Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, October 29, 2013

rasa nak nangis

assalamualaikum.


trust me, dulu aku pelik gila, kenapa org kata syurga isteri bawah tapak kaki suami, sedangkan mak yg lahirkan kita, mak yg besarkan kita. masa aku sekolah menengah dulu aku cukup tak mengerti benda ni, bagi aku, yg perlu kita utamakan adalah mak, sampai bila-bila pun tetap mak num 1 sbb mak yg lahirkan kita, yg besarkan kita, yg berkorban mcm2 untuk kita, sampai aku pernah ckp kt mak, "kalau akak kawen nanti pun akak tetap nak lebihkan mak, suami ckp tak bg jumpa mak pun akak tetap nak jumpa jugak sbb mak yg lahirkan akak, yg besarkan akak." 

now I'm a married woman (peh guna ayat woman bajet dah dewasa sgt je).  baru aku tau kenapa kita kena hormat suami lebih daripada sesiapa pun. sbb aku baru nampak apa yg aku tak nampak sebelum ni.

lepas aku kahwin, segala tanggungjawab dan amanah yg ayah aku pikul berpindah pada suami aku. dia galas semua tu di bahu dia, seorang yg baru umur 21 tahun, dah kena tanggung dosa org lain, dah kena cari nafkah untuk tanggung aku, dah kena layan segala karenah aku yg mencabar jiwa. 

depan mata aku sendiri aku nampak dia berpeluh cari rezeki, aku sendiri yg lapkan peluh dia masa dia tgh kerja, aku sendiri yg nampak dia berusaha penuhi segala keinginan aku. bayangkan, dia kerja dr pukul 10pg sampai 6 petang, berdiri sepanjang masa, nak duduk pun payah, then habis je keje, sbb aku nak pergi tgk wayang, malam tu jugak kitorg pergi Alamanda. dia penat kot, penat dia kerja tak habis lg, dah layan karenah isteri.

aku mengadu, line maxis kt shah alam makin lembab, nak surf internet susah, kerja banyak guna internet sbb nak cari kes bagai, dia belikan aku broadband, tiap2 bulan bayar, bukan murah2.. for a student like me nak ambik broadband bayar bulan2 40ringgit pun dah rase cekik darah sangat, inikan pulak nak bayar sampai 70ringgit sebulan. dia beli broadband tu dgn duit gaji dia hari tu, esoknye dia terus belikan.

aku mengadu lg, kerja makin banyak, banyak benda nak print, segan la asyik nak pinjam printer kawan je. dia cakap, "nanti abg belikan printer." then masa dia dgn ayah ambik aku kt shah alam aritu, balik tu singgah banting, masuk kedai komputer.. "nak printer yg mana? pilih la." dia beli, angkat bawak masuk kete.. sambil ckp, "untunglah sayang dpt printer baruuuu, pasni kalau tak dpt 3.5 jugak tak tau la, broadband abg dh bg, printer abg dah belikan." 

masa aku sakit, muntah-muntah, dia lap muntah aku, buang plastik muntah aku, bawak aku pergi klinik, habis beratus kt klinik swasta sbb taknak aku tunggu lama kt klinik kerajaan, tanya aku nak makan apa, yg aku pun satu, mengidam yg bukan-bukan, chicken chop la, apa la, sanggup dia bawak aku malam2 makan apa yg aku nak. 

semalam, aku lapar gila, lauk kt rumah takde yg berkenan ngan taste aku, aku ngadu kt dia, "abg, lapar laa, takde lauk best, jom makan kt luar." dia jawab, "ish watpe makan kt luar, takpe la biar abg masakkan. syg nak makan ape? ckp je, abg masak." and aku as usual, nak nasik goreng je. tak sampai setengah jam, aku tgh dok ralit tgk movie dlm bilik, dia panggil ckp dah siap. masa tu satu je benda terlintas dlm fikiran aku, "am I so lucky or he is too good to be true? aku bukan nak suruh dia masak pun, aku leh je makan apa yg ada, but my husband is really the best husband in the world. :') 

bila kami gaduh, yg banyak mengalah adalah dia. yg banyak sabar adalah dia. dia selalu ckp, "yela syg menang, susah ckp ngan syg ni, tau la belajar law." sejak dah kawen ni, tak pernah sekali pun kami gaduh teruk2. kkdg dia mengalah, kkdg aku mengalah, sbb tak sampai hati nak merajuk dgn masing-masing. aku pun skrg dah belajar nak pendam drpd outspoken, sbb kalau aku outspoken sgt boleh buat gaduh, so biar je la, he knows the best. dia kan suami. 

seriously, aku bukan nak mengagungkan dia, tp ini yg aku rasa, yg aku nampak sepanjang aku bergelar isteri dia. aku tak buat-buat tak reka-reka semua ni, ini mmg apa yg terjadi, realiti yg aku lalui. dan baru aku nampak, baru aku tahu, kenapa syurga seorang isteri tu bawah tapak kaki suami..

Ya Allah, series aku rasa nak nangis, bukan sbb dia penuhi segala permintaan aku, tp dia ambik alih tugas mak dan ayah aku sebaik mungkin, seboleh yg dia mampu, tanpa mengeluh sikit pun. apa yg dia dpt? dia tak dpt apa-apa pun, semua dia bagi kat aku, semua untuk kesenangan aku, untuk penuhi kehendak aku, untuk buat aku senyum.. dia tak benefit sikit pun dari kerja dia, dia simpan duit, bila aku tanya, "abg simpan duit nak beli apa?" he said, "untuk masa depan kita, kot apa-apa jd kt syg nanti, senang, duit ada." dia bukak akaun tabung haji, and namakan aku as penama 1, bila aku tanye nape letak name syg, he said, "supaya nanti bila abg dah takde, syg boleh keluarkan duit tu guna." masa tu sebak gila aku rasa, rasa mcm tak percaya aku dah jd isteri dia, siap bila bukak akaun dah ada nama aku sekali..

semoga syurga buatmu suamiku..

now I understand, kenapa aku kena hormat dia, kena dengar cakap dia, kena respect dia mcm mana aku respect mak aku selama ni even umur kami sama, even kami pernah jd kawan satu kelas, even kami pernah bergaduh berebut kerusi satu masa dulu, even aku pernah tak suka dia, dia sekarang suami aku, org yg paling patut aku hormat dunia akhirat.

walaupun aku taktau apa akan terjadi in the future, walaupun usia perkahwinan kami masih sangat muda, tapi aku yakin, dengan doa dan harapan, dgn sentiasa sujud pada Allah, tak lupa solat, inshaAllah, kekal beginilah sampai bila-bila hendaknya.

Ya Allah, ampunkan khilafku sebagai seorang isteri. banyak sangat salah aku pada dia.. :((

A women who has no respect for the husband or he's needs is cursed by the Angels from the night till the morning until she seeks for his forgiveness.

Mengertilah aku kini, 
mengapa redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri..

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yg mencintainya seumur hidup namun ketika dia dewasa dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah & ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anakmu serta kamu. Padahal dia tahu, di sisi Allah engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu & berusaha menyelesaikannya sendiri sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi, padahal boleh saja di saat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapinya sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri.

Lapan pintu syurga terbuka bagi anda dan anda boleh masuk dari pintu manapun yg anda suka, cukup dengan dapat "REDHA" dari suamimu, sedang suamimu tidak mendptkan kemuliaan semacam itu, kerana itu ta'at sabar padanya.

No comments:

Post a Comment