Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, December 24, 2013

21 Disember 2013 - perjalanan yang masih belum berakhir

betapa pantasnya masa berlalu..
daripada seorang anak, seorang kakak, seorang pelajar,
kini aku bergelar seorang isteri.
umur sudah pun jejak 21 pada 21 Disember yg lalu.
buat pertama kalinya disambut bersama suami tercinta, dgn ucapan 'selamat hari jadi sayang' tepat jam 12 tgh malam..

dan saat itu aku terasa ingin sekali waktu terhenti di situ..
biar aku kekal 21 selamanya..
biar suami aku kekal di sisi aku selamanya..
biar mak dan ayah kekal masih muda dan kuat selamanya..
biar adik2 aku kekal di umur begini selamanya..
agar mereka tidak makin lama makin berusia..
dan makin menjauh dari kehidupan aku..

Tuhan, di usia aku 21 tahun ini,
aku teramat-amat bersyukur dgn segala nikmatMu..
atas redha dan kasih sayangMu,
aku dikurniakan dua orang lelaki yg begitu menyayangiku..
seorang ayah dan juga suami..
yang berhempas pulas bertungkus lumus mencari nafkah untukku
yang selalu ada untuk menyokongku tatkala aku rasa ingin jatuh
yang begitu menginginkan aku berjaya dalam hidupku..

aku juga teramat bersyukur, kerna 21 tahun yang lalu,
engkau mewujudkanku di dunia dari rahim seorang emak yg teramat baik untukku..
emak yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan anaknya..
emak yang membangunkanku saat aku ingin jatuh dan putus asa..
emak yang melebihkan kepentingan anak-anak dari diri sendiri..
aku terlalu bersyukur kerna dikurniakan seorang emak sehebat beliau..
sampai akhir hayat aku, emak tetap anugerah yang paling indah dalam hidupku..

moga di usia 21 tahun ini,
aku mampu menjadi seorang isteri yang taat kepada suamiku..
yang setia di sisinya tanpa ragu dan terkilan..
yang selalu menyayanginya lebih dari aku sayang diri aku sendiri..
kerna dia adalah insan yang sanggup berkorban jiwa raga untukku, walau antara kami berdua tiada sedikit pun ikatan darah..
walau datangnya aku bukan dari permulaan hidupnya..
walau hadirnya aku hanya terikat dgn satu lafaz..
aku terima nikahnya..
menyebabkan segala tanggungjawab dan amanah terletak atas bahunya yg masih mula belajar erti hidup..

moga aku mampu menjadi anak yang baik kepada kedua orang tuaku..
yang hanya ingin melihat aku berjaya dalam kehidupanku..
yang berkorban jiwa dan raga melepaskan aku kepada suami aku kini..
yang mengalir air mata tatkala aku degil dan tidak mendengar kata..
maafkan aku emak, ayah..
sesungguhnya aku kini menjejak langit semuanya kerana usaha dan doa kalian..

moga aku mampu menjadi kakak yang baik kepada adik-adikku
yang makin lama makin membesar dan menjadi manusia..
yang dulu kita pernah sama-sama kongsi hidup dalam satu rumah..
kita gelak ketawa menangis kena marah sama-sama..
kita makan dan minum dari air tangan ibu yang sama..
kita bergaduh dan kita berbaik semula sama-sama..
malah kita pernah tidur dalam satu bilik yang sama..
sebab kita semua lahir dari satu rahim yang sama..
kita berkongsi ikatan zahir dan batin, yang siapa-siapa pun tak mampu pisahkan dari kita..
kerana itu, aku sayang kalian dunia akhirat..
kita adalah lambang kasih dan sayang mak ayah kita,
kita adalah kebanggaan mereka,
kita adalah harapan dunia akhirat mereka,
kitalah penyelamat mereka di akhirat kelak.

dan yang paling utama, moga aku mampu menjadi hamba yg terbaik di sisiMu Ya Allah,
moga aku tidak lalai dan leka atas segala nikmat yang telah Kau kurniakan padaku,
moga aku mampu jadi muslimah yang sentiasa bersyukur dan tawaduk dalam kehidupanku..
terima kasih kerana memanjangkan umurku sekali lagi Tuhanku..
di usia 21 tahun ini, moga aku tidak lagi aku yang dulu.
moga segalanya berubah dgn izinMu...




No comments:

Post a Comment