Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, October 22, 2013

untuk awak yg bergelar suami

telah Allah tetapkan, hanya dgn satu pertemuan, pertemuan yg tak dirancang, yg hanyalah satu KEBETULAN, kita bertemu. 
kita bertemu tanpa apa-apa rasa, senyuman terukir dibibir, tanda ingatan pada rakan sekelas, yg suatu ketika dulu pernah menuntut ilmu bersama.
telah Allah takdirkan, pertemuan itu menuntut satu rasa, kita berkenalan semula, kita mula mengenal satu sama lain, kita hadir mengubat luka di hati masing-masing, walau pada ketika itu kau hanyalah sandaran.

telah Allah tetapkan, dgn sebuah kebetulan juga, kita sama-sama tercampak ke negeri Kedah Darul Aman untuk menuntut ilmu di bidang masing-masing, aku sains, kau seni. dua bidang yg terlalu berbeza.
dan ketika proses menuntut ilmu itu, aku terpaksa belajar untuk berdikari, aku terpaksa belajar untuk jauh dgn family sendiri. seminggu di Kedah, setiap malam air mata mengalir, dan kau hadir pengubat luka, pengubat rindu. kau jadi tempat mengadu. kau jadi tempat berhibur.

tp bukan dgn satu kebetulan, kita pernah juga terpisah. bukan kerana takdir, bukan kerana ketetapan, tapi kerana sebuah kesilapan. kita berpisah dgn cara paling kejam sekali, dgn linangan air mata tanpa henti, dgn rindu yg tak mungkin dpt ditafsir. tp benarlah, kita tak boleh sesekali melawan takdir. Allah temukan kita lagi, dan ternyata, kita memerlukan satu sama lain. 

maka kali ini, kita lawan kehendak diri. kita korbankan ego sendiri. kita fight untuk bersama. kita merayu dgn mak ayah kita, kita tunjuk betapa kita ingin bersama. kita korban perasaan, kita korban malu, kita menangis sama-sama berjuang demi satu ikatan pernikahan, untuk menghalalkan sebuah perasaan. demi Allah, bukan mudah. demi Allah, kami menangis, kami merintih, kami usaha, kami tawakal pd Allah, moga impian dan harapan mampu menjadi kenyataan. hingga aku hampir putus asa, hingga aku rasa tiada daya, kerna hati manusia bukan boleh suka-suka kita ubah.

akhirnya, 
takdir berpihak pada kita.

tepat 2 Syawal 1434H, kami dinikahkan. hujan lebat menjadi saksi sebuah akad yg paling suci, yg menghalalkan sebuah perhubungan, yg menyatukan dua jiwa, dua keluarga. air mata jadi saksi betapa aku lah insan paling bersyukur sekali tika itu. doa dan harapan terkabul dgn hanya satu lafaz.
dan masih aku ingat detik tu, sejurus selepas ijab dan kabul, segalanya kembali terimbas di ruangan mata. segala memori bagai terbentang satu persatu mengingatkan betapa dia kini suamiku yg sah. dia yg dulu pernah jd teman suka duka, yg pernah jd teman gelak tawa. betapa aku ingin sekali memeluknya tika itu dan ucap syukur yg tak terhingga pd Allah SWT kerana menjadikan dia suamiku. Allah, perasaan masa tu, sumpah macam dalam mimpi. bagaikan mimpi yg menjadi kenyataan.

dia kini insan yg bergelar suami. yg mengambil amanah dari bahu ayah, pikul di bahu sendiri. yg sanggup terima segala tanggungjawab dan amanah dr Allah, untuk dipikul oleh seorang lelaki yg usianya baru menginjak 21 tahun.

aku kagum, terlalu kagum dgn perubahan yg berlaku dalam dirinya sejurus akad dilafaz. dalam usia yg masih muda, masih baru hendak belajar menjadi dewasa, dia pikul dan galas tanggungjawab sebagai suami, yg menanggung segala dosa-dosa aku, yg menanggung segala perbelajaan dan nafkah aku. dia bekerja keras siang malam, demi memastikan segala makan pakai aku cukup, demi memastikan segala keperluan aku lengkap, tak kurang sikit pun. dia penuhi segala permintaan aku selagi dia terdaya, dia pastikan aku tersenyum sebelum dia tersenyum. 

mana aku hendak letak lg rasa syukur aku yg dah berbakul-bakul aku rasa ni?
mana aku hendak tunjuk lg betapa bertuahnya aku punya dia dlm hidup aku?

walau dia tak setanding mak dan ayah aku, walau bukan dia yg jaga aku dr kecik sampai sekarang, walau tak sebesar zarah sekalipun dia mampu tandingi pengorbanan mak dan ayah aku, tapi dia dah buat aku rasa akulah perempuan paling bertuah sekali dalam dunia. sebab dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, dia pilih aku, perempuan paling mengada-ngada, paling banyak karenah, paling ego, paling tak suka mengalah, paling kuat melawan, paling kuat nangis, paling kuat emo, and mcm-mcm lagi kekurangan aku, 
despite all that, he choose me. 

terima kasih wahai suamiku.
sangat-sangat terima kasih. rasa syukur dalam hati ni hanya Tuhan saja yg tahu, betapa kau mimpi yg terindah dalam realiti hidupku.
kita pernah lalui banyak suka duka sama-sama.
kita fight utk bersama walau banyak sangat halangan.
and at the end, 
kau suami aku, aku isteri kau.

dan kerna kau suamiku, 
ku ingin kau mengerti, 
aku tahu hidup ni tak semudah yg kita janjikan,
aku tahu kau ingin aku mengerti, 
bahawa menjadi isteri yg penuh dgn kelembutan dan kasih sayang itu adalah kehendak kau sebagai seorang suami.
dan untuk itu, aku nak kau tahu,
untuk seumur hidup aku, takkan ada sesaat pun cinta dan kasih sayang aku berkurangan utk kau, takkan ada sedetik pun hilang kelembutan aku pada kau, dan takkan pernah sesekali aku kufur pada nikmat yg telah Allah beri pada aku.

kerna engkau, wahai suamiku,
adalah antara anugerah terindah dari Allah untuk aku.

dream comes true

2 comments: