Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, October 17, 2014

pengalaman melahirkan Muhammad Harraz Adha

Assalamualaikum.

Hari ni 17 Oktober 2014 genap 17 hari Harraz dilahirkan. Harraz dilahirkan secara normal di Hospital Slim River which is around 16km from my house in Sungkai. Nak dijadikan cerita, malam 29 September tu start jam 1 pagi aku dh start terasa sakit kat perut mcm sakit senggugut tapi lagi sakit. To make it worst, ia datang dgn sangat kerap which is 5 minit sekali yg buatkan aku dah terasa sakit yg lain macam, tapi sepanjang malam tu aku still tahan sakit tu sorang2, husband tgh nyenyak tidur atas katil sedangkan aku dah berdiri duduk ulang alik satu bilik tu nak tahan sakit. aku takleh nak baring or duduk sbb it will cause more pain to me so I just berdiri and jalan2 ulang alik bilik untuk tahan sakit. mak turun bawah jam 6 pagi untuk uruskan adik2 pergi sekolah, masa mak turun tu terus aku keluar bilik and mengadu kt mak, "mak, perut akak sakit sangat ni." mak tanya, "lame dah ke sakit?" aku jawab start 1 pagi tadi. terus mak suruh siap2 pergi ke hospital sbb mak cakap "tak lama dah ni."

jam 7.30 pagi adik aku drive kitorang semua pergi hospital naik Naza Ria ayah. the same pengalaman yg kami pernah rasa masa Aidil dah nak lahir tahun 2006 dulu, cuma masa tu ayah yg drive and mak yg tgh sakit nak bersalin. masa ni Aidil dgn Irah tak pergi sekolah tp mak tinggalkan kt kampung dgn opah sbb taknak bg ganggu urusan kat hospital nanti. aku dah terasa sakit tp tak la kuat gila2 lagi. still leh tahan sakit tu. 

sampai kat hospital kami terus pergi dewan bersalin and nurse suruh aku masuk dalam bilik pemeriksaan, ingatkan nak buat apa la rupanya dia suruh terus tanggal seluar and pakai kain yg hospital sediakan sbb dia nak cek jalan which is dia akan seluk dua jari dalam kita punya miss V. huhu. tapi masa first time seluk tu nurse tu buat tak sakit pun, rasa sejuk2 je sebab dia letak gel before seluk tu. rupenye masa tu dah bukak 2cm. lepas dah seluk tgk bukaan, dia panggil doktor untuk scan baby for the last time. eh tp sebelum tu dia pasang alat yg org panggil CTG untuk monitor contraction and heartbeat baby. peh sangat rimas actually bila dia pasang bnd tu, berselirat wayar atas perut sdgkan kita dah la tgh tahan sakit contraction lg. mmg rasa mcm nak cabut je wayar2 tu semua sbb dia pasang bnd tu lame atas badan kita, dekat sejam lebih jgk la. rimas, lemas rasa. huhu.

after dah monitor contraction, doc dtg scan baby. alhamdulillah heartbeat baby position air ketuban semua okey. masa tu doc ckp melalui scan berat baby dah 3.3kg. peh terkejut aku dgr time tu. besarnye baby aku. mampu ke aku keluarkan ni dah la badan aku kecik. lepas scan nurse suruh tunggu luar kejap pergi makan semua sbb lepas ni diorang nak terus admit ward. aku pun keluar kejap tempat mak and husband tunggu aku. aku cerita kt husband yg baby dah 3 kilo lebih sambil cuak and neves. masa ni sebenarnye mmg dah takde selera nak makan even nurse suruh makan sbb nurse ckp kalau dah masuk labour room nanti kamu mmg dah tak boleh makan and minum langsung. 
tak lama lepas tu urusan ward dah setel, aku pun masuk ward. 

petang dalam pukul 3, nurse dtg ajak cek bukaan kt bilik pemeriksaan. masa ni ade sorang doktor badan besar gempal2 yg akan seluk aku punya miss V. aku tgk tangan dia pun aku dah cuak sbb besar betul. huhu. and kecuakan aku mmg bersebab, rupe2nye seluk kali ni mmg agak sakit berbanding nurse buat kali pertama td. terangkat2 punggung aku tahan sakit kena seluk. aku pujuk hati ckp ni baru kena seluk, bersalin nanti lg sakit. huhu. lepas dia seluk, dia ckp bukaan dah 4cm, dah boleh masuk labour room. masa ni nurse suruh ambik baju baby and pampers sediakan utk bawak masuk dlm labour room. nurse tolak aku masuk dlm labour guna wheelchair. 

dalam labour room, aku dah rasa sejuk yg teramat sangat. sblm sampai labour room aku sempat nampak suami aku tgh tunggu kt tempat menunggu, tp aku tak sempat nak jumpa dia and minta maaf. tak tersebut sbb aku mmg tgh cuak gila actually. rasa mcm tak percaya aku dah masuk labour room and bakal melahirkan bayi yg ada dalam perut aku tak lama lagi. dah la dlm bilik tu sejuk kemain, air cond kemain kuat dia pasang. menggigil2 aku. dan di sini la kesakitan yg amat sangat bermula. start bukaan aku dah 4 cm, contraction aku dah makin kerap. boleh dikatakan seminit or dua minit sekali dia datang. serius aku ckp, sakit contraction ni memang sakit gila3. dah la terbaring atas katil tu dgn perut yg besar menyebabkan sakit kt tulang belakang and pinggang, air pulak tak boleh minum langsung, dia just masukkan air melalui drip tu, mmg merana la ko sorang2 atas katil tu. serius ckp, kesakitan yg kita rasa time contraction tu dtg mmg tak dpt nak digambarkan dgn kata2, sakit dia mcm kau kenal pukul satu badan tp kau tak mampu nak buat apa2. just mampu terbaring kesakitan. nurse pulak dtg tgk kita sekali skala je. memule aku still tahan lg cuba tak bersuara langsung tahan sakit, tp last2 bila dah makin sakit gila terkeluar jugak la jeritan aku merayu2 kt nurse nak czer sbb sakit sangat3. huhuhu. nurse pulak asyik pujuk dok suruh selawat baca ayat nabi yunus semua. mmg aku dah baca tp bila tgh sakit tu mmg kita tak mampu nak pkir ape dah. dalam kepala just rasa sakit sakit and sakit. mcm ni rupenye sakit nak beranak. 

lama jugak aku menanggung sakit contraction tu nak menunggu bukaan full. dari start masuk labour room pukul 3.30 petang sampai la 11 malam aku menanggung sakit tu. serius aku dah mcm ape dah, dgn bibir kering pucat kemain sbb tak dpt minum air, just kdg2 je nurse basahkan bibir aku dgn air. segala jenis selawat ayat quran yg terlintas dlm kepala aku baca untuk kurangkan sakit. satu2nye cara utk tahan sikit kesakitan tu ialah cara pernafasan yg betul. tarik nafas ikut hidung, hembus ikut mulut. tp tu pun tak mampu nak lawan sakit contraction yg makin lama makin kuat. rasa mcm nak mati pun ade. huhuhu. masa nurse nampak aku mengerang kesakitan tu, ade sorang nurse tu dtg kata, "sabar dik, sakit nak bersalin mmg mcm ni, dah mintak maaf kt suami dah?" masa ni aku dah mengalir2 air mata teringat segala salah silap aku kt suami aku. nak je aku jumpa suami aku skrg and minta maaf atas segala dosa aku kat dia in case tiba2 aku tak berjaya survive lahirkan anak ni. merayu2 aku minta kt nurse nak panggil suami masuk temankan tp dia kata tak boleh lagi, bila dah start proses nak meneran nanti baru dia panggil husband masuk tgk. 

jam 11.35 malam, doktor dtg cek bukaan. dia kata baru 7cm, belum full lagi, tp sbb dia tgk aku mcm dah sakit gila3 je and tak mampu dah nak tahan sakit contraction, dia ckp dah boleh start proses meneran. tepat jam 11.45 malam, proses meneran start. nurse panggil suami aku masuk.lega sungguh bila dpt tgk muka suami. lama dia tunggu kt ruamg menunggu tu dari 8 pagi sampai 11.45 mlm ni. masa ni sekali lagi sakit yg luar biasa. nurse ckp teran kuat2 bila contraction tu datang, tp jgn angkat punggung. fuhhh mmg susah rupenye nak meneran ni, kena ade teknik yg betul. aku punya teran dah cantik dah nurse kata, cuma sekejap sangat. sbb contraction aku dtg kejap gila. kepala baby baru nak keluar dah masuk balik sbb aku teran kejap sgt. baru nk curi nafas dah hilang pulak contractionnye. aku mmg dah tak berdaya dah time ni. lemah selemah2nye..

this little feet is so cuteeeee!

ok terpaksa sambung dlm entry kemudian sbb kalau nak cerita semua sampai habis mmg panjang gila jadinye. so ni je yg mampu dulu. 

2 comments:

  1. assalamualaikum wani.. lamanya tahan sakit contraction tu. Allahurabbi.. cepat sambungkan cerita ni. selamat.berpantang yanggg :)

    ReplyDelete
  2. Sama cm fiqa..lama proses teran tu mmg down sgt time tu..Kpla bby keluar masuk dh.. Cpt2 update ea hehe

    ReplyDelete