Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, October 10, 2013

bila bercerita tentang baby

assalamualaikum.

normal la kan org baru kawen, mesti ramai yg tanya pasal bila nak dpt baby kan.
tp dalam kes aku ni lain, sbb kitorang kawen muda, umur baru 21, aku pulak actually umur belum pun sampai 21 lagi. and aku pun masih belajar, so org sume paham and tak tanya sangat. cuma kawan2 je la eksited suka tanye pasal baby ni. yela dorang mesti suka kan kalau kawan dorg pregnant, tp dorang tak fikir pulak camne keadaan aku nak pergi kelas bagai if aku mmg pregnant. =,="

lagipun, my parents and family kalau boleh mmg suruh aku merancang dulu, sbb diorang nak aku habiskan study dulu. aku ingat lagi, masa aku demam and muntah2 seminggu lepas kawen aritu, opah siap pesan kat aku, "jaga2 jangan bagi lekat, awak tu belajar lg." so nak taknak aku mcm secara tak langsung kena planning la jugak, yela my family mesti nak yg terbaik utk aku kan. tambah2 kos aku kat universiti mmg agak mencabar. kalau sebagai isteri pun aku belum mampu menjalankan tanggungjawab secara penuh lg, inikan pulak sebagai seorang ibu nanti. so aku faham la kenapa family aku suruh aku planning dulu.

tapi.....

serius la aku cakap, walaupun diri rasa masih taknak and belum bersedia, tapi naluri hati memang tak boleh dinafi. bila tgk gambar anak Irine Nadia kat instagram, sungguh la menguji kesabaran jiwa. comel sangat aihhh baby. dah la irine pun sebaya aku je. pastu, bila tgk dena bahrin happy dgn baby baru dia, aaaa lagi la rasa mcm nak anak skrg jugak. dena pun sebaya aku. dorg pun still belajar kat universiti, tp dah ada baby. maka aku pun apa lg, naluri hati mmg memuncak2 nak baby jugak. huhuhu

tgk la ni anak irine nadia, sape tak geram? waaaaa

lagi2 bila seorang kawan baik aku masa sekolah rendah dulu skrg tgh pregnant 4 bulan, aku pun mmg tumpang happy la. dia kawen da setaun yg lepas. tp bila dengar dia cerita pasal alahan yg dia alami, peh aku pulak rasa mcm tak sanggup. dia muntah je dari first month sampai sekarang, siap dia cakap dgn husband dia, "ni je la sorang, pasni tak nak da, tak sanggup." huhu. 

aku dgn suami pulak, at first kitorg mmg planning. sbb aku la yg nak sangat planning, yela dah family aku pun mcm more tu suruh planning, lgpun aku fikir gak, camne aku nak pergi kelas kalau aku pregnant. aku ni bukannya kuat sangat pun. tapi kadang2 aku terfikir, planning ni mcm nak menidakkan rezeki Allah je. dibuatnya lepas ni Allah mmg taknak bg camne? and sebenarnya, walaupun kitorang planning, tp aku dgn hubby selalu sangat secara tak langsung cakap pasal baby, mcm secara tak langsung kitorg sebenarnya nak baby.

mcm aritu kt dapur masa kitorang tgh makan, tiba-tiba je suami cakap, "sayang makan banyak sikit untuk anak kita nanti." terkejut aku. anak?
lepas tu bila aku tiba2 cakap, "rase nak muntah laa." dia mesti cakap, "haa ni dah ada isi ke?" 
then bila aku cakap aku tgh "period", dia terus cakap, "alaaaaa, penat je berusaha."  =,="

kadang2 out of the blue je dia akan cakap pasal anak, contoh bila tgh makan aritu, "abg ingat abg nak namekan baby kite _____ la"  see, kitorg merancang tp dalam masa yg sama mcm teringin. acaner tu? huhu. tp sbenarnya dah entah ke mana2 dah planningnye. ada rezeki ada la, kalau takde lg maybe Allah mmg nak aku betul2 bersedia dulu kot. yela kitorg kan muda lg, ni pun baru nak mula hidup. aku dgn pelajaran aku, dia dgn perniagaan dia. 

tapi, apasal baby2 ni comey sangat?? menggugat betul la! 


No comments:

Post a Comment