Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, October 14, 2014

aku melihat seorang lelaki

jujur aku katakan, aku melihat seorang lelaki..

yg sedari awal aku menjadi isterinya yang sah, segala kepentingannya dia tolak ke tepi, kerna mendahulukan seorang isteri.. pernah aku melihat dengan duit hasil titik peluhnya bekerja meniaga goreng pisang, dia belikan aku sebuah printer dan broadband untuk memudahkan urusan aku di universiti, dia beri aku duit belanja setiap hari hanya untuk aku berjaya menggenggam segulung ijazah nanti..

aku melihat seorang lelaki, yg ketika mengetahui isterinya sedang mengandung, dituruti setiap kehendak dan permintaan yg kadangkala cukup merimaskan. "abang nak makan itu, abang nak makan ini, abang jgn nak mengada keluar lama2, abang syg tak larat ni, abang tolong urut sayang, abang tolong buat puding karamel utk sayang" dan segala macam lagi permintaan yg bukan2 dari seorang isteri. malah acap kali dia dimarah, dia dileteri, hanya kerana emosi seorang isteri yg sangat2 kurang stabil ketika mengandung. malah tidak pula aku lupa ketika dia mengelap muntahku di lantai, ketika dia menyuapkan aku tika aku benar2 tidak larat, ketika dia mengurutku setiap malam kerna perut yg semakin membesar.. ketika aku acap kali mengejutnya dari tidur jam 3 4 pagi kerana kaki aku krem.. dia bangun lalu memicit kakiku.. 

aku juga melihat seorang lelaki, yang ketika aku masuk ke hospital untuk melahirkan zuriatnya, menunggu aku di hospital dari jam 8 pagi hingga 1 pagi keesokannya menanti aku bertarung nyawa, dan aku melihat dia menyaksikan proses aku bersalin di dalam 'labour room', memberi kata2 semangat buatku ketika aku sedaya upaya cuba mengeluarkan zuriat kami, tangannya ku genggam erat, setiap kata2 semangat yg terbit dari mulutnya cuba aku hadamkan demi melahirkan zuriat kami.. hingga akhirnya tepat jam 1.07 pagi, lahirlah Muhammad Harraz Adha bin Ahmad Taufiq ke dunia ini.. aku perasan dia gementar, aku perasan wajahnya kerisauan, namun demi isteri dan anaknya dia gagahkan jua melihat aku bertarung nyawa.. 

dan kini aku melihat seorang lelaki.. yg kukira jasa dan pengorbanannya melebihi aku sebagai seorang isteri dan ibu.. sejurusnya aku lepas bersalin, aku tak mampu kencing dgn sempurna (sbb masa proses bersalin nurse akan masukkan tiub dlm salur kencing,kita takleh pergi tandas lgsg).. aku buang air tanpa aku sedar, katanya "takpe syg, syg kencing je, abg basuh nanti." aku tak mampu tunduk untuk pakai pad sendiri, dia yg tunduk dan pakaikan untuk aku (aku berjahit banyak kt bawah ni sbb proses meneran aku sangat lama).. aku tak mampu mandi sendiri, dia mandikan aku, bagai seorang ibu memandikan anaknya.. darah aku meleleh2 hingga ke lantai bila aku tak sempat nak pakai pad, dia lapkan di lantai.. aku tak mampu nak tgk luka jahitan aku sendiri kt bahagian bawah tu(sebab aku jenis takut dan geli), dia yg tengok dan cucikan.. dia masakkan untuk aku ketika aku tak mampu nak makan sendiri.. dia bangun jam 3 4 pagi tukar pampers Harraz, dodoikan Harraz, di samping tu jgk bangun teman aku pergi tandas, pakaikan pad aku jam 3 4 pagi.. Allah, tak ku sangka begitu besar pengorbanan seorang suami, dan tak ku sangka juga dia yg Engkau kurniakan pada diriku ini..

sungguh, aku melihat seorang lelaki ini, seperti malaikat yg menjaga aku didunia.. an angel sent to me by Allah in the form of human.. a man who treat his wife like his own mother..

semoga syurgalah tempatmu wahai suamiku.. semoga kekal begini hingga ke hujung usia kita.. I love you, so much.. terima kasih yg tak terhingga jaga sayang sampai mcm ni sekali. in case you read this, I want you to know that I really appreciate your present in my life, and I will never take you for granted. you are my husband, my bestfriend, my brother, and my only partner in this world. please stay like this for me and Harraz, we love you so much till forever. 


terima kasih untuk segala2nya..
semoga Allah memberi ganjaran terbaik buatmu..

1 comment:

  1. Sememangnya besar pengorbanan seorang suami kan :)
    Tahniah dear dah bersalin dah dia rupanya.

    ReplyDelete