Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, January 18, 2014

best friend forever

aku perasan, hidup berdua as suami isteri ni, dgn usia yg masih muda, mcm ada kawan baik. buat apa apa pun sama2. masak sama sama. makan sama sama. lepak sama sama. tgk movie kt laptop sama sama. pergi mana2 sama sama. mmg semua benda buat sama sama. share masalah sama sama. pergi makan sama sama. buat pillow talk sebelum tidur. gelak ketawa sama sama. serius, masing-masing melengkapkan each other.

bagai ada roommate yg sangat cool, sangat best. sangat sporting. dia basuh kain, aku jemur kain and lipat kain. kekadang dia masak, kekadang aku masak. pergi pasar malam sesame, pilih baju sesame, berebut nak makan itu ini sesame. dia kacau aku tgh study, aku kacau dia tgk movie. 

sampai satu masa, cubit paha kanan, paha kiri terasa. orang lukakan hati dia, aku yg terasa kesannya. begitu jugak sebaliknya. he is really my best friend ever. orang yg aku boleh lepak sama sama, yg aku boleh sakat, yg boleh buat aku gelak bila aku sedih, dan paling penting, yg sentiasa ada dengan aku masa aku susah and senang. bukan senang weh, nak dpt teman sehati sejiwa. aku bersyukur sangat punya dia.

dan aku hargai sangat setiap apa yg 'kawan baik' aku ni buat, contohnya masa time final exam beberapa hari lepas, setiap kali time ada exam dia akan hantar aku dari banting ke shah alam. klu exam pagi pukul 9, pukul 6 dah bangun, mandi, solat subuh, and terus gerak g shah alam. sejuk gilaaa. bayangkan dah la naik motor. then exam aku 3 jam, 3 jam tu la dia tunggu sampai habis exam then ambik bawak balik banting. begitulah rutin sampai paper aku habis 16 Januari hari tu. 

dan dia la peneman aku time study. kkdg aku nak study, aku baca la apa yg aku kena study kt dia suruh dia dia dengar, then dia akan tanya aku soalan mcm2. then jawab soalan past year sama-sama. dgn dia, yg belajar Art n Design dulu, bukannya amik law pun. sampai masa paper Administration of Trust haritu dgn ayah mentua aku sekali dok tlg jawabkan past year soalan pasal wasiat. kkdg dia dah ngantuk pun dia dengar jugak apa yg aku nak cakap pasal law. kkdg aku malas nak salin nota dari laptop sbb tgh khusyuk baca buku, aku mintak tolong dia salinkan. dia la yg menyalin nota Land Law even dia tak faham sepatah pun.

sape la tak bersyukur kalau dpt best friend mcm tu.

dengan dia, selama 5 bulan ni aku hidup. pergi mana mana sesama. kena marah dgn nenek sesama. solat sama sama berimamkan dia. aminkan doa sama sama. meniaga setiap pagi sampai petang sesama. bercerita pasal zaman kanak-kanak masing2 sesame sebelum tidur. tapi tak ada sedikit pun rasa bosan, walau berdua siang dan malam, sbb hadirnya dia sangat membahagiakan hidup aku. sangat.

Ya Allah, moga hubungan ini kekal hingga akhir hayat. 

terima kasih kerana memberi bahagia.
terima kasih kerana menyempurnakan separuh lagi hidup aku.
terima kasih meminjamkan bahu tempat aku bersandar,
dan lengan tempat aku lena.
terima kasih sudi jadi imam aku didunia, suamiku.


asyik letak gmbr da besar je, letak gmbr zaman dolu-dolu pulak. :p


No comments:

Post a Comment