Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, September 12, 2014

dah lama tak update blog...

assalamualaikum.

lama tak update blog sebenarnya. entahlah, serius rasa malas dah skrg nak story mory bagai ni. maybe zaman tulis diary dalam hidup aku dah berlalu kot. dulu punya lah rajinnya. semua benda nak cerita. skrg, concentrate on real life. apetah lagi skrg ni aku tgh sarat mengandung. masa tgh type entry ni, kandungan aku dah nak masuk 37 minggu. bermakna ade lg beberapa minggu je lagi sebelum due date aku utk bersalin.

sebenarnya, cuak mmg cuak. siapa tak cuak, anak first kot. mana ada pengalaman lagi sebelum ni. huhu. during my pregnancy, alhamdulillah baby tak banyak masalah. dia baik je dalam perut. skrg pun kepala dia mmg dah kt bawah. jantung baby semua okey setakat ni, pergerakan baby pun alhamdulillah aktif sangat. pendek kata, baby mmg tak bagi masalah kt aku langsung. dia baik je dalam tu. cuma aku ni la cepat sangat letih skrg. nak berjalan banyak pun dah tak larat sebenarnya. perut dah makin besar gilaaa. skrg berat baby dah 2.8kg dlm perut. berat aku dah masuk 55kg. baru je minggu lepas 54kg. nampak tak seminggu naik mendadak 1kg? huhu.

now mak tgh buat renovation kt rumah kitorg kt sungkai ni. mak tambah bilik untuk aku senang berpantang nanti. terima kasih mak. mmg luas biliknya, siap bilik air lagi dalam bilik tu, bilik air pun sikit punya luas sampai boleh muat satu katil lagi dlm bilik air. mak siap pasang water heater untuk senang mandikan baby nanti, xpayah nak masak2 air bagai. barang baby pun alhamdulillah semua mak dah siap belikan, beg aku untuk bawak pergi hospital skali dgn beg baby pun semua mak dah prepare. nampak tak, sampai saat anak nak dapat anak pun, mak jugak la org yg menguruskannya. terima kasih mak. mak aku mmg dari kitorg kecik sampai la besar dah kawen ni pun, mmg cukup manjakan anak. ni nak dapat cucu sulung ni lagi la, mak yg eksited lipat2 baju baby bagai. hihi.

anak dlm perut ni, hadiah aku buat suami tercinta. anugerah Tuhan yg tak ternilai buat kami berdua. tak terasa pun segala sakit jerih payah time mengandung ni sbb mmg tak sabar sangat nak tunggu kehadiran dia ke dunia Allah ni. anak hasil kasih dan sayang kami berdua. suami pun alhamdulillah sangat2, jaga aku sangat baik sepanjang pregnant ni. apa yg aku nak mostly dia tunaikan. baru2 ni baru je pujuk husband nak handphone baru sbb handphone samsung S3 arwah ayah yg aku guna tu ada problem nak connect wifi and battery cepat gila kong. so mmg tiap2 hari pujuk hubby nak handphone baru. hehe. alhamdulillah dapat jugak handphone Asus Zenfone 6 warna merah yg mmg aku nak sangat. berhari2 aku search pasal handphone tu kt internet. thanks hubby. 


ni la dia handphone baru aku. Asus Zenfone 6 red.

hmm. throwback time raya tahun ni. sebenarnya ada rasa hambar dan kosong Aidilfitri tahun ni, sbb ayah dan Zakwan dah pergi meninggalkan kami bulan 1 yg lalu. serius terasa sangat kehilangan mereka. selalunya pagi2 raya kecoh satu rumah sbb semua lambat nak pergi solat aidilfitri, ayah dok marah2 sbb anak2nya lambat bangun. takde dah suara garang ayah marah kami. takde dah suara Zakwan yg kuat menyakat adik2nya. serius hambar. tapi Alhamdulillah Allah gantikan kehilangan mereka dgn seorang suami yg hadir dalam hidup aku. raya tahun ni, first time aku raya bersama suami tercinta. alhamdulillah, terasa juga kemeriahannya walaupun kehilangan itu masih terasa. tambah lagi dgn kehadiran baby dalam perut yg menunggu masa untuk keluar, alhamdulillah. terasa lengkap hidupku.

throwback gambar raya. masa ni kandungan dah 7 bulan lebih. tp tak nampak sngat sbb aku pandai sorok perut. hehe

my family, my life, my everything.

dengan suami tercinta. first time raya as husband and wife. tahun lepas menikah 2 syawal. so 1 syawal tu still single. hehe

dengan adik2 tersayang, aidil dan irah. tak lama lagi jadi pakcik and makcik dah depa ni.

ni adik beradik aku yg dah besar. sorang tingkatan 5 sorang lg tingkatan 6 atas.

tinggallah kami lima beradik tanpa arwah Zakwan. 

bersama keluarga belah arwah ayah..


so far, my life is good. ada seorang suami yg penyayang, mak yg sangat2 prihatin and adik2 yg happening. now aku duduk kt sungkai with my mum and adik2 sementara tunggu bersalin and nak pantang kat sini. aku tangguh satu sem, inshaAllah sem depan baru aku masuk balik sbb aku nak fokus kt anak ni dulu. 

anyway, doakan aku selamat bersalin ye! 
:)

No comments:

Post a Comment