Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, September 29, 2013

seorang lelaki bernama suami

kerna kau isteriku, ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
tak semudah yg kita janjikan..

sungguh, tak pernah terlintas di hati aku akan melihat dia usaha seperti ini, 
demi sebuah TANGGUNGJAWAB kpd seorang isteri.
dalam usia yg masih sangat muda, baru 21 tahun, dah memegang title seorang suami, yg mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap isteri.

kagum aku melihat perubahan yg terjadi dlm hidupnya, daripada seorang yg mengharapkan duit ayah, yg berseronok enjoy sana sini masa belajar kt uitm kedah dulu, yg hanya perlu fikirkan pelajaran, kpd seorang yg mempunyai tanggungjawab cukup besar..

setiap hari, pagi2 bangun subuh, lepas subuh keluar pergi pasar cari barang utk niaga, lepas cari barang wat keje potong2 utk digoreng, bancuh air gula utk buat air, bawak segala barang ke tempat niaga.. and start jam 10 pagi sampai 6 ptg keje dia tak pernah berhenti, berdiri sepanjang masa menggoreng, layan customer, potong tu potong ni..

bila budak art n design meniaga..

sungguh, setiap peluh yg mengalir, setiap keringat yg diperah, hasilnya utk bagi isteri yg dinikahinya nafkah..
isteri yg masih belajar di universiti.. yg saban hari hanya tau mintak duit, mintak itu mintak ini..

lihatlah sendiri pengorbanan seorang suami.. seorang LELAKI..

sem ni, aku ada subject Legal Research and Methodology,
and line maxis kt shah alam makin teruk sampai x boleh nk buat prepaid broadband utk online,,
so aku mintak kat dia nak satu broadband.. sbb nak buat research susah xde broadband..

dan hari ni, untung niaga yg dia dapat, dia bg kat aku..
"ni untuk syg beli broadband esok."

just imagine. 
kadang2 aku terfikir, apa yg aku buat sampai aku deserve him.. 
aku rasa mcm aku sangat2 tak layak dgn dia..
sampai yg masak makan malam utk aku adalah dia.
yg buat air utk aku time aku tgh sibuk study adalah dia.. 

what did I do that I deserves to be with him?
:')

abang, thanks a lot.. 
I can't never thank you enough..

I love you, more than you could ever imagine.
not because you treat me so nice, not because you are so damn funny with me,
not because you spend most of your time with me, not because your smile make my day,
but because you are my HUSBAND, the person I love the most in this whole world.
thank you for marrying me. :')


kita dah kongsi banyak suka duka sama2, moga kita sama2 mampu masuk ke syurgaNya. :')




me, abg and adik ipar. hehe

# saje gedik2 main webcam, tu gambar x bpe cantik.






Tuesday, September 24, 2013

wani, best tak kawen?

soalan stereotype aku dpt lepas aku kawen ni.. heheh..
nak tau apa yg best?

best bila kau dpt roommate baru, kawan gelak tawa sama2, kawan gaduh, kawan tgk movie same2, kawan main game same2, kawan masak same2, kawan mandi same2, ehh? hehe melampau sgt la mandi sesame..

tapi tu la, yg bestnye bila bertambah lg sorang lelaki yg akan jaga kau, yg sanggup buat anything utk kau.. yg masakkan mcm2 utk kau.. yg belikan ape yg kau nak.. yg teman kau ke mana kau nak pergi.. yg sanggup tiap2 minggu amik kau kt shah alam bawak balik rumah, tak kira la kat Banting or kt Perak.. yg jaga kau bila kau sakit..yg mcm2 laa.. 

kekadang aku rasa beruntung sangat ada dia dalam hidup aku selama hampir empat tahun ni..walaupun tak sepanjang masa kami bahagia, ada masa jatuh jugak air mata, bergaduh tak ingat dunia, but we overcome all that.. trust me, takde hubungan yg sepanjang mase akan bahagia.. mcm tu jugak la hidup as husband and wife ni.. bukannye kitorang tak pernah gaduh, ade je.. tp tu la kelebihan jd suami isteri ni, bila gaduh tak boleh lama2.. before tidur mesti berbaik.. takpun, pagi2 tgk2 ade org peluk kt sebelah, wlupun malam tu gaduh teruk.. heheh.. 

and sangat sweet bila suddenly one of us will say "i love you" to each other.. kadang2 time sebelum nak tidur, kadang2 time lepas solat, kadang2 randomly je, time kt dapur, time tgk movie.. and masa ni la belajar berkerjasama hidup berdua, dia basuh kain, aku tukang sidai.. dia masak kt dapur, aku tukang potong2 bawang bagai (tak ke terbalik?) haha.. dia angkat kain, aku lipat kain.. and mcm2 lg laa.. 

hidup as suami isteri ni mmg kena banyak sabar.. banyak sangat2.. sbb kita baru nak belajar hidup dgn manusia yg sebelum ni kita tak kenal sgt.. trust me, masa kapel, itu bukan diri kita yg sebenarnya.. masa kapel kita banyak berpura2, cover mcm2.. tp bila dh kawen, you need to learn to accept each other's flaws.. sbb manusia ni ragamnya mcm2..and dlm process kita nak belajar menerima tu, kita akan belajar berkasih sayang yg sebenar2nya.. masa tu la nak bermanja mcm2.. you can do anything with that person sbb org tu dah jd yg HALAL buat kita.. and that's the best thing when we get married..

:))

saat terindah kami.. :)

sebenarnya.. saya isteri dia! :)

Monday, September 23, 2013

nak jd lawyer?

assalamualaikum...


tengok la mereka2 ni.. sume cantik2 and hebat2 belaka kan..
kami satu kelas, LWB04G.
study kat Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam..
inshaAllah, lg dua sem kami akan grad Bachelor of Legal Studies..
pastu sape yg nak jd lawyer akan further amik LLB Hons..
means kami akan konvo dua kali.. first utk BLS, second utk LLB..
tu pun klu nak jd peguam la..
ade je option lain, nak jd lecturer ke, legal advisor ke, macam2 lg la..

ramai adik2 yg msg aku kt fb tanye pasal mcm mane nak masuk course ni.
aku pun tak berapa tau sangat sbb aku bukannya dari asasi undang2 mcm kawan2 sume ni, aku dari matrikulasi, amik sains hayat pulak tu dulu. 
jauh sangat lari bidang ke undang-undang.
tp so far best je amik law ni, banyak sangat benda2 yg penting utk kita tau, yg org lain tak tau.
tak perlu takut nak ambik kos ni, bukan susah mana pun sebenarnya. cuma kena terer BI la klu nak amik law kat UiTM ni. kalau kat UKM belajar law dlm BM, so MUET perlu band 3 je. kt UiTM kena band 4. 

antara subjek yg bakal korang belajar dari sem 1sampai sem 4 ialah Malaysian Legal System, Constitutional Law, Law of Torts, Contract Law, Criminal Law, Administration Law, Equity and Trust, Land Law, Mooting, Administration of Trust, Legal Research and Methodology.. and ape lg ntah ade yg aku tak ingat..

final exam? susah sangat sangat. sebenarnya bukan soalan yg susah, tp masa yg sangat sangat sangat tak cukup. 3 jam mmg tak cukup nak jawab semua soalan penuh. bayangkan klu dah satu soalan jawab sampai 3 4 page? huhu. 

so, for adik2 yg teringin nak ambik kos ni, tak salah mencuba kan? masa spm, buat elok2, terutama dlm subjek BI and Sejarah. lepas tu masuk asasi undang2 or form 6. yg dah mmg ada kat matrik, klu pointer matrik korg atas 3.5 mmg no hal la, apply je for this course confirm dpt tp MUET kena band 4 la. 

sekian dari hakak yg ambik law tp pemalas nak belajar tau nak kawen je. hahah. 

ohh lupa, dalam kelas aku tu ade satu pasangan ni dah kawen(boleh tgk kt gambar), termasuk la aku. so, ada tiga org la yg da kawen dlm kelas aku tu.  heheh..

my little family in law faculty. :)

Monday, September 16, 2013

terasa.

tiba-tiba,
rasa macam nak lari jauh jauh daripada manusia.
sebab manusia ni ragamnya macam-macam.

rasa macam nak bawak hati lari pergi.
sebab manusia ni kadang-kadang takde hati.
cakap ikut suka, buat suka hati.

rasa macam nak hidup seorang diri di dunia lain.
sebab dah puas hidup dgn manusia suka sibuk tepi kain.

rasa macam nak tukar diri sendiri jadi robot.
ikut apa semua orang cakap, biarpun diri sendiri kelam kabut.
sebab fitrahnya manusia, nak org dengar cakap dia.
tak fikir, apa aku mahu dan apa aku rasa.

rasa macam nak sembunyi dalam selimut tiap masa,
kadang-kadang tak larat nak hadap dunia bila semua nak jadi raja,
penuh dgn rasa kecewa di dada,
bila permintaan tak dikabul depan mata.

rasa macam semua org dalam dunia ni dah mula jadi hipokrit,
semua dah mula keras macam konkrit,
hati manusia dimain dilapah dimakan bukan sikit sikit,
sampai kadang kadang manusia itu jadi sakit.

rasa macam terasa.
rasa macam tersentap.
dengan dunia.

rasa macam sekarang juga nak lari.
biar tiada siapa yang peduli.
apa ada dalam hati.
sebab sekarang manusia dah tak pegang pada janji.
dah tak kenal erti menjaga hati.
dah tak nampak dan tak peduli.
akan perasaan sekeping hati.

rasa macam terasa.
rasa macam tersentap.
dengan dia.
dengan awak semua.
dengan dunia.

dunia, 
aku pohon, sikit masa saja lagi, 
tampung segala beban yg makin menjadi-jadi.
dunia,
aku pohon, untuk sikit waktu lagi,
bantu aku cari diri.
sebelum aku pergi, menghadap Illahi.




Saturday, September 14, 2013

dating at Putrajaya with my hubby

assalamualaikum.

hari ni bosan2 dok umah, saje pujuk2 suami ajak keluar. memule cadang nak g alamanda putrajaya, sbb tanye kt suami, kat sini (rumah nenek) cinema paling dekat kat ner, tu dia kata kt alamanda, sbb rumah nenek ni mmg dekat dgn putrajaya. so pujuk punya pujuk punya pujuk, husben pun setuju. kitorg pergi lepas zohor. masa time lunch before pegi tu, ayah (mentua) tanye aku, "nak pergi alamanda nak buat apa? saje jalan2 ke nak cari barang?" then aku jawab la saje nak tgk2 buku. pastu before g, ayah tanya, berapa harga buku yg nak beli tu? aku ckp la dlm ___ ratus. then ayah tanye "ade duit tak nak beli?" aku jawab la "ade la sikit duit ptptn." then ayah terus bagi duit suruh beli.. bukan sikit2 pulak tu.. huhu.. sies aku rasa mcm weird sangat masa ayah bg duit tu. 

because satu masa dulu.. ayah penah ckp something..
"lepas kawen nanti, kamu akan jd anak pakcik, klu topek xdpt nak tanggung kamu lagi, pakcik ni ada, selagi pakcik hidup kamu akan jd anak pakcik."

dan ternyata, sebenarnya yg banyak sangat berusaha utk pernikahan ni terjadi was him.. ayah yg banyak sgt turun perak bincang dgn aku, dgn family aku, sampai ayah sanggup dtg SEMETRO nak jumpa dgn ayah aku.. and still I will always remember, depan masjid sungkai ayah tanye aku betul ke aku nak kawen ngan anak dia, ahmad taufiq. and kalau tak kerana ayah, satu sen pun kami takde utk perkahwinan ni terjadi. mmg budi baik ayah akan aku ingat, dan andai aku dah kerja kelak, I would repay his kindness to us. InshaAllah.

anyway, td kitorg tgk citer Lagenda Budak Hostel.. best gak la, lawak. boleh buat aku gelak gak la. sbb jarang filem melayu leh wat aku gelak. then lepas tgk wayang pergi jalan2 around putrajaya. malas nak type panjang2, so nak letak pic je..

eskem feveret sepanjang zaman, dr zaman kapel dgn hubby lg aku asyik nak beli eskem ni je.

that's my eskem encik hubby. huhu

ade ke rupe mcm isteri org? huhu. bergambar nak peace je.
depan masjid putra, putrajaya.

encik husben, kite baru je sebulan lebih kawen, ni kenapa nampak cam dah naik je badan ni.. huhu

err no caption. xtau nak letak apa

depan istana kehakiman (palace of justice) putrajaya.

sebenarnya saya isteri dia!
bila nak tgkp gambar same2 je mesti x jadi. ape buruk sgt muke dedue ni. huhu


suke tgk air pancut camni.

in front of masjid besi putrajaya or masjid tuanku mizan zainal abidin

tgk pokok ni cantik terus rasa nk tgkp gmbr.

mr.hubby

1 malaysia!!
hehe


ok tu je.
bai.

Wednesday, September 11, 2013

a perfect stranger

assalamualaikum guys..

you know what? one day, you gonna fall in love with someone who not related to you at all, someone you just know, or some friend or yours, or your own classmates, or your old bestfriend what so ever, but one thing to be sure, that person is a perfect stranger to you, a person you never know you could end up with, a person who is just nobody near your own family. and suddenly, with only one 'lafaz', that perfect stranger will be your family, will be your world, your roommate, your everything. 

that is exactly how I feel.
after my solemnization a month ago.

and now,
baru sehari dok kat umah sewa kt shah alam ni dah rasa rindu gila kat suami. huhu. mane tak nye, selalunya kat umah nenek kt Banting tu makan sama2, buat pape pun sama2, ajak dia keluar sana sini, g pasar malam sesame, nak mandi pun bertolak2 sape dulu, berebut nak guna laptop, berebut nak hack fb masing2 sampai berguling2 berebut laptop atas lantai, solat sama2, masak sama2.. huhu.. such a nice time together even baru sebulan dok sama. rasa mcm ada roommate baru.. roommate yg I can share everything with..

kitorg baru 21 tahun, org lain pandang pun mcm muda sgt, tak matang and what so ever. and yes we admit, kitorg mmg kdg2 tak matang, perangai still mcm budak2, buat lawak tak ingat dunia, gelak tak ingat dunia, gaduh pun tak ingat dunia, tido tak ingat dunia, kadang2 kena bebel dgn ayah and nenek, suruh belajar cara nak hidup, kadang2 lambat solat kena tegur dgn nenek, pagi2 ayah ketuk pintu kejutkan solat subuh, we still rely on our parents, on our family, masih diajar cara nak jadi berdikari, nak jadi matang, but despite all that, we learn. we are in the process of becoming a person, a family. 

kami belajar mcm mana nak hidup sama2, with a person yg pada mulanya a perfect stranger, with a family yg kita tak pernah kenal langsung. ukhwah tu mmg tak mengenal sesiapa. suddenly, that perfect stranger becomes a family. hanya dgn satu lafaz, aku terima nikahnya. tiba2, nenek dia jadi nenek aku. mak aku jadi mak dia. ayah aku jadi ayah dia. tiba2 lafaz pakcik bertukar jd ayah. tiba2 drpd seorang cikgu jadi seorang yg dipanggil ayah. tiba2 adik2 aku jd adik2 dia, rumah aku jd rumah dia, rumah dia jd rumah aku. suddenly, we are becoming one. one family. 

and I really miss him right now. :(

it's funny how we get to go through thousands of fights and yells and hatreds or whatever familiar together, just to finally realize, we can't live without each other.
yes it's true.
when you are tied together in a bond, you can't be mad at each other forever, as you know one thing for sure, you can't live without each other.
you will try to apologize, to smile even you are in pain, to hide your tears, to let go all the little things that you feel not necessary to be mad of..
you would be happy to see your partner smile.. and finally without you even realize it, he's all you will see.

love is a strange thing. 
it comes suddenly, it ties two hearts together, it makes you a family, and suddenly all you know, you wanna spend the rest of your life with that person.

that person, who used to be, a perfect stranger.
:)

my perfect stranger
my roommate
my husband
my world.
 :))

Tuesday, September 10, 2013

semester 4 in Faculty of Law UiTM

assalamualaikum.. isnin 9 september 2013 bermula la kuliah pertama utk semester 4 aku dlm kos law kat uitm shah alam ni. tp semester kali ni berbeza dgn sem2 lepas, sbb status aku dah berubah. i'm now a student, and a wife to the man I love the most. :) 

so, mesti la ada perubahan kan dlm hidup aku. tu pasal semester kali ni aku balik ke shah alam agak lewat, betul2 ari isnin tu lepas subuh, dihantar oleh suami dari Banting. ahad tu kami ada kat Perak, rumah my parents, then petang ahad tu bergerak balik ke Banting, ikutkan petang tu jugak nak balik shah alam, tp hujan and aku pulak rasa taknak je balik shah alam, so aku decide nak balik esok pagi je lepas subuh. nasib baik la suami memahami even dia terpaksa hantar aku pagi2 buta ke shah alam tu. hehe. tq my husband.

pagi2 lg pukul 5.50pg ayah(daddy in law) dah kejutkan, dua2 taknak mandi dulu, last2 suami mengalah g mandi dulu. hehe. dah mandi solat subuh salam2 dgn ayah mentua, nenek and makcik. masa nak salam dgn ayah tu ayah siap pesan, "buktikan kamu boleh" sambil hulur duit belanja sikit. hehe, tq daddy in law. pas setel salam2 sume kami gerak dlm kol 6.45 dr banting. then sampai shah alam je aku hantar barang masuk umah sewa, then terus keluar dgn kawan sekelas and serumah aku, Ajla utk pegi kelas sbb kelas aku start pukul 8 setengah pagi tu. yg suami pulak tak terus balik banting, dia g jumpa kawan dia yg baru masuk degree dr diploma kat kedah dulu kat Dewan Agung. sesuke dia je masuk dewan and bajet2 mcm dia pun budak baru nak daftar lah hari tu. haha. 

kelas fes pagi tu aku dgn ajla lewat dtg, sbb bas xde pagi tu, punya ramai beratur tggu bas. selalu byk je bas rapid pepagi. haih. sampai2 je lect Land Law II dah masuk, siap tye "why are you late?" T_T nasib baik kelas fes pagi tu just intro je, so x lama sgt pun. sampai 9 setengah je. habis je kelas terus call hubby, tanye dia ada kat mane. rupenye ada kat uitm lg, tgh dok dgr taklimat dlm dewan. so terus la ajak dia kua nak cari barang rumah sikit kat giant sek 7. 

rasa mcm feeling2 family je dok cari barang umah kat pasaraya dgn suami. hehe. dulu masa kapel ade je dok cari barang sesame, tp da kawen ni rasa mcm dah jd mak bapak je dok cari brg2 umah. huhu. but seriously, it's hard sangat2 rasa nak berpisah dgn suami. huhu. berat sangat hati nak lepaskan dia pergi. sedih2. T_T

btw, semester 4 ni, kitorg ambik subjek 

Criminal Law II
Land Law II
Mooting
Legal Research Methodology (LRM)
Administration of Trust
BEL Language Appreciation
Law relating to Health Care (elektif)

and ada dua subjek yg takde final exam which are mooting and LRM. so kitorg just ade lima paper la masa final exam nanti. but seriously, masuk kelas mooting semalam dah rasa takut bila lect cerita what mooting is. kitorg kena present mcm dlm court, form group of 4 or 6, pilih spe nak jd respondent or appellant (sbb kitorg kena handle appeal case) then kena present mcm lawyer dlm courtroom. siap kena pakai baju black and white with black coat and rope. serious cuak dgr. mane taknye, sepanjang tiga sem sebelum ni kitorg just belajar teori, takde pun nak kena present2 mcm lawyer ke hape. huhu. 

and lagi satu, dlm mooting jugak kena hantar court report, which kitorg kena pergi court, paling dekat Mahkamah Tinggi Shah Alam la, dgr perbicaraan dlm court and observe and after that kena buat report pasal apa yg kitorg dgr and nampak dlm perbicaraan tu. hadoii, satu hal lg nak kena pergi court, buat report lg. huhu. mmg sem ni agak mencabar gak la. tu belum citer pasal LRM lg, nak kena buat research bagai. setakat ni baru masuk kelas land law and mooting je la isnin lepas. kelas lain esok and seterusnya. mmg perlukan kesabaran and ketabahan betul study ni. huhu. moga2 aku mampu survive sem ni dgn jayanya.

doakan aku ye kawan2.. :))

Thursday, September 5, 2013

kerna pada dia terletaknya syurga...

assalamualaikum.. 

tepat jam 5.20 petang 2 syawal yg lalu, aku telah sah menjadi isteri kpd seorang lelaki yg merupakan bekas rakan sekelasku masa form 1 dulu, ahmad taufiq. hujan lebat menjadi saksi pernikahan kami yg menghalalkan segala2nya.. dia kini suamiku, insan yg jauh lebih tinggi tarafnya dari aku, biar tinggi mana ilmu aku ada, biar tinggi mana kerjaya yg bakal aku bina kelak, dia tetap seorang suami, yg mana pada dia terletaknya syurga.. yg mana dia lebih patut aku hormati melebihi ibuku sendiri..

dan ini merupakan satu cabaran paling besar bagi aku sebagai seorang isteri..  bagi aku, yg paling susah sekali bagi aku lepas pernikahan ni, adalah utk aku belajar HORMAT seorang lelaki yg sebaya dgn aku, yg pernah jd kawan aku, pernah jd kekasih aku, pernah jadi teman suka duka aku, yg pernah aku tampar, yg pernah aku cubit, yg pernah aku pukul2, and yg pernah ak gadoh teruk2 masa kapel dlu. pernah satu masa dulu aku terlalu berkasar dgn dia, dr segi tingkah laku mahupun perkataan. pernah tika aku terlalu marah, aku maki dia, aku keluarkan kata2 kesat terhadap dia, aku doakan yg tidak baik buat dia, malah aku tinggi suara pada dia. dia yg pada mulanya hanyalah seorang kekasih..

tapi kini aku perlu dan harus sedar, lelaki yg pernah jadi kawan sekolah aku dulu, yg pada mulanya hanyalah seorang teman biasa, kini adalah SUAMIku, dgn izin dan redha dia adalah jalan utk aku ke SYURGA Allah, dgn izin dan redha dia baru hidup aku diredhai Allah, dgn izin dan redha dia aku perlu bernafas di bumi Allah ini. segalanya terletak pada izin dan redha seorang suami...

dulu dia mungkin bukan siapa2, dulu dia hanyalah seorang ajnabi yg aku sayang dan aku kasih, tp hakikat bahawa kini dia seorang suami, memerlukan aku buang segala tingkah laku aku yg dulu, buang segala sikap dan perlakuan kasar aku, buang segala sikap negatif yg aku ada demi seorang lelaki yg dipanggil suami.. 
dia mungkin sebaya dgn aku, lahir di tahun yg sama dgn aku, jauh di bawah aku dr level pendidikan, tapi hakikat yg perlu aku terima ialah dia lebih mulia dr aku, jauh lebih tinggi tarafnya dari aku, kerna pada dia terletaknya syurga buat aku....

di hari pernikahan kami.. :')

x boleh dah nak kasar2 mcm dlu, pukul2 dia, cubit2 dia..
skrg kena layan elok2 dgn penuh kasih syg.. heheh

love you my husband... :)) thanks sabar dgn perempuan ni sepanjang hampir 4 tahun kita bersama..