Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, December 25, 2014

Harraz is two months old now


Assalamualaikum.

1 Disember 2014 hari tu genap la usia my little Harraz dua bulan.
perkembangan dia dalam tempoh ni, dia dah pandai gelak mengagah sungguh2, ada keluar suara sikit2, dah ade emosi bila orang marah dia dia dok nangis kuat2 (marah acah2 je saje nak main2kan dia), and then makin kuat minum susu, and dah start nak mengiring untuk meniarap.

hari tu masa kitorang balik kampung belah papa dia kat Banting, dia ada demam sekejap, maybe sbb berubah suasana and cuaca kan. kami memang risau gila la tengok anak demam plus batuk and selsema pulak tu, yela budak tu kecik lagi dah kena sakit camtu sape x risau, huhu. rasa mcm nak ambik je sakit dia tu biar mama dia yg rasa. then kami bawak dia ke klinik ibu dan anak kat area situ jugak, alhamdulillah la time tu dah tak tinggi sangat pun suhu badan dia, dalam 37.5 darjah celcius. then doc bagi ubat demam, ubat titis utk selsema and ubat cair kahak. alhamdulillah few days after that Harraz beransur baik and pulih. syukran Ya Allah.



masa balik kampung kat Banting ni jugak kami ambik kesempatan pergi berkelah kat pantai Morib sekali. tu la first time bawak Harraz pergi pantai satu family. best sbb dah lama sangat tak pergi pantai, last masa honeymoon hari tu kat Pulau Pangkor. huhu.


Harraz going to the beach

Baby Harraz with Baby Adam


Harraz with his daddy

atok and daddy





Monday, December 22, 2014

21 Disember 2014 - 22th birthday


malam 21 Disember 2014,
suami beberapa kali suarakan hasrat untuk ajak menari,
katanya "sayang, kita tak pernah menari kan?"
but aku buat don't know je, kepala tengah pening time tu, dok terbaring je atas katil.
husband keep insisting me to dance, aku pulak semakin pelik.
as aku memang tak expect apa2 pun sbb aku lupa yang pukul 12 jap lagi akan masuk 21 Disember, my 22th birthday.
beberapa kali jugak aku cakap "taknak la, takde mood la"

and then when the clock strikes 12, dengan lagu tema titanic my heart will go on tengah berkumandang dekat handphone, dia tarik tangan aku yg tengah baring atas katil.
aku pun dalam pening2 kepala tu pun ikutkan aje la, buang tebiat agaknya suami aku ni.
and while we were dancing, my hand were on his shoulder, and his hand were hugging my body, he suddenly said to me, 
"sayang, happy birthday. abg minta maaf kalau abg ada buat salah kat syg."
I was shocked, seriously, mostly sbb aku tak expect langsung dia ajak menari because dia nak wish birthday aku. haha, as I didn't remember that at all!!

I laugh, he laugh. we both laugh at that time.
but actually I'm already crying inside my heart.

sayang, this is so sweet! sangat3 sweet!
selama ni kita sekali pun tak pernah menari bersama, dalam suasana yg cukup romantik.
biarpun hanya dalam bilik tidur, hanya bertemankan lagu romantik yg dipasang dari fon, tapi suasana tika itu cukup indah, hanya kita berdua (harraz tidur of course haha), hugging each other, dancing together, bagai kita hanya dalam dunia kita.

dan paling indah bila suami tiba2 kata,
"sayang, kita baru setahun lebih kawen kan? 
ada lagi seumur hidup untuk abang bersama dgn sayang."
aku hanya senyum, tapi dalam hati aku, sumpah aku terharu gila2!!
terima kasih husband, takde apa yg sayang nak maafkan pun sbb abang takde buat salah langsung kat sayang, sikit pun takde, malah abg beri kebahagiaan yang terlalu indah buat sayang sejak abang lafazkan akad untuk mengikat diri ini.

I love you so much husband, thanks sangat2 untuk tengah malam 21 Disember yang sangat sweet ini. biarpun hanya sekadar ucapan berserta sedikit tarian yg agak ntahapa2 haha, but ini sudah cukup membuat seorang isteri terharu.
siapa tak terharu weh bila suami tiba2 buang tebiat cemni, rupa2nya nak wish birthday kita.
hahah,

I love you.
I love you.
I love you.

Ahmad Taufiq bin Baharuddin.

sekarang kita dah sebaya, dah masuk umur 22. hehe.


'the memories we created, forever will be in my heart.'

Friday, December 12, 2014

nota buat Harraz


To our beloved son, Harraz.

We may not be the best parents for you,
May not be the best arms for you to lean on,
May not be the best backbone to support you,
May not be your best buddies as you grow up…
But we want you to know,
There’s no other people in this world, who will love you unconditionally,
be with you in your best and hard time,
accompany you during each phase of your life,
recorded your every second of living and breathing,
other than both of us.
Because we are your imperfect parents,
your mum and dad that love you more than you will ever know.
Forgive us for every lack and imperfections in raising you my dear, because we are only human.
We love you till the end of time.

Love,
Mummy and Daddy.

you light up our life, cheer every minute every second

too cute to handle

and I really love your perfect laugh and smile

I love you so much son, 
so much that you can't even imagine.


Monday, December 8, 2014

Catatan 8 Disember 2014

Ini coretan khas buat insan yg paling aku cintai dunia akhirat, seorang suami paling sempurna buat diri yang langsung tidak sempurna ini. 
Tuhan, dalam banyak2 perempuan dalam dunia ini, dia pilih aku sebagai isteri. Itu sahaja sudah satu nikmat paling besar harus aku syukuri. 

Siapa lagi yg hendakkan diri ini, jika tidak dia yg sudi melafaz akad, meminta aku daripada satu2nya wali aku tika itu, ayah aku. Siapa lagi yang berani menapak ke sekolah tempat ayah aku mengajar, meminta aku sebagai isteri walaupun dia dimarahi, dia ditolak mentah2 pada awalnya. Siapa lagi yang sudi buat temujanji dgn mak aku untuk menerangkan mengapa dia ingin sekali mengambil aku sebagai isteri, kalau tidak dia yg begitu berusaha inginkan aku. Siapa lagi yang dimarahi keluarga sendiri kerana ingin berkahwin seawal ini, kalau tidak dia yg sampai membawa diri dari keluarga seketika kerana tekanan yg dialami hanya untuk menikahi aku. Siapa lagi yang sanggup bersungguh2 sebegini kalau bukan dia Ya Allah?


Dia jodohku yang Kau tetapkan di dunia sejak azali. Dia pasangan hidupku yang tercatat tika roh mula ditiup dalam diri ini lagi. Dia kau temukan untuk aku, untuk menemani aku di dunia penuh cabaran, dan rupanya Dia yg Kau kurniakan bagi menggantikan tempat ayahku, yang sudah Kau tetapkan akan ambil nyawanya tepat tanggal 22 Januari 2014, hanya 5 bulan setelah aku bernikah dengannya. Belum sempat ayah tahu yg dia bakal mendapat cucu pertamanya, kerna aku sendiri tidak tahu tika itu aku sudahpun mengandungkan satu nyawa dalam diri ini. 

Namun aku pasrah, aku redha. Kerna aku mengerti, sudah tertulis dari awal hidupnya perginya pada jam 6.30 pagi tanggal 22 Januari 2014. Andai saja sebelum itu belum sempat aku bernikah, pasti tidak sempat dia mewalikan pernikahanku, pasti tidak akan sempat dia berjabat tangan dgn lelaki yg akan menggalas semua amanah dan tanggungjawab yg dipegangnya utk aku. Tuhan itu Maha Mengetahui. Bukan saja2 suka2 jodohku datang seawal ini.

Alhamdulillah sempat ayah menjadi waliku. Rupanya perancangan ALLAH itu jauh lagi hebat.


Genap 9 bulan 10 hari ayah dan adik pergi, Harraz dilahirkan ke dunia pada 1 Oktober 2014. Allah mematikan, Allah juga menghidupkan. Begitu besar kuasa Allah SWT.


Terima kasih suamiku, kerana sepanjang perjalanan yang penuh mencabar ini, kau menemaniku saban waktu. Suami yg pernah sebelum ini aku tidak yakin akan jodohku dengannya. 3 tahun menempuh alam percintaan bersamanya, sungguh tak ku sangka akan kekal segala janji yang terlafaz, akan jadi nyata mimpi yang tercipta. Ya, hubungan kami pernah beberapa kali terputus, janji sudah acapkali terlerai, namun jodoh kami kuat, akhirnya dia suamiku.

Terima kasih menjadi ayah kepada anakku, terima kasih kerana menjagaku dengan terlalu sempurna, hingga aku merasakan memilikimu seperti satu mimpi indah. Kau terlalu baik dan sempurna untuk aku yang terlalu mengada-ngada dan banyak karenahnya. Memiliki isteri seperti aku terlalu menguji kesabaranmu suami, tapi kau tetap melayanku tak ubah seperti seorang puteri.


I love you so much.
Terima kasih jadikan malamku lebih indah,
jadikan siangku lebih terang.


Tuesday, November 18, 2014

a first time parents

assalamualaikum.

I had to admit, it's not easy to become a parents, especially when you are a first time parents, dealing with your first child. 

mata rabak, itu memang wajib. baby akan bangun paling tidak dua jam sekali utk menyusu. itu kalau baby yang tak kuat meragam, kalau kuat meragam, mau tak tidur malam dibuatnya. itulah aku masa aku kecik2 dulu, mak cerita start pukul 12 malam aku akan menangis meragam sampai la nak dekat subuh. and dalam tempoh tu arwah ayah aku la yang stay up utk jaga aku sepanjang malam, sampai la masa dia nak pergi kerja (ayah aku cikgu). hmm besar juga pengorbanan seorang ayah. Harraz pula, hmm dia alhamdulillah bukan jenis meragam, sebulan pertama dia tidur dgn agak konsisten. bangun pukul 3 pagi and time subuh utk menyusu. tapi dah masuk sebulan lebih ni, dia mcm susah nak tidur time malam. kdg2 dekat pukul 1 2 pagi baru dia dpt tidur, itupun tak lena, terkejut sikit terus terjaga and menangis balik. hmm, kami kena gilir2 pangku dia, sbb dia ni kena dodoi dlu baru tidur. bila dendangkan zikir 'subhanallah walhamdulillah walailahaillallah' tu alhamdulillah dia boleh lelap mata, cuma kena lama2 sikit sbb klu sekejap sangat dia terjaga balik. agak penat di situ especially time kita tgh ngantuk gila2... bayangkan pukul 3 4 pagi kena nyanyi and dendangkan zikir utk anak sampai dia tidur, mmg mencabar zahir dan batin sebenarnya...

mandikan baby, so far skrg ni papa dia and maktok yang gilir2 mandikan dia, aku masih tak berani sbb badan dia lembut sangat, risau sangat nak pegang dia dekat air, risau terlepas, anak tu oii, penat keluarkan. huhu. so biar papa and maktok dia mandikan dulu sampai badan dia dah keras sikit, sorry sayang, bukan mama xnak mandikan, tp mama risaukan keselamatan kamu, dah la mama ni jenis clumsy sikit, pegang gelas nak minum pun boleh terlepas, inikan pula nak pegang kamu yg dah nak masuk 5kilo ni. huhu. lepas papa dia mandikan, tugas aku pakaikan dia baju, barut, bedak, minyak rambut and bedak sejuk taknak bg ruam kt muka dia. alhamdulillah takat ni muka Harraz dah licin balik, dlu awal2 ada tumbuh ruam kt pipi dia, risau tengok sbb xcantik. huhu. nasib baik dah hilang, hensem dah anak mama. :)

I had to admit, bukan senang nak jd parents, especially when you are not ready. terus terang, aku sbnrnya masih belum bersedia. 9 bulan yg lepas tika dpt tahu yg aku tgh mengandungkan dia pun aku susah nak terima hakikat tu sbb aku baru saja kehilangan arwah ayah dan adik aku. hinggalah ke saat aku nak melahirkan dia 1 Oktober lepas aku masih belum percaya yg aku akan jadi seorang ibu. nasib baik sangat2 mak and suami banyak sangat tolong. walaupun dulu aku pernah ada pengalaman jaga baby (jaga aidil and irah masa diorang lahir) tp bila tiba tang anak sendiri, serius lain. semua benda kita kena urus sendiri, dulu masa aidil and irah mak yg banyak uruskan, aku cuma tolong basuh berak diorang, dukung diorang sikit2, la ni mmg 24 jam kena jaga Harraz, klu dia nangis kena dukung, bagi susu, kalau dia berak kena tukar pampers, kalau dia meragam lagi la (yg ni paling mencabar) especially bila time papa dia kerja, mau tensen jgk uruskan sorang2. huhu.

but sebenarnya, Allah takkan bg kita jadi parents kalau kita tak mampu. the talent will comes naturally. tiba2 je kita akan pandai uruskan baby kita sendiri. mcm suami, dia mana pernah ada pengalaman jaga baby, tapi skrg dia la yg paling handal jaga Harraz. kalah aku lagi. dia belajar cara nak mandikan harraz, nak tukar pampers harraz, nak pakaikan baju harraz, mcm2 lagi la pasal baby. I salute you husband. thanks for being a good husband and papa to our Harraz. :)

mmg bila baby buat hal, meragam, kita taktau apa masalah dia, dia sakit perut ke, dia sakit badan ke, dia kan tak reti cakap, so cara dia communicate dgn kita just menangis je, menangis tak henti2 kalau dia ada problem yg kita sendiri tak dpt detect, masa tu mmg kita akan rasa stress, rasa tensen, rasa mcm "I wish I wasn't a mum", seriously. but sebenarnya, itu semua perasaan sementara saja, sekejap je perasaan tu datang, lepas tu bila kita pandang baby kita, anak kita yg lahir dari rahim kita sendiri, masyaAllah, that feeling will go away in no time, because we love our baby so much. akan dtg satu kekuatan utk terus jaga anak kita, pujuk dia sampai la dia okey, even dgn cara pangku dia supaya dia tidur dgn lena berjam2 sampai lenguh tangan (I did that okey), walaupun tangan kita sakit, walaupun mata kita rabak x cukup tidur, tapi tak pernah kita rasa sesal sikit pun dapat dia, sbb anak tu anugerah Allah paling istimewa buat kita. kalau aku rasa I-wish-I-wasn't-a-mum feeling, cepat2 aku cakap dgn diri sendiri, "anak kita ni bukan milik kita, milik Allah, bila2 masa Allah boleh ambil semula." dan dalam sekelip mata perasaan tu hilang, dan rasa syukur sangat2 dikurniakan anak secomel Harraz. :)

one month - my little harraz dah pandai gelak mengagah


sbb mak usunye teringin sgt anak sedara pompan, camnila dibuatnye harraz

okey tu je utk entry kali ni, ni pun type sambil pangku harraz kt tangan..huhu
till the next entry okeii 




Wednesday, November 12, 2014

projek Harraz

Assalamualaikum.


Disebabkan mama Harraz ni terlalu kepingin sangat nak tengok gambar diri sendiri time baby tapi tak boleh sebab takde langsung gambar time baby (sedih gila), maka tercetuslah idea nak buat Projek Harraz iaitu nak tangkap gambar Harraz banyak2 dari hari pertama dia lahir sampai selagi aku mampu. sebab aku nak abadikan setiap moment2 dia hidup di muka bumi ini dengan harapan bila dia besar nanti, dia dapat melihat sendiri betapa cekalnya mama and papa dia ni berusaha untuk besarkan dia with zero knowledge pasal baby at all dgn umur yang teramatlah muda (muda la sangat). 

dan ini semua akan terabadi dalam satu album, khas buat Harraz ku sayang. :)


teaser. :)


Tuesday, November 4, 2014

sebuah perjalanan


Tuhan,
aku menyayangi dia sepenuh hatiku,
sampai mati.



video

Sunday, October 26, 2014

pengalaman melahirkan Muhammad Harraz Adha - sambungan

sambungan daripada entry sebelum ni.

pengalaman melahirkan Muhammad Harraz Adha

masa aku tengah tak berdaya nak teran untuk keluarkan Harraz, nurse and doktor yg tengah in charge masa tu semua pujuk aku suruh teran lagi untuk keluarkan baby sebab kesian dia kepala dah nampak tapi masuk balik, takut lama2 baby lemas dlm tu. "awak boleh buat, kesian kat baby ni dia nak keluar sangat dah ni."  sorang lg nurse cakap "dik, kesian anak awak ni, kena teran betul2 ni." masalahnye aku dah cuba sedaya upaya aku untuk teran sekuat2 hati time contraction tu datang tp sekejap je aku mampu teran sbb contraction tu hilang cepat sangat, time teran tu mmg sekuat2 hati aku teran sambil pegang besi katil tu, kalau ikut daya aku pegang tu rasa mcm nak patah je besi katil tu aku buat. suami aku kat sebelah pun sama bagi semangat suruh aku teran betul2 demi anak kami. tapi apakan daya mmg tak mau keluar. last2 diorang panggil doktor pakar untuk vakum sbb takut baby aku lemas. sbb diorang cakap ni kalau nak buat pembedahan c-section dah bahaya dah ni as kepala baby mmg dah nak keluar sangat, takut baby tak survive.

kali ni, seorang doktor lelaki cina datang. doktor pakar. dia tengok kepala baby and still suruh aku try teran sambil dia siap2kan barang untuk proses me'vakum' anak aku....masa ni suami aku diarah keluar sbb dah crowded sangat tempat tu banyak sangat nurse and dua doktor yg tolong aku bersalin ni. lagipun maybe sbb diorang nak vakum so suami aku tak boleh ade. tapi demi Allah, time ni macam datang satu kekuatan dalam diri aku taknak anak aku di'vakum', tiba2 lahir rasa kasihan yg amat sangat kt baby dlm rahim ni, kasihan dia juga berusaha berjuang utk keluar, takkan aku sebagai ibu mudah sangat nak mengalah, penat memang penat tapi aku gagahkan diri jugak meneran sebelum doc vakum, sampai la tepat jam 1.07 pagi, dgn bantuan dari Allah SWT, Harraz berjaya keluar dari rahim aku dgn sendirinya tanpa bantuan vakum or forcep. syukurnya aku time tu Allah saja yg tahu...

tapi sakit tak berakhir di situ.. dugaan juga belum berakhir.. anak aku rupanya muka dah biru sbb hampir lemas, doktor yg sambut baby aku tu cuma sempat letak tak sampai sesaat anak aku atas badan aku, lepas tu dia terus bawak anak aku keluar. masa ni aku dah berdebar sangat2, sbb takde suara tangisan dari bayi aku, terus doktor bawak keluar and mcm kalut2 sikit aku dengar kat bahagian luar labour room. tak lama lepas tu aku dengar suara tangisan bayi and nurse yg kat sebelah aku cakap, "ha tu suara anak kamu la tu." syukur yg teramat sangat. 

tapi... kenapa diorang tak letak balik anak aku dekat aku utk breastfeed kali pertama? kenapa aku dengar diorang nak masukkan baby aku kt wad? kenapa tak bagi aku tengok sikit pun mcm mana rupa baby aku? persoalan ni bermain2 dlm fikiran aku sambil aku kena jahit kat luka episiotomi bawah tu. tak terasa sangat sakit kena jahit sebab aku lagi fikirkan anak aku. serius, bagai nak mati rasanya bila aku tgk nurse yg jahit aku tu mcm mengelak bila aku tanya "mana anak saya? kenapa tak bagi kt saya dulu utk menyusu?" diorang just cakap, "puan sabar dulu, baby okey tu." 
tapi aku tau memang ade something wrong, kalau tak takkan sampai dekat dua jam lebih lepas bersalin baby masih tak ade dgn aku, and suami aku yg kt luar tu pulak langsung tak tau aku dah selamat bersalin. bila aku teringat, aku tanya nurse, "nurse, suami saya dah tau tak baby dah keluar ni?" and jawapan dia, "belum lagi, kami tgh uruskan baby." dekat pukul 3 pagi and suami aku masih tak tau yg anak kami dah keluar.... rasa nak nangis je masa tu, apa masalah sebenarnya ni??? bagitau je la aku kalau ye pun nak selamatkan mak dulu. tau apa alasan doktor tu? dia kata "maaf puan, urusan bayi bukan atas kami dah, tu atas pakar paediatrik, kami tgh nak selamatkan nyawa puan, darah banyak ni." masa tu aku berdoa sangat3 pada Allah, jangan la Kau ambik anak aku.. ambik nyawa aku pun takpe, biar anak aku selamat...

drama sungguh aku di pagi yg hening tu. mana taknya, aku langsung tak dpt tengok anak aku dulu. yg suami aku lg la, kol 3 lebih baru dia dapat tau anak dia dah keluar... tu pun kena masuk wad. nasib baik suami aku sempat azankan sblum masuk wad..

and lepas aku kena jahit tu, dalam pukul 3 lebih, diorang suruh aku stay dulu dlm labour room tu, aku pun dah penat sangat2 sampai rasa mcm tak berdaya dah nak bukak mata. tiba2 ada seorang nurse datang menghampiri aku, "puan, tengok anak ni, dia nak masuk wad dah ni, laki ke perempuan ni?" sambil tunjuk baby punya kemaluan kt aku. aku tak cakap ape dah aku terus cium dia... tak sampai seminit pun nurse dah bawak dia pergi untuk masuk wad.. hailaa anak.. aku jatuh cinta pandang pertama!! rindu yg tak dpt digambarkan lagi bila tengok dia dibawa oleh nurse ke wad kanak-kanak.. teringin rasanya menyusukan dia and peluk dia, biar dia rasa sentuhan ibu.. tapi apakan daya, Allah lagi Mengetahui apa yg terbaik..

rupanya anak aku kekurangan oksigen, muka biru lepas lahir and tak menangis langsung, sebab tu dia kena jumpa pakar paed. tapi alhamdulillah, dia okey je lepas tu. cuma kena tahan wad untuk pantau keadaan dia takut jantung dia problem.. alhamdulillah takde pape pun, dua hari lepas tu dah boleh keluar wad dah..

lepas tu aku dimasukkan dalam wad, tanpa bayi aku di sisi. sedihnya rasa tengok orang depan aku orang sebelah aku semua dgn baby masing2.. aku breastfeed anak pun belum. esoknya dalam jam 7 pagi, nurse kejut utk cek blood pressure. dia tanya, "dah tengok anak dah? pergilah tgk anak kt wad and susukan dia, tapi kena breakfast dlu tau." lepas je nurse ckp camtu, aku mmg tak lalu makan dah, terus siap2 and pergi wad kanak2 yg tak jauh pun dari situ. sbnrnye aku tak larat pun time tu, still rasa ngilu and kebas and sakit kt bahagian bawah tu, badan pun lenguh2 sbb baru lepas bersalin kan, mmg rasa nak pitam je klu berdiri and jalan tapi aku fikir, aku kena kuat jugak nak jumpa anak aku. aku rindu sangat2 nak tgk rupa dia.. gigihlah jugak aku jalan sambil terkepit2 and pegang dinding takut tumbang,,

and for the first time I saw him.. Ya Allah, mengalir sebenarnya air mata aku.. mcm ni rupenye perasaan menjadi seorang ibu.. melihat wajah bayi yg aku kandung selama 9 bulan, mmg serius sebak tak tergambar sbb.. entahlah, mungkin naluri kot. tak sangka Allah izinkan aku jumpa dia, dlm keadaan yg sempurna tubuh badan..nikmat Allah tu sangat besar rasanya buat aku.. Dia tarik nyawa ayah dan adik aku.. tapi dia bagi aku satu lagi nyawa, yg hidup dalam rahim aku selama 9 bulan.. inilah nikmat paling besar pernah aku rasa.. nikmat yg lahir hasil dari indahnya sebuah cinta..

Harraz masa kt wad kanak2..

terima kasih Ya Allah, atas hadirnya Harraz dalam hidup kami..
mengisi kekosongan yg masih terasa hingga saat ini..
walau tidaklah mampu menggantikan mereka yg telah pergi, tapi cukup untuk buat aku rasa begitu bersyukur..kini sempurnalah sudah aku sebagai seorang perempuan, memberikan seorang zuriat yg cukup sifatnya buat suami tercinta..
harta kami dunia akhirat.. Muhammad Harraz Adha bin Ahmad Taufiq.

Harraz hari ke 25.. makin comel makin tembam,,

Friday, October 17, 2014

pengalaman melahirkan Muhammad Harraz Adha

Assalamualaikum.

Hari ni 17 Oktober 2014 genap 17 hari Harraz dilahirkan. Harraz dilahirkan secara normal di Hospital Slim River which is around 16km from my house in Sungkai. Nak dijadikan cerita, malam 29 September tu start jam 1 pagi aku dh start terasa sakit kat perut mcm sakit senggugut tapi lagi sakit. To make it worst, ia datang dgn sangat kerap which is 5 minit sekali yg buatkan aku dah terasa sakit yg lain macam, tapi sepanjang malam tu aku still tahan sakit tu sorang2, husband tgh nyenyak tidur atas katil sedangkan aku dah berdiri duduk ulang alik satu bilik tu nak tahan sakit. aku takleh nak baring or duduk sbb it will cause more pain to me so I just berdiri and jalan2 ulang alik bilik untuk tahan sakit. mak turun bawah jam 6 pagi untuk uruskan adik2 pergi sekolah, masa mak turun tu terus aku keluar bilik and mengadu kt mak, "mak, perut akak sakit sangat ni." mak tanya, "lame dah ke sakit?" aku jawab start 1 pagi tadi. terus mak suruh siap2 pergi ke hospital sbb mak cakap "tak lama dah ni."

jam 7.30 pagi adik aku drive kitorang semua pergi hospital naik Naza Ria ayah. the same pengalaman yg kami pernah rasa masa Aidil dah nak lahir tahun 2006 dulu, cuma masa tu ayah yg drive and mak yg tgh sakit nak bersalin. masa ni Aidil dgn Irah tak pergi sekolah tp mak tinggalkan kt kampung dgn opah sbb taknak bg ganggu urusan kat hospital nanti. aku dah terasa sakit tp tak la kuat gila2 lagi. still leh tahan sakit tu. 

sampai kat hospital kami terus pergi dewan bersalin and nurse suruh aku masuk dalam bilik pemeriksaan, ingatkan nak buat apa la rupanya dia suruh terus tanggal seluar and pakai kain yg hospital sediakan sbb dia nak cek jalan which is dia akan seluk dua jari dalam kita punya miss V. huhu. tapi masa first time seluk tu nurse tu buat tak sakit pun, rasa sejuk2 je sebab dia letak gel before seluk tu. rupenye masa tu dah bukak 2cm. lepas dah seluk tgk bukaan, dia panggil doktor untuk scan baby for the last time. eh tp sebelum tu dia pasang alat yg org panggil CTG untuk monitor contraction and heartbeat baby. peh sangat rimas actually bila dia pasang bnd tu, berselirat wayar atas perut sdgkan kita dah la tgh tahan sakit contraction lg. mmg rasa mcm nak cabut je wayar2 tu semua sbb dia pasang bnd tu lame atas badan kita, dekat sejam lebih jgk la. rimas, lemas rasa. huhu.

after dah monitor contraction, doc dtg scan baby. alhamdulillah heartbeat baby position air ketuban semua okey. masa tu doc ckp melalui scan berat baby dah 3.3kg. peh terkejut aku dgr time tu. besarnye baby aku. mampu ke aku keluarkan ni dah la badan aku kecik. lepas scan nurse suruh tunggu luar kejap pergi makan semua sbb lepas ni diorang nak terus admit ward. aku pun keluar kejap tempat mak and husband tunggu aku. aku cerita kt husband yg baby dah 3 kilo lebih sambil cuak and neves. masa ni sebenarnye mmg dah takde selera nak makan even nurse suruh makan sbb nurse ckp kalau dah masuk labour room nanti kamu mmg dah tak boleh makan and minum langsung. 
tak lama lepas tu urusan ward dah setel, aku pun masuk ward. 

petang dalam pukul 3, nurse dtg ajak cek bukaan kt bilik pemeriksaan. masa ni ade sorang doktor badan besar gempal2 yg akan seluk aku punya miss V. aku tgk tangan dia pun aku dah cuak sbb besar betul. huhu. and kecuakan aku mmg bersebab, rupe2nye seluk kali ni mmg agak sakit berbanding nurse buat kali pertama td. terangkat2 punggung aku tahan sakit kena seluk. aku pujuk hati ckp ni baru kena seluk, bersalin nanti lg sakit. huhu. lepas dia seluk, dia ckp bukaan dah 4cm, dah boleh masuk labour room. masa ni nurse suruh ambik baju baby and pampers sediakan utk bawak masuk dlm labour room. nurse tolak aku masuk dlm labour guna wheelchair. 

dalam labour room, aku dah rasa sejuk yg teramat sangat. sblm sampai labour room aku sempat nampak suami aku tgh tunggu kt tempat menunggu, tp aku tak sempat nak jumpa dia and minta maaf. tak tersebut sbb aku mmg tgh cuak gila actually. rasa mcm tak percaya aku dah masuk labour room and bakal melahirkan bayi yg ada dalam perut aku tak lama lagi. dah la dlm bilik tu sejuk kemain, air cond kemain kuat dia pasang. menggigil2 aku. dan di sini la kesakitan yg amat sangat bermula. start bukaan aku dah 4 cm, contraction aku dah makin kerap. boleh dikatakan seminit or dua minit sekali dia datang. serius aku ckp, sakit contraction ni memang sakit gila3. dah la terbaring atas katil tu dgn perut yg besar menyebabkan sakit kt tulang belakang and pinggang, air pulak tak boleh minum langsung, dia just masukkan air melalui drip tu, mmg merana la ko sorang2 atas katil tu. serius ckp, kesakitan yg kita rasa time contraction tu dtg mmg tak dpt nak digambarkan dgn kata2, sakit dia mcm kau kenal pukul satu badan tp kau tak mampu nak buat apa2. just mampu terbaring kesakitan. nurse pulak dtg tgk kita sekali skala je. memule aku still tahan lg cuba tak bersuara langsung tahan sakit, tp last2 bila dah makin sakit gila terkeluar jugak la jeritan aku merayu2 kt nurse nak czer sbb sakit sangat3. huhuhu. nurse pulak asyik pujuk dok suruh selawat baca ayat nabi yunus semua. mmg aku dah baca tp bila tgh sakit tu mmg kita tak mampu nak pkir ape dah. dalam kepala just rasa sakit sakit and sakit. mcm ni rupenye sakit nak beranak. 

lama jugak aku menanggung sakit contraction tu nak menunggu bukaan full. dari start masuk labour room pukul 3.30 petang sampai la 11 malam aku menanggung sakit tu. serius aku dah mcm ape dah, dgn bibir kering pucat kemain sbb tak dpt minum air, just kdg2 je nurse basahkan bibir aku dgn air. segala jenis selawat ayat quran yg terlintas dlm kepala aku baca untuk kurangkan sakit. satu2nye cara utk tahan sikit kesakitan tu ialah cara pernafasan yg betul. tarik nafas ikut hidung, hembus ikut mulut. tp tu pun tak mampu nak lawan sakit contraction yg makin lama makin kuat. rasa mcm nak mati pun ade. huhuhu. masa nurse nampak aku mengerang kesakitan tu, ade sorang nurse tu dtg kata, "sabar dik, sakit nak bersalin mmg mcm ni, dah mintak maaf kt suami dah?" masa ni aku dah mengalir2 air mata teringat segala salah silap aku kt suami aku. nak je aku jumpa suami aku skrg and minta maaf atas segala dosa aku kat dia in case tiba2 aku tak berjaya survive lahirkan anak ni. merayu2 aku minta kt nurse nak panggil suami masuk temankan tp dia kata tak boleh lagi, bila dah start proses nak meneran nanti baru dia panggil husband masuk tgk. 

jam 11.35 malam, doktor dtg cek bukaan. dia kata baru 7cm, belum full lagi, tp sbb dia tgk aku mcm dah sakit gila3 je and tak mampu dah nak tahan sakit contraction, dia ckp dah boleh start proses meneran. tepat jam 11.45 malam, proses meneran start. nurse panggil suami aku masuk.lega sungguh bila dpt tgk muka suami. lama dia tunggu kt ruamg menunggu tu dari 8 pagi sampai 11.45 mlm ni. masa ni sekali lagi sakit yg luar biasa. nurse ckp teran kuat2 bila contraction tu datang, tp jgn angkat punggung. fuhhh mmg susah rupenye nak meneran ni, kena ade teknik yg betul. aku punya teran dah cantik dah nurse kata, cuma sekejap sangat. sbb contraction aku dtg kejap gila. kepala baby baru nak keluar dah masuk balik sbb aku teran kejap sgt. baru nk curi nafas dah hilang pulak contractionnye. aku mmg dah tak berdaya dah time ni. lemah selemah2nye..

this little feet is so cuteeeee!

ok terpaksa sambung dlm entry kemudian sbb kalau nak cerita semua sampai habis mmg panjang gila jadinye. so ni je yg mampu dulu. 

Tuesday, October 14, 2014

aku melihat seorang lelaki

jujur aku katakan, aku melihat seorang lelaki..

yg sedari awal aku menjadi isterinya yang sah, segala kepentingannya dia tolak ke tepi, kerna mendahulukan seorang isteri.. pernah aku melihat dengan duit hasil titik peluhnya bekerja meniaga goreng pisang, dia belikan aku sebuah printer dan broadband untuk memudahkan urusan aku di universiti, dia beri aku duit belanja setiap hari hanya untuk aku berjaya menggenggam segulung ijazah nanti..

aku melihat seorang lelaki, yg ketika mengetahui isterinya sedang mengandung, dituruti setiap kehendak dan permintaan yg kadangkala cukup merimaskan. "abang nak makan itu, abang nak makan ini, abang jgn nak mengada keluar lama2, abang syg tak larat ni, abang tolong urut sayang, abang tolong buat puding karamel utk sayang" dan segala macam lagi permintaan yg bukan2 dari seorang isteri. malah acap kali dia dimarah, dia dileteri, hanya kerana emosi seorang isteri yg sangat2 kurang stabil ketika mengandung. malah tidak pula aku lupa ketika dia mengelap muntahku di lantai, ketika dia menyuapkan aku tika aku benar2 tidak larat, ketika dia mengurutku setiap malam kerna perut yg semakin membesar.. ketika aku acap kali mengejutnya dari tidur jam 3 4 pagi kerana kaki aku krem.. dia bangun lalu memicit kakiku.. 

aku juga melihat seorang lelaki, yang ketika aku masuk ke hospital untuk melahirkan zuriatnya, menunggu aku di hospital dari jam 8 pagi hingga 1 pagi keesokannya menanti aku bertarung nyawa, dan aku melihat dia menyaksikan proses aku bersalin di dalam 'labour room', memberi kata2 semangat buatku ketika aku sedaya upaya cuba mengeluarkan zuriat kami, tangannya ku genggam erat, setiap kata2 semangat yg terbit dari mulutnya cuba aku hadamkan demi melahirkan zuriat kami.. hingga akhirnya tepat jam 1.07 pagi, lahirlah Muhammad Harraz Adha bin Ahmad Taufiq ke dunia ini.. aku perasan dia gementar, aku perasan wajahnya kerisauan, namun demi isteri dan anaknya dia gagahkan jua melihat aku bertarung nyawa.. 

dan kini aku melihat seorang lelaki.. yg kukira jasa dan pengorbanannya melebihi aku sebagai seorang isteri dan ibu.. sejurusnya aku lepas bersalin, aku tak mampu kencing dgn sempurna (sbb masa proses bersalin nurse akan masukkan tiub dlm salur kencing,kita takleh pergi tandas lgsg).. aku buang air tanpa aku sedar, katanya "takpe syg, syg kencing je, abg basuh nanti." aku tak mampu tunduk untuk pakai pad sendiri, dia yg tunduk dan pakaikan untuk aku (aku berjahit banyak kt bawah ni sbb proses meneran aku sangat lama).. aku tak mampu mandi sendiri, dia mandikan aku, bagai seorang ibu memandikan anaknya.. darah aku meleleh2 hingga ke lantai bila aku tak sempat nak pakai pad, dia lapkan di lantai.. aku tak mampu nak tgk luka jahitan aku sendiri kt bahagian bawah tu(sebab aku jenis takut dan geli), dia yg tengok dan cucikan.. dia masakkan untuk aku ketika aku tak mampu nak makan sendiri.. dia bangun jam 3 4 pagi tukar pampers Harraz, dodoikan Harraz, di samping tu jgk bangun teman aku pergi tandas, pakaikan pad aku jam 3 4 pagi.. Allah, tak ku sangka begitu besar pengorbanan seorang suami, dan tak ku sangka juga dia yg Engkau kurniakan pada diriku ini..

sungguh, aku melihat seorang lelaki ini, seperti malaikat yg menjaga aku didunia.. an angel sent to me by Allah in the form of human.. a man who treat his wife like his own mother..

semoga syurgalah tempatmu wahai suamiku.. semoga kekal begini hingga ke hujung usia kita.. I love you, so much.. terima kasih yg tak terhingga jaga sayang sampai mcm ni sekali. in case you read this, I want you to know that I really appreciate your present in my life, and I will never take you for granted. you are my husband, my bestfriend, my brother, and my only partner in this world. please stay like this for me and Harraz, we love you so much till forever. 


terima kasih untuk segala2nya..
semoga Allah memberi ganjaran terbaik buatmu..

I am now a mother :)


Assalamualaikum.

Tepat tanggal 1 Oktober 2014, aku telah selamat melahirkan seorang khalifah Allah ke muka bumi ini. Alhamdulillah, dapat baby boy. Memang sebelum ni pun kami berdua selalu sangat mimpi dapat baby boy. Tak sangka mmg betul2 keluar boy. Hehe. Tapi mmg sungguh la, Allah saja yg tahu sakitnya melahirkan seorang anak, Hanya seorang ibu yg memahami betapa sakit dan peritnya proses bersalin tu. Tu belum masuk proses berpantang lagi. Fuhh, ni kalau para suami and anak tak hargai jugak tak tau la. 

Anyway... skrg dah masuk 2 minggu usia baby.. 

my cute Harraz..

nurse kat hospital yg pacakkan rambut saye..


sayang..
remember, mama and papa love you so much..
moga jadi anak yg soleh ye Muhammad Harraz Adha

we love you.
till end of time.

Monday, September 29, 2014

39 weeks pregnancy

assalamualaikum. start minggu ni, kandungan aku dah masuk 39 weeks. mmg boleh deliver sangat2 la anytime from now. tapi tu la, so far setakat ni takde turun tanda apa2 lagi. cuma tiap2 malam mmg akan rasa perut mengeras gila2 la, plus baby bergerak punya la aktif sampai boleh nampak perut kita mcm berombak2.. selalu panggil suami suruh tengok kalau baby gerak kuat, yg baby pun pandai, bila ayah dia nak tengok dia dok senyap je.. haha.. kkdg time ayah dia letak muka kt perut, dia pergi tendang sekuat2 ade.. pandai eh baby..lagi satu setiap malam mmg kerap gila ke toilet buang air kecil, boleh kata setiap setengah jam.. sangat3 tak selesa nak tidur,,tp takpe, demi baby yg ku sayang, mummy gagahkan diri jugak lalui semua tu.. lepas ni nak lalui pengalaman bersalin pulak.. inshaAllah aku kuat utk semua tu.. :) 

9 month pregnancy


Friday, September 12, 2014

dah lama tak update blog...

assalamualaikum.

lama tak update blog sebenarnya. entahlah, serius rasa malas dah skrg nak story mory bagai ni. maybe zaman tulis diary dalam hidup aku dah berlalu kot. dulu punya lah rajinnya. semua benda nak cerita. skrg, concentrate on real life. apetah lagi skrg ni aku tgh sarat mengandung. masa tgh type entry ni, kandungan aku dah nak masuk 37 minggu. bermakna ade lg beberapa minggu je lagi sebelum due date aku utk bersalin.

sebenarnya, cuak mmg cuak. siapa tak cuak, anak first kot. mana ada pengalaman lagi sebelum ni. huhu. during my pregnancy, alhamdulillah baby tak banyak masalah. dia baik je dalam perut. skrg pun kepala dia mmg dah kt bawah. jantung baby semua okey setakat ni, pergerakan baby pun alhamdulillah aktif sangat. pendek kata, baby mmg tak bagi masalah kt aku langsung. dia baik je dalam tu. cuma aku ni la cepat sangat letih skrg. nak berjalan banyak pun dah tak larat sebenarnya. perut dah makin besar gilaaa. skrg berat baby dah 2.8kg dlm perut. berat aku dah masuk 55kg. baru je minggu lepas 54kg. nampak tak seminggu naik mendadak 1kg? huhu.

now mak tgh buat renovation kt rumah kitorg kt sungkai ni. mak tambah bilik untuk aku senang berpantang nanti. terima kasih mak. mmg luas biliknya, siap bilik air lagi dalam bilik tu, bilik air pun sikit punya luas sampai boleh muat satu katil lagi dlm bilik air. mak siap pasang water heater untuk senang mandikan baby nanti, xpayah nak masak2 air bagai. barang baby pun alhamdulillah semua mak dah siap belikan, beg aku untuk bawak pergi hospital skali dgn beg baby pun semua mak dah prepare. nampak tak, sampai saat anak nak dapat anak pun, mak jugak la org yg menguruskannya. terima kasih mak. mak aku mmg dari kitorg kecik sampai la besar dah kawen ni pun, mmg cukup manjakan anak. ni nak dapat cucu sulung ni lagi la, mak yg eksited lipat2 baju baby bagai. hihi.

anak dlm perut ni, hadiah aku buat suami tercinta. anugerah Tuhan yg tak ternilai buat kami berdua. tak terasa pun segala sakit jerih payah time mengandung ni sbb mmg tak sabar sangat nak tunggu kehadiran dia ke dunia Allah ni. anak hasil kasih dan sayang kami berdua. suami pun alhamdulillah sangat2, jaga aku sangat baik sepanjang pregnant ni. apa yg aku nak mostly dia tunaikan. baru2 ni baru je pujuk husband nak handphone baru sbb handphone samsung S3 arwah ayah yg aku guna tu ada problem nak connect wifi and battery cepat gila kong. so mmg tiap2 hari pujuk hubby nak handphone baru. hehe. alhamdulillah dapat jugak handphone Asus Zenfone 6 warna merah yg mmg aku nak sangat. berhari2 aku search pasal handphone tu kt internet. thanks hubby. 


ni la dia handphone baru aku. Asus Zenfone 6 red.

hmm. throwback time raya tahun ni. sebenarnya ada rasa hambar dan kosong Aidilfitri tahun ni, sbb ayah dan Zakwan dah pergi meninggalkan kami bulan 1 yg lalu. serius terasa sangat kehilangan mereka. selalunya pagi2 raya kecoh satu rumah sbb semua lambat nak pergi solat aidilfitri, ayah dok marah2 sbb anak2nya lambat bangun. takde dah suara garang ayah marah kami. takde dah suara Zakwan yg kuat menyakat adik2nya. serius hambar. tapi Alhamdulillah Allah gantikan kehilangan mereka dgn seorang suami yg hadir dalam hidup aku. raya tahun ni, first time aku raya bersama suami tercinta. alhamdulillah, terasa juga kemeriahannya walaupun kehilangan itu masih terasa. tambah lagi dgn kehadiran baby dalam perut yg menunggu masa untuk keluar, alhamdulillah. terasa lengkap hidupku.

throwback gambar raya. masa ni kandungan dah 7 bulan lebih. tp tak nampak sngat sbb aku pandai sorok perut. hehe

my family, my life, my everything.

dengan suami tercinta. first time raya as husband and wife. tahun lepas menikah 2 syawal. so 1 syawal tu still single. hehe

dengan adik2 tersayang, aidil dan irah. tak lama lagi jadi pakcik and makcik dah depa ni.

ni adik beradik aku yg dah besar. sorang tingkatan 5 sorang lg tingkatan 6 atas.

tinggallah kami lima beradik tanpa arwah Zakwan. 

bersama keluarga belah arwah ayah..


so far, my life is good. ada seorang suami yg penyayang, mak yg sangat2 prihatin and adik2 yg happening. now aku duduk kt sungkai with my mum and adik2 sementara tunggu bersalin and nak pantang kat sini. aku tangguh satu sem, inshaAllah sem depan baru aku masuk balik sbb aku nak fokus kt anak ni dulu. 

anyway, doakan aku selamat bersalin ye! 
:)

Monday, September 8, 2014

9 month already

assalamualaikum. 

my pregnancy has already reach 9 month. bila-bila masa je boleh deliver start from now. mohon doa dari rakan2 yaa.

:)


Tuesday, April 29, 2014

hadirmu menggantikan sebuah kehilangan

kehadapan bayi di dalam kandunganku yg kini sudah pun mencecah 4 bulan, ibu minta maaf sangat2 sbb pada mulanya, kehadiran kamu mmg tak ibu jangka. kamu hadir di saat paling hiba dlm hidup ibu, kamu hadir saat Allah tarik nyawa ayah dan adik ibu. kamu hadir di saat ibu paling rapuh, paling lemah. Ibu masih ingat hari itu, 22 Januari 2014, tarikh yg paling ibu takkan lupa seumur hidup ibu, pagi tu ibu dikejutkan dari tidur dgn satu berita yg sangat buat ibu hampir jatuh terduduk, "kaklong, bangun! ayah eksiden!!" laungan emak membuat jantung ibu berdegup pantas. hampir ibu rasa tak pijak bumi masa tu. hampir ibu rasa ibu hanyalah bermimpi di pagi hari.

dan kamu jadi saksi dlm perut ibu bagaimana debarnya hati ibu menuju ke tempat eksiden. kamu jadi saksi betapa ibu cuba kuat demi emak and adik2 sebelah ibu. kamu jadi saksi betapa ibu cuba tak mengalirkan air mata bila ibu lihat kereta Kelisa kami remuk teruk depan mata, dan saat ibu terpandang jenazah ayah ibu yg terbujur kaku di tgh jalan raya.. ibu cuba kuat waktu tu, sikit pun air mata ibu tak jatuh sbb ibu tengah tenangkan emak ibu yg hampir rebah di bahu jalan. adik2 ibu masih kecik lagi, mereka tak mengerti apa2 pada mulanya. tp ibu tahu Aidil, adik ibu yg berumur 7 tahun faham apa yg terjadi sbb ibu nampak air mata dia mengalir di dalam kereta masa kami dlm perjalanan ke lokasi eksiden. Irah yg berumur 6 tahun hanya diam membisu, mungkin dia sedang memikirkan apa sebenarnya yg telah terjadi. tapi saat paling menyayat hati bila kami lalu kawasan eksiden dan Irah tiba2 ternampak jenazah abangnya, iaitu adik ibu, Muhammad Hariz Zakwan terbujur di tengah jalan, Irah kenal baju pengakap yg abg Wan pakai, Irah kenal songkok abg Wan yg tercampak atas jalan, Irah kenal kasut yg masih abg Wan pakai walaupun masa tu wajah abg Wan ditutup dgn sehelai kain, dan masa tu Irah menjerti dan menangis sekuat hati di menjerit memanggil "abg Wannnn!!!!" tika itu tumpah air mata yg ibu tahan sejak awal. tika itu tangan Aidil ibu pegang erat. Aidil yg sedang cuba menahan emosi tapi ternampak jua dgn air mata yg berlinangan di pipi kecilnya. Ya Allah, mereka baru berusia 7 dan 6 tahun, terlalu cepat ayah dan abang mereka pergi meninggalkan mereka. terlalu cepat Ya Allah. ibu peluk kedua adik ibu yg kecil itu erat2. ibu cium mereka, ibu tenangkan mereka. kerna mereka terlalu kecil untuk menghadapi semua ini dgn tiba2..

dan dalam masa yg sama, ibu merasa sangat loya. dlm kekalutan hari kejadian itu, ibu sangat lemah. ibu selalu rasa nak muntah. perut ibu sakit. ibu tak menjangka langsung ibu sedang mengandungkan kamu tika itu. yg ibu tahu tika itu hanyalah kesedihan yg menyelubungi seluruh keluarga ibu. takkan ibu lupakan ketika tunggu jenazah arwah ayah dan adik ibu sampai dari hospital, betapa ibu menangis teresak2 dlm dakapan ayah kamu. ibu menangis semahu2nya dlm bilik bersama dia. ibu sembunyikan tangis ibu dari adik2 dan emak ibu. ibu katakan pada ayah kamu betapa ibu tak sempat nak mintak maaf dgn ayah dan adik atas setiap kesalahan ibu pada mereka, ibu menangis mengatakan kenapa ayah pergi dulu tak tunggu ibu berjaya menggengam segulung ijazah yg amat ayah ibu harapkan, ibu menangis bersungguh2 sbb tak sempat nak balas jasa dan pengorbanan ayah ibu pada ibu. ibu kesal kerana ayah dan adik ibu pergi terlalu cepat, terlalu tiba2 sampai ibu rasa hidup ibu, pelajaran ibu, apa yg ibu cuba usahakan selama ni dah tak bermakna lagi, sbb org yg paling ibu nak banggakan dah pergi dari hidup ibu. 

dan bahu ayah kamu itulah yg menjadi tempat ibu berpaut anakku.. ayah kamulah yg menenangkan ibu dgn kata2 semangatnya.. ayah kamu katakan bahawa dia sentiasa ada untuk ibu, ibu takkan lupa ayat dia, "sayang jangan mcm ni, abang masih ada dgn syg, abang akan selalu ada dgn syg.. kita doakan utk ayah and wan ea.." begitu tenang ayah kamu mengawal emosi ibu. ibu takkan lupa ayah kamu la yg menguruskan segala urusan pengebumian jenazah. ayah kamu yg menunggu jenazah arwah ayah dan adik ibu di hospital bersama pakngah ibu, ayah kamu yg menelefon segala kenalan2 arwah dan keluarga kami, ayah kamu yg membawa segala persiapan untuk mengebumikan jenazah di kubur. ayah kamu, merupakan bekas anak murid arwah ayah ibu, yg selama ini cuba buka pintu hati ayah ibu untuk bernikah dgn ibu. ayah kamu hanya sempat merasa menjadi menantu ayah beberapa bulan sahaja, kerana baru sahaja ibu berkahwin dgn ayah bulan 8 tahun lepas, bulan 1 tahun ni ayah ibu dah pergi meninggalkan ibu.. baru sahaja rumah yg sama menjadi saksi betapa meriahnya kenduri perkahwinan kami berdua diiringi restu ayah ibu yg sangat ibu harapkan selama ni, dan kini rumah yg sama menjadi saksi tibanya jenazah arwah diiringi ratusan kenalan arwah dan bekas anak2 murid arwah yg sama hadir ke majlis perkahwinan ibu sebelum ni.. segalanya terlalu pantas berlaku...

dan ibu masih ingat, ketika jenazah arwah ayah dan adik ibu tiba, ibu tak punya kekuatan untuk melihat mereka buat kali yg terakhir.. ibu sangat2 tak kuat tika itu, Allah saja yg tahu perasaan ibu tika itu. baru sahaja malam sebelumnya ibu berbual dgn ayah dan adik ibu, dan ibu masih ingat jam 2 pagi ibu turun ke bawah melihat adik Wan tidur dgn tv terbuka. ibu tanyakan pada dia, "kenapa tak tutup tv kan nak tidur tu" dia jawab "nanti wan tutup." itulah perbualan terakhir ibu dgn adik ibu... itulah kata2 terakhir dia pada ibu.. tidaklah ibu sempat nak menyatakan ibu sayangkan dia sangat2... tidaklah ibu sempat nak katakan terima kasih sbb jadi adik yg baik buat ibu selama ni.. ibu tak sangka sama sekali itulah perbualan ibu yg terakhir bersama dia.. dan ibu mahukan wajah dia ketika itu menjadi yg terakhir ibu tengok, ibu nak wajah dia masih hidup dan bernyawa itu kekal dlm ingatan ibu selamanya, bukan wajah yg dah ditutup dgn sehelai kain kapan berwarna putih.. sbb itu ibu tak sanggup melihat kedua2 jenazah buat kali terakhir.. ibu menyorok tepi tangga dgn tangisan ketika adik beradik ibu yg lain melihat jenazah buat kali terakhir.. ibu redha ketika itu dgn pemergian kedua-duanya.. pergilah ayah dan adik dgn tenang, kalian insan terbaik dlm hidup ibu.. 

itulah saat perpisahan terakhir ibu dgn arwah ayah dan adik ibu.. kamu menjadi saksi dlm perut ibu tika itu walaupun ibu belum tahu tentang kewujudan kamu.. beberapa hari selepas itu ibu kerap merasa loya dan tak sihat badan.. sampai si Irah adik ibu memegang perut ibu dan kata pada ibu, "akak mengandung ke?" bayangkan budak kecik yg tak tau apa tu boleh mengagak kakaknya mengandung. lalu ibu beli pregnancy test kit yg harga rm10 kt farmasi Guardian and test sendiri. dua kali test dan kedua2nya menunjukkan 'double line' yg bermakud positif. 

test pertama yg menunjukkan garisan agak samar



test kedua yg membuatkan aku yakin aku pregnant sbb test ni dibuat di awal pagi. garisan double line pun amat jelas di situ.


terus terang ibu katakan perasaan ibu bercampur baur ketika itu. ibu rasa gembira, tp dlm masa yg sama ibu risau. sbb ibu baru sahaja kehilangan arwah ayah dan adik ibu, ibu risau ibu tidak punya kekuatan utk menerima kehadiran kamu. kadang2 ibu merasakan kenapa kamu mesti hadir di saat paling ibu rapuh dan lemah. selama ni mmg ibu mengharapkan kehadiran kamu selama 5 bulan ibu berkahwin dgn ayah kamu sbb ayah kamu mmg inginkan kamu.. ayah kamu selalu nampak mcm eksited and happy bila ibu loya and muntah2 sedangkan ibu takut sbb ibu masih belajar.. ibu risau ibu tak mampu nak handle semuanya dlm satu masa. dan terus terang ibu cakap ibu masih belum bersedia untuk bergelar seorang ibu. ibu rasa ibu masih belum cukup dewasa untuk semua ni. ibu rasa masih banyak benda lain yg perlu ibu kejar. dan ayah kamu juga masih sangat muda untuk bergelar ayah. ayah kamu baru berusia 21 tahun, sebaya dgn ibu. ibu takut kami tak mampu jadi ibu dan bapa yg baik buat kamu. 

tapi sekarang, makin lama, ibu makin sayangkan kamu, ibu makin merasa bertuah dpt mengandungkan kamu. ibu makin bersyukur pada Allah sbb mengurniakan ibu zuriat yg menjadi dambaan setiap wanita yg telah berkahwin. mulanya ibu risau juga sbb dah 5 bulan kawen tp masih belum ada tanda ibu akan mendapat anak. ibu risau jika ibu tak mampu melahirkan zuriat ayah kamu. dan segalanya terjawab bila kamu hadir mengisi hidup ibu dan ayah.. kamu hadir walaupun pada masa yg amat ibu tak jangka, tp Alhamdulillah Allah itu maha Adil dan Maha Penyayang, Dia menggantikan sebuah kematian dengan sebuah kehidupan.. dia berikan kamu dlm hidup ibu.. saat ibu kehilangan insan yg paling ibu sayang, dia berikan ibu insan yg ibu harapkan.. anak ibu..

anakku, walaupun kamu belum lagi lahir ke dunia ni, dan ibu tak tahu apakah kesudahannya kita nanti, ibu nak kamu tahu, ibu sayangkan kamu sebelum kamu dilahirkan lagi, maafkan ibu sbb sebelum ni ibu selalu rasa ibu tak layak lagi menjadi ibu, ibu selalu buat endah tak endah pada kandungan ibu sbb ibu rasa ibu masih belum bersedia, maafkan ibu sbb terlalu sibuk menjadi pelajar hingga kadang2 ibu mengeluh kerana terlalu letih.. maafkan ibu sbb menafikan kehadiran anak ibu.. maafkan ibu sbb menjadi manusia yg kurang bersyukur atas nikmat yg Allah dah bagi pada ibu, maafkan ibu sbb tak jaga kamu dgn baik.. maafkan ibu anakku.. ibu tak tahu apakah kita bakal berjumpa di dunia ini atau tidak, sbb ketentuan Allah itu kita tak boleh nak jangka, tp ibu nak kamu tahu, kamu adalah lambang cinta ibu dan ayah, kamu adalah anugerah teristimewa buat kami, kamu adalah pengganti sebuah kehilangan.. kamu adalah sinar baru dlm hidup ibu, biarlah ibu penat sekalipun turun naik kelas membawa kamu dlm perut ibu, biarlah ibu letih sekalipun sampai tertidur di dalam kelas, biarlah walaupun ibu terpaksa ponteng banyak kelas disebabkan ibu kurang sihat kerana alahan mengandungkan kamu, janji anak ibu selamat dalam perut ibu, janji anak ibu tahu ibu dan ayah sayangkan kamu sangat2.. jangan lupa anakku, biarpun ayah dan ibu masih terlalu muda, tapi kami sangat menyayangi kamu sebelum kamu dilahirkan lagi.. kami mengharapkan kehadiran kamu sebelum kamu wujud lagi.. ayah kamu sampai sanggup belikan mcm2 untuk ibu, penuhi setiap keinginan kamu, ayah kamu selalu usap perut ibu and cuba bercakap dgn kamu.. ayah kamu, lelaki terbaik dlm hidup ibu selepas ayah ibu. ayah kamu sangat sayangkan ibu dan kamu, dia lah lelaki yg sanggup buat macam2 untuk kita berdua.. mohon anak ibu mengerti semua ni ya sayang..


inilah gambar arwah ayah dan adik ibu yg telah pergi meninggalkan kami 22 Januari yg lalu. gambar ni masa kami kecil lagi. ayah ibu, walaupun garang dan tegas, tapi sangat menyayangi kami anak2nya. kerna ayah ibu inilah ibu bercita2 nak jadi seorang peguam, ibu nak sambung cita-cita ayah ibu yg tak kesampaian dulu. 


dan inilah gambar terakhir kami bersama... ketika kami sekeluarga menyambut birthday ibu dan Aidil, adik ibu. 28 Disember 2013, tak sampai sebulan lepas tu arwah berdua pergi meninggalkan kami.. deleting two of them from our life is really painful.. rasa tak lengkap keluarga kami..

anakku... I hope one day you can read this blog, and you will know how much ibu and ayah love you.. you will know my history, my love story with your dad sbb segala2nya ada dalam blog ni. tapi jika kita tidak berkesempatan utk bertemu dalam dunia pun, ibu nak kamu tahu yg kami terlalu sayangkan kamu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : maaf, entry ni panjang. 

Wednesday, March 26, 2014

anugerah dari Allah



hai, nama kita baby fiqwanie. haha memandai gabungkan.
kita baru 3 bulan dok dlm perut mak kita ni.
kita dah ada kepala, badan and kaki.
doctor ckp jantung kita pun dah mula dengar degupnya.
kita tak sabar nak jumpa mummy and daddy kita yg comel2 belaka tu. hehe.
lagi satu, kita bosan la asyik dgr lecturer mummy kita dok ckp pasal law je hari2.
kita x faham sepatah pun tau international law, islamic family law bagai tu. kenapa kita pun kena pergi kelas sekali dgn mummy? huhu.
hari ni kita dgr lecturer pasal poligami, ape tu mummy?? jgn bagi kita blurr.
kita taknak la belajar law bila dah keluar nanti.
kita nak jadi doktor la. senang kalau mummy and daddy sakit nanti kan. eheh.
ok lah, kita nak tidur dlm perut mummy sambil hisap jari. mummy tu jgn nak update blog je, assignment byk kan mummy? buat cepat. FYP tgh menunggu nak disiapkan tu. baby rilek je dlm perut mummy ni. hehe.


bye semuaaaaaaaaa ~~

fuhhh, lama x update blog. mcm2 dah jd dlm hidup aku ni.
will update one by one bila ada masa.
coz now sgt busy sbb dah final year, plus ada si kecik comei dlm perut aku ni.
hehehe.
alhamdulillah!
rezeki dr Allah.
:')

Saturday, January 18, 2014

best friend forever

aku perasan, hidup berdua as suami isteri ni, dgn usia yg masih muda, mcm ada kawan baik. buat apa apa pun sama2. masak sama sama. makan sama sama. lepak sama sama. tgk movie kt laptop sama sama. pergi mana2 sama sama. mmg semua benda buat sama sama. share masalah sama sama. pergi makan sama sama. buat pillow talk sebelum tidur. gelak ketawa sama sama. serius, masing-masing melengkapkan each other.

bagai ada roommate yg sangat cool, sangat best. sangat sporting. dia basuh kain, aku jemur kain and lipat kain. kekadang dia masak, kekadang aku masak. pergi pasar malam sesame, pilih baju sesame, berebut nak makan itu ini sesame. dia kacau aku tgh study, aku kacau dia tgk movie. 

sampai satu masa, cubit paha kanan, paha kiri terasa. orang lukakan hati dia, aku yg terasa kesannya. begitu jugak sebaliknya. he is really my best friend ever. orang yg aku boleh lepak sama sama, yg aku boleh sakat, yg boleh buat aku gelak bila aku sedih, dan paling penting, yg sentiasa ada dengan aku masa aku susah and senang. bukan senang weh, nak dpt teman sehati sejiwa. aku bersyukur sangat punya dia.

dan aku hargai sangat setiap apa yg 'kawan baik' aku ni buat, contohnya masa time final exam beberapa hari lepas, setiap kali time ada exam dia akan hantar aku dari banting ke shah alam. klu exam pagi pukul 9, pukul 6 dah bangun, mandi, solat subuh, and terus gerak g shah alam. sejuk gilaaa. bayangkan dah la naik motor. then exam aku 3 jam, 3 jam tu la dia tunggu sampai habis exam then ambik bawak balik banting. begitulah rutin sampai paper aku habis 16 Januari hari tu. 

dan dia la peneman aku time study. kkdg aku nak study, aku baca la apa yg aku kena study kt dia suruh dia dia dengar, then dia akan tanya aku soalan mcm2. then jawab soalan past year sama-sama. dgn dia, yg belajar Art n Design dulu, bukannya amik law pun. sampai masa paper Administration of Trust haritu dgn ayah mentua aku sekali dok tlg jawabkan past year soalan pasal wasiat. kkdg dia dah ngantuk pun dia dengar jugak apa yg aku nak cakap pasal law. kkdg aku malas nak salin nota dari laptop sbb tgh khusyuk baca buku, aku mintak tolong dia salinkan. dia la yg menyalin nota Land Law even dia tak faham sepatah pun.

sape la tak bersyukur kalau dpt best friend mcm tu.

dengan dia, selama 5 bulan ni aku hidup. pergi mana mana sesama. kena marah dgn nenek sesama. solat sama sama berimamkan dia. aminkan doa sama sama. meniaga setiap pagi sampai petang sesama. bercerita pasal zaman kanak-kanak masing2 sesame sebelum tidur. tapi tak ada sedikit pun rasa bosan, walau berdua siang dan malam, sbb hadirnya dia sangat membahagiakan hidup aku. sangat.

Ya Allah, moga hubungan ini kekal hingga akhir hayat. 

terima kasih kerana memberi bahagia.
terima kasih kerana menyempurnakan separuh lagi hidup aku.
terima kasih meminjamkan bahu tempat aku bersandar,
dan lengan tempat aku lena.
terima kasih sudi jadi imam aku didunia, suamiku.


asyik letak gmbr da besar je, letak gmbr zaman dolu-dolu pulak. :p


Friday, January 17, 2014

kerna datangnya bukan dari darah daging sendiri

anak sendiri ditatang, tak boleh ditegur langsung, 
tak boleh diusik langsung.
anak orang dicemuh, pantang silap sikit,
perang satu dunia.

tak sedar diri menumpang,
pada yg punya ayah itu.
dan anak itu adalah darah daging ayahnya sendiri.

hilang ibu, 
hilang kasih sayang,
hilang kekuatan,
tak perlu ditambah dgn kerasnya sikap,
kerna yang menggantikan ibunya itu adalah jasad kamu.

tapi benar,
ibu itu tiada mungkin dapat diganti.
sbb dari rahimnya kita lahir, dgn tangannya kita dibesarkan.
mana mungkin seorang ajnabi mampu mengambilalih tugas itu,
sesempurna ibu.

Thursday, January 16, 2014

the end of semester 4 :)

yeahhhh!! now I'm officially finished my semester 4 final exam.
kind of excited actually coz next semester I will be entering my final year of BLS degree.

ok taktau nak update apa dah. =,="

Tuesday, January 14, 2014

dear my son in law

A DAD’S SPEECH AT HIS DAUGHTER’S WEDDING 

I thought I would start my speech by addressing you as the “new” family of my daughter. 
But I think it would be inappropriate because now that she is married, you are “the family” for her. 
Believe me; I don’t have a problem with that. I, in fact, want my daughter to have “you” as her priority now. Its time for us to take a backseat in her life. 
We would happily accept it but would surely request one thing- please keep her happy! I am more than sure that you will keep her very happy. 
She will perhaps be happier than what she used to be here. 

But like all fathers, I obsess over my daughter’s happiness which is making me say this over and over again- please keep her happy! She never was and will never be a burden for me. She is in fact the reason why I breathe and smile. I am getting her married because this is what the law of nature demands. I am helpless in the face of our culture and therefore sending her to your home. She was the happiness of my home and will now light up your home. I am giving my world to you. Please make sure it remains beautiful. I am giving away my princess to you. Please make sure she stays as a queen. I have raised her with my sweat and blood and now she is wonderfully perfect. For all the care, love, beauty and warmth my daughter will bring into your lives, I just want her happiness in return—please keep her happy! 

If at times you think that my daughter has said or done something wrong, feel free to scold her. But handle her with love. She is very fragile. If at times she feels low, be with her. She just needs a little bit of your attention. If at times she feels sick, show her some care. It’s the medicine that works best for her. If at times she fails to fulfill a responsibility, feel free to chastise her. But empathize with her. She is still learning. Do understand her—please keep her happy! 

I don’t mind if I don’t get to see her for months. I don’t mind if I am not able to talk to her on a daily basis. I would be more than happy if she doesn’t remember me much. But, my only motive in life has been my daughter’s happiness which is now in your hands. I beg you, please keep her happy. Dear son-in-law, these words may not mean much to you now but if you are lucky enough to father a daughter someday, you will appreciate them better when you will find every beat of your heart shouting – “please keep her happy”! 


-- Dedicated to all fathers --

Thursday, January 9, 2014

kasih ibu sampai ke syurga ~


semalam adalah sesi bercerita sbelum tidur. 
"abg, tell me bout ur childhood memories. I wanna hear it." 
and nearly 2 hours, he told me bout his life. mostly started with, "dulu arwah mak selalu..." , "dulu arwah mak amik cuti jaga abg..," "arwah mak pernah...".. 
and then suddenly he stopped. "dah la syg, citer sal lain la pulak, sedih lak ase." 
:'( 
dia xpernah tunjuk how much he miss his late mum. but I know. I know dear. 
terima kasih arwah mak mentua yg tak berkesempatan berjumpa di dunia, kerna melahirkan anak lelaki sehebat dia. ur mum must be so proud of you, al-fatihah.