Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, August 28, 2013

syukur aku punya dia

Assalamualaikum,

Lama jugak ye aku selang2 tak update. Sebenarnya dah dekat dua minggu aku kurang sihat. Kerap demam, muntah. Sampai skrg kat rumah nenek suami kat Banting pun aku still demam lg kadang2.

Dlm entry ni, aku nak panjatkan kesyukuran yg amat sangat kpd Allah SWT kerna mengurniakan aku suami sebaik dia. Dr 3 tahun lepas mmg dia sanggup buat mmcm utk aku, itu aku nampak. Tp lepas dh kawen ni aku lg nampak betapa dia terlalu menyayangi aku…

Satu detik paling aku takkan lupa, ialah mlm masa aku demam teruk kt rumah aku haritu. Masa tu aku dah nak muntah sangat2, tak sempat nak pergi bilik air, masa tu atas katil dlm bilik kitorang. Aku mintak plastic kat dia, then aku luah segala isi aku dlm tuh. Rupe2nye  plastik tu bocor. Abis cadar kne muntah, masa dia nak buang plastic tu pun mmg habis lantai bilik sampai bilik air kne muntah aku. Yg lawaknye, dia pun dok muntah sekali tgk aku muntah. Dia kata dia kena muntah dlu baru boleh cuci muntah aku. Then pas dia muntah, dia lap segala muntah aku dlm bilik tuh. Dia basuh cadar and comforter yg terkena muntah tu.  Seriously, aku sendiri x pernah lap muntah aku sendiri, dlu mak yg selalu lapkan. Aku sendiri geli nak pgg muntah sendiri even dlm plastic, tp dia, sanggup buat all that for me. :’( aku sendiri xtau aku sanggup ke x buat benda yg sama if benda tu jd kat dia.

Then tiba time makan ubat, dia akan ingatkan aku. Dia akan duduk mengadap aku, bagi satu2 ubat yg aku kena makan. Aku ni jenis x reti makan ubat biji tu sbenarnya. Kkdg x lepas nak makan, terluah balik skali ngan air2 and ubat tuh. So bila tibe ubat besar sikit, aku taknak makan. Aku gtau dia nanti aku muntah balik ubat tuh, pastu dia ckp, takpe, abg tadah ni ha, sambil hulur tgn nak tadah if aku terluah balik ubat tuh. He’s really the husband I need.

Sepanjang aku demam, dia sediakan mcm2 utk aku. Bila aku tak lalu mkn, dia akan tye aku nak makan apa. Dia akan kuar pergi cari makanan tuh.  Bila nak air, tak kire la air ape pun aku mintak, dia akan buatkan. Tak kire la masa tu jam 3 4 pagi ke. Kkdg sampai bbrape kali dia kena bangun tgh2 mlm utk temankan aku g tandas.

And yeah, he cooked for me too.  :’)

Yg paling funny + buat aku rasa bersalah, masa aku tgh demam teruk tuh, aku taknak dia baring dekat2 dgn aku, aku jd rimas. Then masa tu dia tgh nak tidur, aku dah lena dah, bila dia nak peluk aku, aku tepis and tolak2 dia. Aku serius tak sedar benda tu. Tp aku sedar dia ada bisik Iloveyou syg kat aku. Besok pagi dia citer la, “sampai hati smlm syg tolak2 abg, tau la demam, huhu.” Aku pun tergelak dgr cerita dia, aku mmg tak sedar ape time tu sbb dh kena ubat.

Ya Allah, moga aku juga mampu jd yg terbaik buat dia. Sabar ea sayang. Tunggu aku berubah demi kamu. I will make myself better from time to time. I love you so much!!! 

No comments:

Post a Comment