Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, September 5, 2013

kerna pada dia terletaknya syurga...

assalamualaikum.. 

tepat jam 5.20 petang 2 syawal yg lalu, aku telah sah menjadi isteri kpd seorang lelaki yg merupakan bekas rakan sekelasku masa form 1 dulu, ahmad taufiq. hujan lebat menjadi saksi pernikahan kami yg menghalalkan segala2nya.. dia kini suamiku, insan yg jauh lebih tinggi tarafnya dari aku, biar tinggi mana ilmu aku ada, biar tinggi mana kerjaya yg bakal aku bina kelak, dia tetap seorang suami, yg mana pada dia terletaknya syurga.. yg mana dia lebih patut aku hormati melebihi ibuku sendiri..

dan ini merupakan satu cabaran paling besar bagi aku sebagai seorang isteri..  bagi aku, yg paling susah sekali bagi aku lepas pernikahan ni, adalah utk aku belajar HORMAT seorang lelaki yg sebaya dgn aku, yg pernah jd kawan aku, pernah jd kekasih aku, pernah jadi teman suka duka aku, yg pernah aku tampar, yg pernah aku cubit, yg pernah aku pukul2, and yg pernah ak gadoh teruk2 masa kapel dlu. pernah satu masa dulu aku terlalu berkasar dgn dia, dr segi tingkah laku mahupun perkataan. pernah tika aku terlalu marah, aku maki dia, aku keluarkan kata2 kesat terhadap dia, aku doakan yg tidak baik buat dia, malah aku tinggi suara pada dia. dia yg pada mulanya hanyalah seorang kekasih..

tapi kini aku perlu dan harus sedar, lelaki yg pernah jadi kawan sekolah aku dulu, yg pada mulanya hanyalah seorang teman biasa, kini adalah SUAMIku, dgn izin dan redha dia adalah jalan utk aku ke SYURGA Allah, dgn izin dan redha dia baru hidup aku diredhai Allah, dgn izin dan redha dia aku perlu bernafas di bumi Allah ini. segalanya terletak pada izin dan redha seorang suami...

dulu dia mungkin bukan siapa2, dulu dia hanyalah seorang ajnabi yg aku sayang dan aku kasih, tp hakikat bahawa kini dia seorang suami, memerlukan aku buang segala tingkah laku aku yg dulu, buang segala sikap dan perlakuan kasar aku, buang segala sikap negatif yg aku ada demi seorang lelaki yg dipanggil suami.. 
dia mungkin sebaya dgn aku, lahir di tahun yg sama dgn aku, jauh di bawah aku dr level pendidikan, tapi hakikat yg perlu aku terima ialah dia lebih mulia dr aku, jauh lebih tinggi tarafnya dari aku, kerna pada dia terletaknya syurga buat aku....

di hari pernikahan kami.. :')

x boleh dah nak kasar2 mcm dlu, pukul2 dia, cubit2 dia..
skrg kena layan elok2 dgn penuh kasih syg.. heheh

love you my husband... :)) thanks sabar dgn perempuan ni sepanjang hampir 4 tahun kita bersama..

No comments:

Post a Comment