Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, November 30, 2013

lari dan terus berlari



sampai satu masa, aku jadi bosan dengan manusia.

H I P O K R I T

berleluasa.

Friday, November 29, 2013

hati kau kental

faham tak,
aku jadi sayu bila kau cakap,
kau tahankan hati sbb taknak siapa2 terasa dan terluka,
sedang aku memuncak2 nak melawan kata.

hati kau kental,
sbb nak jaga hati orang lain.

people look down at you and you just let it be..
kau,
manusia paling sabar yg pernah aku ketemu.
kau,
pe'neutral' ego aku.
kau,
pelengkap hidup aku.

tapi sayang,
nak jadi baik ada tempat, masa dan ketika.
sampai satu masa, kita perlu korbankan 'baik' kita,
demi sebuah harga diri.

ye sayang?


maybe you are really an angel,
send for me,
to guide me,
becoming a better person.

tanpa hasad, tanpa dengki, tanpa dendam,
jadi orang 'baik'.

mungkin.

Wednesday, November 27, 2013

berkorban apa saja ~

malam ini.
saat suami lena di sebelah, sambil tangannya setia memegang tanganku,
terasa kasarnya di situ.

kasar, kerna tangan itulah yg saban hari  mengupas keledek, keladi, 
tangan itulah yg membancuh tepung saban hari,
tangan itulah yg tak henti menggoreng berjam-jam setiap hari,
tangan itulah yg bekerja tanpa henti mencari rezeki,
untuk nafkah seorang isteri.

tanpa sedar, sebak bertandang di hati.
tanpa sedar, tangan yg kasar itu ku cium.
dgn penuh kasih dan sayang.
dgn penuh rasa terima kasih dan syukur.
dikurniakan lelaki seindah dia.

kerna tangan yg sama itulah,
yg memasak untukku tika aku lapar tengah2 malam.
tangan yg sama itulah,
yg pernah membasuh muntahku,
yg pernah membuat air untukku tika aku penat ulangkaji pelajaran,
yg bawak motor ulang alik shah alam-banting-perak demi aku.
tangan yg sama itulah,
yg menyarungkan cincin ke jari manisku saat manisnya pernikahan.
dan tangan yg sama itulah,
yg menyahut akad dan lafaz dari waliku untuk menerima amanah yg dipindahkan.

duhai suamiku,
aku sangat bersyukur memiliki kamu dalam mimpi dan realiti hidupku.
aku sangat bersyukur.



Tuesday, November 26, 2013

lantak

lantak la apa orang nak kata.
lantak la semua manusia nak mengata.
lantak la nak membebel tahap mana.
lantak la nak mengumpat tak ingat dunia.

lantak.

sikit pun aku tak peduli.
sikit pun aku tak ambik kisah.
biar aku menangis meraung sekalipun,
orang takkan faham.
orang takkan mengerti.

kali ini,
aku tekad tak akan melawan,
walau 'nature' aku adalah org yg suka melawan,
walau aku suka pertahankan apa yg aku rasa benar,
tapi kali ini, biarlah,
biar yg bodoh tak mengerti kekal bodoh,
biar yg liat nak faham kekal liat.

malas aku nak ambil kisah,
kau lontar seribu kata ke muka aku pun,
aku hadapkan,
aku dengarkan.

tapi, sikit pun aku takkan ambik kisah.
you say what you want.
I don't give a damn.
because you never understand me at the first place.
tak bagi aku peluang utk cakap langsung.

so, 
lantak.

selagi masih ada rasa sabar dan hormat dalam diri aku,
aku cuba diam dan sabar.
sebab aku sendiri punya banyak masalah.
aku sendiri ada melambak-lambak kerja yg nak kena siapkan.
tambah lg dgn final exam yg makin hampir.

kalau tak boleh nak faham, 
fine, 
say what you wanna say.

susah kalau hidup tak berdiri atas kaki sendiri ni.
aku tunggu setahun je lagi ni.
setahun je lagi.

duhai hati, sabarlah.
Allah menguji.

dan aku salute insan yg bergelar suami di sisiku ini,
dia pembakar semangat,
dia ada tika yg lain pergi.
terima kasih awak,
lantak la org lain nak kata apa kt awak,
awak dah susah payah berkorban macam-macam utk saya.
lantak orang lain nak kata apa.

lantak.



Saturday, November 23, 2013

terima kasih Allah



terima kasih Allah, sbb jodohkan aku dgn suamiku kini.
awak,
moga awak kekal begini sampai bila-bila.
awak lelaki paling sabar yg saya pernah jumpa.
dan awak lelaki yg paling sanggup berkorban demi kebahagiaan saya.

awak, stay like this, forever.
you increase happiness in my life.
:')

Friday, November 22, 2013

haha, baby it's you!



teringat pulak malam aritu,
dua2 tgh ralit layan citer korea kt laptop masing2,
sorang atas lantai, sorang atas katil.
sampai la aku tertidur, then aku terjaga tgk dia still layan citer korea.
aku diam, tarik selimut, tidur.
and before I closed my eyes,
he laid beside me and said, 
"sayang, abang mintak maaf eh kalau abang ada buat salah kt sayang."

haha. tau2 je org merajuk bila org tak cakap sepatah apa pun.
hikhik.

padahal mana ada buat salah pape pun.
sweet sangat la kamu ni bro.

:')

Thursday, November 21, 2013

and to him I said every single thing..

assalamualaikum.

I noticed I talk a lot with my husband.
like... a lot.

hari jumaat, husband sampai je kat shah alam nak ambik bawak balik rumah, singgah makan dulu. baru aku perasan aku sangat banyak cakap.

"abg, nak tau tak, dalam kelas td kan..."

"abg, semalam syg beli cardigen baru.."

"abg, syg fail test land.. :("

"abg, jom tgk movie malam ni, syg teringin nak tgk bla bla bla.."

"abg, tadi kan, ade sorang budak ni..."

"abg, syg rindu sangat sangat kat abg.."

and he will listen patiently.. and respond to it well..
dia akan balas, tanya mcm2, layan aku sebaik mungkin eventhough dia penat, eventhough apa yg aku cerita tu semua berkaitan law.

and kitorang hari2 msg kalau tak dok sama.
so setiap hari, I talk a lot with him. semua benda aku akan cerita kat dia.
hari ni makan apa, minum apa, buat apa, ada kelas apa, apa lecturer cakap dalam kelas,
everything.

we shared everything.
semua benda.
bukak facebook tau apa yg each other buat sbb bukak fb depan masing2.
handphone, everything we share.

and yes, to him I said every single thing..
I told him everything...
like he is my alter ego.
my bestfriend forever.

"abg, before 24hb ni kena bayar duit yes tau, rm68."

two days ago.

"abg, before 25hb jgn lupa masukkan duit sewa tau."

yesterday.

"abg, duit belanja dah habis, tolong masukkan tgh hari ni."

today.

"abg, today dpt bil elektrik. nanti bg duit bil tau."

just now.

"abg, sorry menyusahkan abg."

"takpe, tu kan tanggungjawab abg," he replied.

:')  

jangan sesekali pandang remeh pengorbanan suami.
dia ambil alih peranan seorang ayah and emak.
tanpa mengharap apa-apa balasan.

eh,aku elok je dpt A,ko kenapa fail?ko bodoh eh?

hai, assalamualaikum.

pernah tak fikir kenapa kita lemah certain subjects masa sekolah dulu?
for example, ada org lemah math, ada org lemah sejarah, ada org (most org) lemah add math,
sampai setiap kali exam mesti nak fail je, tak pernah2 nak lulus, nak dapat A apatah lg.

mesti kita akan rasa, "aku ni mmg dilahirkan bodoh math."
"aku study berjuta2 kali pun tetap bodoh jugak."

like what I see in my brother.
dia rajin, lg rajin dr aku bab study.
sanggup beli buku mcm2 dekat nak exam.
always tanya aku pasal addmath, bio, kimia, fizik.
tapi even lepas aku ajar berjuta2 kali pun, dia takkan faham.
aku pun kekadang naik bengang, penat aku ajar banyak kali, tapi tak dapat2.
I feel like, "wey otak ko ni dah kenapa??"

tak pernah aku fikir, maybe he just don't fit in that subject.
maybe he's not a science person.
maybe he made the wrong choice masuk kelas sains tulen.
tak semua manusia tu boleh masuk dgn semua subject.
yg lucky, tahniah, bersyukur la.

sbb aku termasuk antara yg lucky tu, aku kadang2 tak faham perasaan org2 yg tak berapa nak lucky,
diorang bukan bodoh, just tu bukan bidang diorang.

masa sekolah, Alhamdulillah, aku boleh skor hampir semua subjek.
even subjek yg aku paling bodoh sekalipun (addmath) masa SPM aku boleh skor.
so aku rasa semua org boleh jd mcm aku, semua org sebenarnya pandai, cuma diorang tak cukup usaha. (padahal aku pun tak cukup usaha jugak)

tapi aku lupa, kat sekolah, kita kena belajar macam2 bidang, 
sains, bahasa, sejarah, math, add math, fizik, kima, biology, agama,
how do you expect a person to be genius in all that?
sedangkan nanti masuk u korang akan fokus kat satu bidang jugak.

contoh macam aku, skrg aku dah masuk bidang undang-undang,
supposedly dr sekolah dulu I should just fokus on Sejarah and English je,
add math, math, fizik, kimia bagai tu satu apah aku dah tak guna dah skrg.
see?

boleh jd, mereka yg tak berapa nak cemerlang in study, ada bakat lain yg boleh buat diorang jauh lg cemerlang. 
for example, diorang fail SPM, tp mana tahu kan, diorang berbakat dlm kemahiran, like membaiki kereta ke, wiring rumah ke, menjahit baju ke, pakar buat kek ke, pakar melukis ke, ambil gambr ke.

cuba fikir,
kalau semua nak jd Albert Einstein, sape nak jd Picasso?



Wednesday, November 13, 2013

paling indah


perasaan paling indah itu, 
yg buat aku rasa takde masalah,
yg buat aku rasa tenang,
yg buat aku rasa macam dunia terhenti sebentar,
yg buat aku rasa disayangi dan dilindungi,
bagai tiada apa yg mampu merentap bahagia.


a husband's hug.
one of the calmest feeling other than bend your knees and sujud to Allah SWT.



stress out.


'maybe the universe is just trying to see how far i could bend before I break. maybe.'

tones of works.

much more to study.




may Allah ease everything.
second year is definitely a disaster.
don't know how hard would it be when I'm in the final year, next semester.


Tuesday, November 12, 2013

i-city with family

simpan gambar-gambar kenangan supaya bila lappy tetibe buat hal nak kena format, bila handphone tiba-tiba damaged SD card, bila pendrive hilang, gambar-gambar kenangan takkan hilang sebab ia terabadi dalam blog yg diwujudkan khas untuk mencoret kenangan.

le familia.
i-city.
10 Nov 2013.

my one and only mother in the world. and my two cute little angels.

.
my hero. my husband. my family.

siblings. same x muka? :)

berdiri sebelah dinosour taukk.

adik yg aku jaga dari umur dia sehari. love you aidil hakim.

abg dok ajar adik2 main benda terbang2 tu.

kesayangan/

tudung x match dgn baju pun lantaklah, janji dapat jumpa diorang berdua ni. hewhew.

nampak x muka riang and happy kat situ? hehe

thanks Allah for giving me such a nice person in my life.
without them, I'm nothing.

they said, 
ohana means family. family means nobody got left behind, 
or forgotten.
family sticks together,
through ups and down,
thick and thin,
always together.

Monday, November 11, 2013

sacrifice


the greatest sacrifice
a husband make.

he gave up his dreams, 


to fulfill mine.


:')

he gave up his dreams, to fulfill mine.

epic, isn't it?

Friday, November 8, 2013

perhaps


perhaps,
dying is the best solution,
of all.

vanishing all the problems, make it all gone.
perhaps. 

Thursday, November 7, 2013

how lawyer must think



@_@

org lain yg membunuh, kita yg pening kepala.
=,="

ok bai!

Wednesday, November 6, 2013

bahagia tu bila...

assalamualaikum..

happiness is a very subjective word. everyone has different interpretation of happiness. 
for me,
happiness is when...



adanya dia di sisi..

dgn senyuman yg tak pernah lekang dr wajah, dgn gurauan yg tak pernah berhenti, dgn sikap prihatin and suka menolong yg sangat tinggi.

awak..
you are priceless.
:')

kita ingat lg malam td, kita geram kat awak sbb awak main game je dgn sepupu x layan kita, kita geram, kita tak cakap sepatah pun dgn awak. so kita dgr lagu kuat2 guna earfon, tutup lampu, baring. awak masuk bilik pun kita tak sedar. lepas tu, awak baring sebelah kita, awak bisik kt kita, "selamat malam sayang, I love you." sebak hati kita tau. runtun jiwa kita. tapi kita ego, kita taknak balas, kita senyap je buat-buat tidur. tapi kita kalah bila tiba-tiba awak peluk kita sedangkan awak tau kita merajuk and geram dgn awak. 

huhu.
awakk, sorryyy.
kita banyak menyusahkan awak, banyak buat perangai mengada-ngade.
kadang-kadang manja terlebih, mintak awak masakkan untuk kita.
lalu KFC tetibe ajak awak makan KFC.
mlm2 lapar tetibe ajak pergi makan chicken chop.
awak nak tgk movie kita tak bg sbb kita nak online.
awak nak tidur kita tak bagi sbb nak ajak sembang.
awak penat kerja pun kita ajak awak keluar nak tgk wayang.
semua kemahuan kita awak turutkan.

awak, awak tau tak awak tu suami mithali? 
:')

awak, last but not least.
kita nak bagitau.
kita sayang awak sangat sangat sangat.
kita janji awak, sampai bila-bila, kita akan setia and menyayangi awak.


dan kita janji awak,
lepas ni kalau kita berdua lepak dalam bilik lawan Need for Speed lagi,
kita akan bg awak menang.
hewhew.

sekian,
dari isteri awak yg comel, untuk awak yg sangat comel.