Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, April 29, 2014

hadirmu menggantikan sebuah kehilangan

kehadapan bayi di dalam kandunganku yg kini sudah pun mencecah 4 bulan, ibu minta maaf sangat2 sbb pada mulanya, kehadiran kamu mmg tak ibu jangka. kamu hadir di saat paling hiba dlm hidup ibu, kamu hadir saat Allah tarik nyawa ayah dan adik ibu. kamu hadir di saat ibu paling rapuh, paling lemah. Ibu masih ingat hari itu, 22 Januari 2014, tarikh yg paling ibu takkan lupa seumur hidup ibu, pagi tu ibu dikejutkan dari tidur dgn satu berita yg sangat buat ibu hampir jatuh terduduk, "kaklong, bangun! ayah eksiden!!" laungan emak membuat jantung ibu berdegup pantas. hampir ibu rasa tak pijak bumi masa tu. hampir ibu rasa ibu hanyalah bermimpi di pagi hari.

dan kamu jadi saksi dlm perut ibu bagaimana debarnya hati ibu menuju ke tempat eksiden. kamu jadi saksi betapa ibu cuba kuat demi emak and adik2 sebelah ibu. kamu jadi saksi betapa ibu cuba tak mengalirkan air mata bila ibu lihat kereta Kelisa kami remuk teruk depan mata, dan saat ibu terpandang jenazah ayah ibu yg terbujur kaku di tgh jalan raya.. ibu cuba kuat waktu tu, sikit pun air mata ibu tak jatuh sbb ibu tengah tenangkan emak ibu yg hampir rebah di bahu jalan. adik2 ibu masih kecik lagi, mereka tak mengerti apa2 pada mulanya. tp ibu tahu Aidil, adik ibu yg berumur 7 tahun faham apa yg terjadi sbb ibu nampak air mata dia mengalir di dalam kereta masa kami dlm perjalanan ke lokasi eksiden. Irah yg berumur 6 tahun hanya diam membisu, mungkin dia sedang memikirkan apa sebenarnya yg telah terjadi. tapi saat paling menyayat hati bila kami lalu kawasan eksiden dan Irah tiba2 ternampak jenazah abangnya, iaitu adik ibu, Muhammad Hariz Zakwan terbujur di tengah jalan, Irah kenal baju pengakap yg abg Wan pakai, Irah kenal songkok abg Wan yg tercampak atas jalan, Irah kenal kasut yg masih abg Wan pakai walaupun masa tu wajah abg Wan ditutup dgn sehelai kain, dan masa tu Irah menjerti dan menangis sekuat hati di menjerit memanggil "abg Wannnn!!!!" tika itu tumpah air mata yg ibu tahan sejak awal. tika itu tangan Aidil ibu pegang erat. Aidil yg sedang cuba menahan emosi tapi ternampak jua dgn air mata yg berlinangan di pipi kecilnya. Ya Allah, mereka baru berusia 7 dan 6 tahun, terlalu cepat ayah dan abang mereka pergi meninggalkan mereka. terlalu cepat Ya Allah. ibu peluk kedua adik ibu yg kecil itu erat2. ibu cium mereka, ibu tenangkan mereka. kerna mereka terlalu kecil untuk menghadapi semua ini dgn tiba2..

dan dalam masa yg sama, ibu merasa sangat loya. dlm kekalutan hari kejadian itu, ibu sangat lemah. ibu selalu rasa nak muntah. perut ibu sakit. ibu tak menjangka langsung ibu sedang mengandungkan kamu tika itu. yg ibu tahu tika itu hanyalah kesedihan yg menyelubungi seluruh keluarga ibu. takkan ibu lupakan ketika tunggu jenazah arwah ayah dan adik ibu sampai dari hospital, betapa ibu menangis teresak2 dlm dakapan ayah kamu. ibu menangis semahu2nya dlm bilik bersama dia. ibu sembunyikan tangis ibu dari adik2 dan emak ibu. ibu katakan pada ayah kamu betapa ibu tak sempat nak mintak maaf dgn ayah dan adik atas setiap kesalahan ibu pada mereka, ibu menangis mengatakan kenapa ayah pergi dulu tak tunggu ibu berjaya menggengam segulung ijazah yg amat ayah ibu harapkan, ibu menangis bersungguh2 sbb tak sempat nak balas jasa dan pengorbanan ayah ibu pada ibu. ibu kesal kerana ayah dan adik ibu pergi terlalu cepat, terlalu tiba2 sampai ibu rasa hidup ibu, pelajaran ibu, apa yg ibu cuba usahakan selama ni dah tak bermakna lagi, sbb org yg paling ibu nak banggakan dah pergi dari hidup ibu. 

dan bahu ayah kamu itulah yg menjadi tempat ibu berpaut anakku.. ayah kamulah yg menenangkan ibu dgn kata2 semangatnya.. ayah kamu katakan bahawa dia sentiasa ada untuk ibu, ibu takkan lupa ayat dia, "sayang jangan mcm ni, abang masih ada dgn syg, abang akan selalu ada dgn syg.. kita doakan utk ayah and wan ea.." begitu tenang ayah kamu mengawal emosi ibu. ibu takkan lupa ayah kamu la yg menguruskan segala urusan pengebumian jenazah. ayah kamu yg menunggu jenazah arwah ayah dan adik ibu di hospital bersama pakngah ibu, ayah kamu yg menelefon segala kenalan2 arwah dan keluarga kami, ayah kamu yg membawa segala persiapan untuk mengebumikan jenazah di kubur. ayah kamu, merupakan bekas anak murid arwah ayah ibu, yg selama ini cuba buka pintu hati ayah ibu untuk bernikah dgn ibu. ayah kamu hanya sempat merasa menjadi menantu ayah beberapa bulan sahaja, kerana baru sahaja ibu berkahwin dgn ayah bulan 8 tahun lepas, bulan 1 tahun ni ayah ibu dah pergi meninggalkan ibu.. baru sahaja rumah yg sama menjadi saksi betapa meriahnya kenduri perkahwinan kami berdua diiringi restu ayah ibu yg sangat ibu harapkan selama ni, dan kini rumah yg sama menjadi saksi tibanya jenazah arwah diiringi ratusan kenalan arwah dan bekas anak2 murid arwah yg sama hadir ke majlis perkahwinan ibu sebelum ni.. segalanya terlalu pantas berlaku...

dan ibu masih ingat, ketika jenazah arwah ayah dan adik ibu tiba, ibu tak punya kekuatan untuk melihat mereka buat kali yg terakhir.. ibu sangat2 tak kuat tika itu, Allah saja yg tahu perasaan ibu tika itu. baru sahaja malam sebelumnya ibu berbual dgn ayah dan adik ibu, dan ibu masih ingat jam 2 pagi ibu turun ke bawah melihat adik Wan tidur dgn tv terbuka. ibu tanyakan pada dia, "kenapa tak tutup tv kan nak tidur tu" dia jawab "nanti wan tutup." itulah perbualan terakhir ibu dgn adik ibu... itulah kata2 terakhir dia pada ibu.. tidaklah ibu sempat nak menyatakan ibu sayangkan dia sangat2... tidaklah ibu sempat nak katakan terima kasih sbb jadi adik yg baik buat ibu selama ni.. ibu tak sangka sama sekali itulah perbualan ibu yg terakhir bersama dia.. dan ibu mahukan wajah dia ketika itu menjadi yg terakhir ibu tengok, ibu nak wajah dia masih hidup dan bernyawa itu kekal dlm ingatan ibu selamanya, bukan wajah yg dah ditutup dgn sehelai kain kapan berwarna putih.. sbb itu ibu tak sanggup melihat kedua2 jenazah buat kali terakhir.. ibu menyorok tepi tangga dgn tangisan ketika adik beradik ibu yg lain melihat jenazah buat kali terakhir.. ibu redha ketika itu dgn pemergian kedua-duanya.. pergilah ayah dan adik dgn tenang, kalian insan terbaik dlm hidup ibu.. 

itulah saat perpisahan terakhir ibu dgn arwah ayah dan adik ibu.. kamu menjadi saksi dlm perut ibu tika itu walaupun ibu belum tahu tentang kewujudan kamu.. beberapa hari selepas itu ibu kerap merasa loya dan tak sihat badan.. sampai si Irah adik ibu memegang perut ibu dan kata pada ibu, "akak mengandung ke?" bayangkan budak kecik yg tak tau apa tu boleh mengagak kakaknya mengandung. lalu ibu beli pregnancy test kit yg harga rm10 kt farmasi Guardian and test sendiri. dua kali test dan kedua2nya menunjukkan 'double line' yg bermakud positif. 

test pertama yg menunjukkan garisan agak samar



test kedua yg membuatkan aku yakin aku pregnant sbb test ni dibuat di awal pagi. garisan double line pun amat jelas di situ.


terus terang ibu katakan perasaan ibu bercampur baur ketika itu. ibu rasa gembira, tp dlm masa yg sama ibu risau. sbb ibu baru sahaja kehilangan arwah ayah dan adik ibu, ibu risau ibu tidak punya kekuatan utk menerima kehadiran kamu. kadang2 ibu merasakan kenapa kamu mesti hadir di saat paling ibu rapuh dan lemah. selama ni mmg ibu mengharapkan kehadiran kamu selama 5 bulan ibu berkahwin dgn ayah kamu sbb ayah kamu mmg inginkan kamu.. ayah kamu selalu nampak mcm eksited and happy bila ibu loya and muntah2 sedangkan ibu takut sbb ibu masih belajar.. ibu risau ibu tak mampu nak handle semuanya dlm satu masa. dan terus terang ibu cakap ibu masih belum bersedia untuk bergelar seorang ibu. ibu rasa ibu masih belum cukup dewasa untuk semua ni. ibu rasa masih banyak benda lain yg perlu ibu kejar. dan ayah kamu juga masih sangat muda untuk bergelar ayah. ayah kamu baru berusia 21 tahun, sebaya dgn ibu. ibu takut kami tak mampu jadi ibu dan bapa yg baik buat kamu. 

tapi sekarang, makin lama, ibu makin sayangkan kamu, ibu makin merasa bertuah dpt mengandungkan kamu. ibu makin bersyukur pada Allah sbb mengurniakan ibu zuriat yg menjadi dambaan setiap wanita yg telah berkahwin. mulanya ibu risau juga sbb dah 5 bulan kawen tp masih belum ada tanda ibu akan mendapat anak. ibu risau jika ibu tak mampu melahirkan zuriat ayah kamu. dan segalanya terjawab bila kamu hadir mengisi hidup ibu dan ayah.. kamu hadir walaupun pada masa yg amat ibu tak jangka, tp Alhamdulillah Allah itu maha Adil dan Maha Penyayang, Dia menggantikan sebuah kematian dengan sebuah kehidupan.. dia berikan kamu dlm hidup ibu.. saat ibu kehilangan insan yg paling ibu sayang, dia berikan ibu insan yg ibu harapkan.. anak ibu..

anakku, walaupun kamu belum lagi lahir ke dunia ni, dan ibu tak tahu apakah kesudahannya kita nanti, ibu nak kamu tahu, ibu sayangkan kamu sebelum kamu dilahirkan lagi, maafkan ibu sbb sebelum ni ibu selalu rasa ibu tak layak lagi menjadi ibu, ibu selalu buat endah tak endah pada kandungan ibu sbb ibu rasa ibu masih belum bersedia, maafkan ibu sbb terlalu sibuk menjadi pelajar hingga kadang2 ibu mengeluh kerana terlalu letih.. maafkan ibu sbb menafikan kehadiran anak ibu.. maafkan ibu sbb menjadi manusia yg kurang bersyukur atas nikmat yg Allah dah bagi pada ibu, maafkan ibu sbb tak jaga kamu dgn baik.. maafkan ibu anakku.. ibu tak tahu apakah kita bakal berjumpa di dunia ini atau tidak, sbb ketentuan Allah itu kita tak boleh nak jangka, tp ibu nak kamu tahu, kamu adalah lambang cinta ibu dan ayah, kamu adalah anugerah teristimewa buat kami, kamu adalah pengganti sebuah kehilangan.. kamu adalah sinar baru dlm hidup ibu, biarlah ibu penat sekalipun turun naik kelas membawa kamu dlm perut ibu, biarlah ibu letih sekalipun sampai tertidur di dalam kelas, biarlah walaupun ibu terpaksa ponteng banyak kelas disebabkan ibu kurang sihat kerana alahan mengandungkan kamu, janji anak ibu selamat dalam perut ibu, janji anak ibu tahu ibu dan ayah sayangkan kamu sangat2.. jangan lupa anakku, biarpun ayah dan ibu masih terlalu muda, tapi kami sangat menyayangi kamu sebelum kamu dilahirkan lagi.. kami mengharapkan kehadiran kamu sebelum kamu wujud lagi.. ayah kamu sampai sanggup belikan mcm2 untuk ibu, penuhi setiap keinginan kamu, ayah kamu selalu usap perut ibu and cuba bercakap dgn kamu.. ayah kamu, lelaki terbaik dlm hidup ibu selepas ayah ibu. ayah kamu sangat sayangkan ibu dan kamu, dia lah lelaki yg sanggup buat macam2 untuk kita berdua.. mohon anak ibu mengerti semua ni ya sayang..


inilah gambar arwah ayah dan adik ibu yg telah pergi meninggalkan kami 22 Januari yg lalu. gambar ni masa kami kecil lagi. ayah ibu, walaupun garang dan tegas, tapi sangat menyayangi kami anak2nya. kerna ayah ibu inilah ibu bercita2 nak jadi seorang peguam, ibu nak sambung cita-cita ayah ibu yg tak kesampaian dulu. 


dan inilah gambar terakhir kami bersama... ketika kami sekeluarga menyambut birthday ibu dan Aidil, adik ibu. 28 Disember 2013, tak sampai sebulan lepas tu arwah berdua pergi meninggalkan kami.. deleting two of them from our life is really painful.. rasa tak lengkap keluarga kami..

anakku... I hope one day you can read this blog, and you will know how much ibu and ayah love you.. you will know my history, my love story with your dad sbb segala2nya ada dalam blog ni. tapi jika kita tidak berkesempatan utk bertemu dalam dunia pun, ibu nak kamu tahu yg kami terlalu sayangkan kamu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : maaf, entry ni panjang. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum awak. innalillahiwainalillahirojiun.. al-fatihah buat allahyarham ayahanda dan adik awak. tabahkan hati ye dik.. jaga diri dan kandungan baik2. anugerah bernilai tu...

    ReplyDelete
  2. assalam sory terbaca kisah ni.. asalnya membaca tentang mona fendi.. tabahkan hati, ank sulung byk tanggungjawab, adik yg kecilkan masih lagi perlukan kasih sayang.. al-fatihah kepada allahyarham ayahanda dan adik wan..

    ReplyDelete
  3. banyak kali saya ulang baca cerita akak di saat saya hampir putus asa dengan apa y berlaku dalam menuntut ilmu di universiti, sy x dapat bayangkan bagaimana perasaan saya jika sy juga mengalami satu kehilangan yang paling saya takuti iaitu kehilangan ma dan abah suatu hari nanti. Alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian ini dan takziah sy ucapkan atas kehilangan ahli keluarga akak yang disayangi. Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang beriman.

    ReplyDelete