Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, September 23, 2013

nak jd lawyer?

assalamualaikum...


tengok la mereka2 ni.. sume cantik2 and hebat2 belaka kan..
kami satu kelas, LWB04G.
study kat Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam..
inshaAllah, lg dua sem kami akan grad Bachelor of Legal Studies..
pastu sape yg nak jd lawyer akan further amik LLB Hons..
means kami akan konvo dua kali.. first utk BLS, second utk LLB..
tu pun klu nak jd peguam la..
ade je option lain, nak jd lecturer ke, legal advisor ke, macam2 lg la..

ramai adik2 yg msg aku kt fb tanye pasal mcm mane nak masuk course ni.
aku pun tak berapa tau sangat sbb aku bukannya dari asasi undang2 mcm kawan2 sume ni, aku dari matrikulasi, amik sains hayat pulak tu dulu. 
jauh sangat lari bidang ke undang-undang.
tp so far best je amik law ni, banyak sangat benda2 yg penting utk kita tau, yg org lain tak tau.
tak perlu takut nak ambik kos ni, bukan susah mana pun sebenarnya. cuma kena terer BI la klu nak amik law kat UiTM ni. kalau kat UKM belajar law dlm BM, so MUET perlu band 3 je. kt UiTM kena band 4. 

antara subjek yg bakal korang belajar dari sem 1sampai sem 4 ialah Malaysian Legal System, Constitutional Law, Law of Torts, Contract Law, Criminal Law, Administration Law, Equity and Trust, Land Law, Mooting, Administration of Trust, Legal Research and Methodology.. and ape lg ntah ade yg aku tak ingat..

final exam? susah sangat sangat. sebenarnya bukan soalan yg susah, tp masa yg sangat sangat sangat tak cukup. 3 jam mmg tak cukup nak jawab semua soalan penuh. bayangkan klu dah satu soalan jawab sampai 3 4 page? huhu. 

so, for adik2 yg teringin nak ambik kos ni, tak salah mencuba kan? masa spm, buat elok2, terutama dlm subjek BI and Sejarah. lepas tu masuk asasi undang2 or form 6. yg dah mmg ada kat matrik, klu pointer matrik korg atas 3.5 mmg no hal la, apply je for this course confirm dpt tp MUET kena band 4 la. 

sekian dari hakak yg ambik law tp pemalas nak belajar tau nak kawen je. hahah. 

ohh lupa, dalam kelas aku tu ade satu pasangan ni dah kawen(boleh tgk kt gambar), termasuk la aku. so, ada tiga org la yg da kawen dlm kelas aku tu.  heheh..

my little family in law faculty. :)

No comments:

Post a Comment