Kkdg x lepas nak makan, terluah balik skali ngan air2 and ubat tuh. So bila tibe ubat besar sikit, aku taknak makan. Aku gtau dia nanti aku muntah balik ubat tuh, pastu dia ckp, takpe, abg tadah ni ha, sambil hulur tgn nak tadah if aku terluah balik ubat tuh. He’s really the husband I need.

Sepanjang aku demam, dia sediakan mcm2 utk aku. Bila aku tak lalu mkn, dia akan tye aku nak makan apa. Dia akan kuar pergi cari makanan tuh.  Bila nak air, tak kire la air ape pun aku mintak, dia akan buatkan. Tak kire la masa tu jam 3 4 pagi ke. Kkdg sampai bbrape kali dia kena bangun tgh2 mlm utk temankan aku g tandas.

And yeah, he cooked for me too.  :’)

Yg paling funny + buat aku rasa bersalah, masa aku tgh demam teruk tuh, aku taknak dia baring dekat2 dgn aku, aku jd rimas. Then masa tu dia tgh nak tidur, aku dah lena dah, bila dia nak peluk aku, aku tepis and tolak2 dia. Aku serius tak sedar benda tu. Tp aku sedar dia ada bisik Iloveyou syg kat aku. Besok pagi dia citer la, “sampai hati smlm syg tolak2 abg, tau la demam, huhu.” Aku pun tergelak dgr cerita dia, aku mmg tak sedar ape time tu sbb dh kena ubat.

Ya Allah, moga aku juga mampu jd yg terbaik buat dia. Sabar ea sayang. Tunggu aku berubah demi kamu. I will make myself better from time to time. I love you so much!!! 

Saturday, August 24, 2013

kasih seorang suami

assalamualaikum.

dah lama gila aku tak update blog. bukan busy ape pun, tp dah kahwin ni tak brape ada mood sangat nak update blog. tambah2 aku dua tiga hari lepas kenduri hari tu kena demam teruk. ni semua gara-gara berhujan dari slim river ke sungkai naik motor. huhu. hujan lebat pulak tu. mmg lenjun habis dgn suami aku masa tu.

tapi alhamdulillah aku bersyukur sangat2, masa aku demam teruk gila tu, mmg dijaga sepenuhnya oleh suami aku. aku ingat lg malam first aku demam tu, panas gila badan aku masa tu, around pukul 1 pagi, then dia tuam dahi and leher aku dgn air, buatkan aku air yg aku nak, tlg urut2 badan aku, pujuk aku. banyak kali dia ulang alik turun bawah naik atas semata2 nak jaga aku. siangnye dia berulang alik pergi kedai cari ubat aku, belikan aku nestum bila aku nak, belikan apa yg aku nak makan.

aku siap suruh dia buatkan teh tarik, kkdg kol 2 3 pagi aku suruh dia buatkan air sbb aku nak minum. ada hari tu sampai xlarat nak mandi, dia yg tolong mandikan. dia mmg sabar gila layan karenah aku. makan pun kkdg nak bersuap. manje sungguh dgn suami sendiri. 

semalam aku tiba2 termuntah pukul 2 setengah pagi, dia bangun temankan aku sampai bilik air, bersihkan muntah aku then teman aku sampai aku tidur balik. sumpah terharu gila dgn sikap dia. aku bersyukur sngat2 ada dia dlm hidup aku. moga sampai bila2 awak tetap camni dgn saya. :')

ok serius aku takde idea nak update ape lg. 
=,="

Tuesday, August 13, 2013

aku terima nikahnya


" Ahmad Taufiq bin Baharuddin, aku nikahkan dikau dgn Nurul Azawani binti Kamarudzaman yg berwakil wali bapanya kepada aku dgn mas kahwinnya 110 ringgit tunai."

" Aku terima nikahnya Nurul Azawani binti Kamarudzaman dgn mas kahwinnya 110 ringgit tunai."


alhamdulillah, dgn lafaz ijab dan kabul di atas, telah sah aku menjadi isteri kpd lelaki ini, Ahmad Taufiq bin Baharuddin. 

"abg, apa abg rasa eh masa kat depan tok kadi tu?"
"abg terbayang amanah yg bakal abg terima and arwah mak."
"arwah mak? knp?"
"sbb dia takde menyaksikan abg masa abg nikah."

:'(

alhamdulillah, bberapa minit sebelum akad nikah berlangsung, hujan turun selebat2nya. sejurus selepas akad nikah berlangsung, hujan berhenti serta merta. 
mmg rahmat dr Allah SWT.
aku bersyukur sangat segalanya berjalan dgn lancar. walaupun sebelum akad nikah tu mmg kelam kabut gila dibuatnya. baju pengantin lelaki x sampai lg kat dia sbb baju tu ada kat aku. aku pulak lmbt sangat bersiapnya.

dan paling indah, kawan2 kami satu kelas masa form 1 dtg menyaksikan detik terindah dlm hidup kami. thanks kawan2.

doakan jodoh kami berpanjangan sampai syurga. 
:')

Friday, August 9, 2013

2 syawal, 2:19pm

dear my unprivate diary,
lagi dua jam lebih aku akan diakadnikahkan dgn seorang lelaki yg aku cintai.
perasaan tika ini, Allah, eksited, neves, semua ada bercampur baur.
tp alhamdulillah, pagi td bangun pagi aku batuk2 and selsema, then skrg semua dah hilang, sihat walafiat alhamdulillah.
moga pernikahan kami hari ini, mendapat rahmat Allah SWT.
moga berlancar lancar segalanya.

to my future husband, lg 2 jam je lg kita bakal sah menjadi suami isteri.
inilah saat yg paling kita nanti2 sepanjang hubungan kite kan.
moga sayang mampu menjadi penyejuk di mata, penawar di hati abang.
kita niat utk dinikahkan di usia muda ni semata2 kerana Allah SWT.
inshaAllah, akan lebih bermakna hidup kita selepas ini kelak. 

may Allah ease. 
may Allah bless.

iloveyou Ahmad Taufiq bin Baharuddin.

Thursday, August 8, 2013

esok 2 syawal

esok, the biggest day in my life. 

me + you + nikah = halal love.

kawan2, please pray for me.

salam aidilfitri. 
maaf zahir batin anda ada sesiapa terasa dgn penulisan aku di blog ni.
doakan kebahagiaan aku dunia akhirat.
# mata tak cukup tidur

Monday, August 5, 2013

wedding jitters

guys, my wedding day is just around the corner. it's only less than two weeks left!
and seriously, i'm kind of having a pre-wedding jitters.
it's like having a cold feet, for any bride or groom before their actual wedding.
sigh!

i'm being mad at my fiancee for no reasons, or for a very stupid reason.
like I asked him to buy me some topup, and he said nanti petang, coz dia nak tidur jap. while me, being so mean just throw my anger to him! and later that evening, he bought me that topup, and I'm not replying to any of his messages and not even a single thanks! 

God I am so in a mess right now.
tudung x cari lagi, baju nikah pun x siap lg padahal lg 4 hari kami akan menikah. 
seriously, not that I dream of a perfect wedding, but yeah, of course every girl want her wedding to be perfect and smooth! 

x nak la jd runaway bride pulak nanti kan. huhuh.
tapi seriously, the tensed is getting higher when the date is coming real soon.
I should just be happy knowing that I'm gonna marry the man whom I really love but somehow, I kind of having second thoughts.
I wonder what my life would be after this marriage, and how hard would it be. 
and then I wonder, what if I am not getting married? would I lose him forever? could we wait another 4 or 5 years to be together?
that kind of thought just pop out in my mind and it makes me nuts.

but somehow, at the very least, the fact that after this I would have someone to share my whole life with, and the fact that we love each other and would do anything to save this relationship, overcome all these negative thinking that I had.
three awesome years together made me realize what I really want in this life.
someone who could accept me the way I am, and is willing to be patient and spend his whole life with a girl like me, make me realize of what I have right now. 
and I would not trade that with anything else in this world.

satu masa dulu, when I was in high school, I wonder who in this world would want to marry me? or takkan ada seorang lelaki pun nak kat aku nanti. I'm afraid kalau2 mmg x kan ada seorang pun berkenan kat aku, boleh tahan dgn sikap dan perangai aku, and paling penting, boleh terima aku seadanya. 

but alhamdulillah, I found him.

we are getting married, 4 days from now. and this was the greatest gift ever.
looking at our names in the wedding card, make me realize that our dream is finally come true.
a few years back we used to promise each other, that one day, I'll be his wife and he'll be my husband.
and thanks Allah, it finally happens.



jemput datang. :)



Saturday, August 3, 2013

'hadiah paling bermakna'

assalamualaikum.
I really like to share this story.

yesterday, aku pergi cc dgn dia. we both bukak fb. and then I saw adik dia tag status kat dia, which she thanks her abg for bought her kain sulam dr bandung. yg mana dia ade belikan kain yg sama utk aku.

I told him. 

"abg, I think what you did was really really good."
"which one?"
"belikan ur adik kain tu."
"nape ckp camtu?"
"look at her status. she appreciate what you did."
"ouh, mmg la dia appreciate tp dia mcm perli abg je.huhu."
"maybe sbb abg jarang belikan pape utk dia kot."
"bkn myb, mmg betul pun.salu beli utk syg je.abg belikan utk dia with hope dpt rapatkan abg dgn dia pasni."
"bagus2. tp nape abg belikan kain tu utk syg skali? bkn murah2, mahal kot. beli utk dia je dah la."
"sebab dua2 abg sayang."

see. 
damn I love him for loving me that much.

and. this conversation continues.

me : tp syg xpena bg abg pape kan.
him : penah. bg dompet je.
me : je? huhu sedih syg dgr.
him : haha. nape lak? tapi hadiah paling bermakna for me, you being my wife. 

and once he said.

"berbaloi semua ni. abg dpt sayang."

thank you Allah, for giving me him.
after this, moga apa yg dia dapat ni, berbaloi utk hidup dia.
moga aku mampu bahagiakan lelaki ini.
InshaAllah.

notakaki : my result this semester was way too much from what I expect. another nikmat dr Allah SWT utk aku. and the fact that I still qualified to enter LLB Hons, which will make me a LAWYER, make me feel even greater. may another three semester ahead I can maintain my pointer.
hadiah paling bermakna utk syawal and pernikahan ini. Alhamdulillah Ya Allah. :)

Friday, August 2, 2013

cikgu, kami nak kahwen dah.

assalamualaikum.

semalam, 23 ramadhan, kitorg pergi smk slim nak menjemput ckgu2 lama kitorang dulu. merangkap kawan sekerja ayah la sbb dulu ayah mmg ngajar smk slim. mmg kenangan yg x dpt dilupakan.

mula2 ayah suh aku pergi jemput. aku mmg segan nak g sorang. so aku ajak la encik tunang pagi masa bersahur tuh. dia ckp dia keje, nape xgtau awal2 leh mintak cuti awal2. tp lepas dah kautim ngan boss dia bagai, dia pun balik perak pagi tu jugak, with his dad sebab ayah dia mmg ada mesyuarat PIBG petang tu kat smk slim gak. ayah dia bekas YDP PIBG skolah tu. see the connection? huhu.

so mmg ramai la ckgu2 yg kenal kami masa kt smk slim tuh. aku cikgu2 kenal sbb anak cikgu kamarudzaman, dlu kami mmg dok kat kuartes smk slim tuh.  tambah2 aku dlu pernah gak skolah slim tu masa form 1 and form 2 jap, satu kelas pulak tu dgn si topek. and kebetulan pulak ayah aku tu guru kelas kitorang. huhu.

nampak x?
jodoh tu boleh dtg dlm pelbagai cara. even dgn org yg korang paling x sangka. 

cikgu2 semua terkejut masa kami bgtau kami nak kawen da. 
first, sbb kami baru 21 tahun. 
second, sebab x sangka aku kawen dgn topek, classmates sendiri. ni la dikatakan jodoh.

tapi mmg tragis betol time nak masuk bilik guru tuh, punya la segan. siap bertolak2 mcm budak2 depan pintu bilik guru tuh, "abg la masuk dlu." "syg la masuk dlu." "alaaa abg kan lelaki, kne la gentleman, pergi la masuk dulu." "okey camni, abg masuk, syg ckp, okey?" 
haha, nampak x betapa segannye nak masuk. jenuh berdialog dlu sebelum berani nak masuk jumpa cikgu2. tu pun sbnrnye cikgu yg tegur kami dlu. huhu.

tapi.
semalam mmg sungguh la lepas rindu. bercakap x henti2 my tunang tuh. and his smile really make my day.
I love you my dear. always. thanks sbb selalu tolong aku bila aku memerlukan kamu. J

nampak x sape yg drive? haih. tunang aku tu ade lesen kete tp penakut nak bawak kete.
lalala ~