Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, September 16, 2013

terasa.

tiba-tiba,
rasa macam nak lari jauh jauh daripada manusia.
sebab manusia ni ragamnya macam-macam.

rasa macam nak bawak hati lari pergi.
sebab manusia ni kadang-kadang takde hati.
cakap ikut suka, buat suka hati.

rasa macam nak hidup seorang diri di dunia lain.
sebab dah puas hidup dgn manusia suka sibuk tepi kain.

rasa macam nak tukar diri sendiri jadi robot.
ikut apa semua orang cakap, biarpun diri sendiri kelam kabut.
sebab fitrahnya manusia, nak org dengar cakap dia.
tak fikir, apa aku mahu dan apa aku rasa.

rasa macam nak sembunyi dalam selimut tiap masa,
kadang-kadang tak larat nak hadap dunia bila semua nak jadi raja,
penuh dgn rasa kecewa di dada,
bila permintaan tak dikabul depan mata.

rasa macam semua org dalam dunia ni dah mula jadi hipokrit,
semua dah mula keras macam konkrit,
hati manusia dimain dilapah dimakan bukan sikit sikit,
sampai kadang kadang manusia itu jadi sakit.

rasa macam terasa.
rasa macam tersentap.
dengan dunia.

rasa macam sekarang juga nak lari.
biar tiada siapa yang peduli.
apa ada dalam hati.
sebab sekarang manusia dah tak pegang pada janji.
dah tak kenal erti menjaga hati.
dah tak nampak dan tak peduli.
akan perasaan sekeping hati.

rasa macam terasa.
rasa macam tersentap.
dengan dia.
dengan awak semua.
dengan dunia.

dunia, 
aku pohon, sikit masa saja lagi, 
tampung segala beban yg makin menjadi-jadi.
dunia,
aku pohon, untuk sikit waktu lagi,
bantu aku cari diri.
sebelum aku pergi, menghadap Illahi.




No comments:

Post a Comment