Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, October 26, 2014

pengalaman melahirkan Muhammad Harraz Adha - sambungan

sambungan daripada entry sebelum ni.

pengalaman melahirkan Muhammad Harraz Adha

masa aku tengah tak berdaya nak teran untuk keluarkan Harraz, nurse and doktor yg tengah in charge masa tu semua pujuk aku suruh teran lagi untuk keluarkan baby sebab kesian dia kepala dah nampak tapi masuk balik, takut lama2 baby lemas dlm tu. "awak boleh buat, kesian kat baby ni dia nak keluar sangat dah ni."  sorang lg nurse cakap "dik, kesian anak awak ni, kena teran betul2 ni." masalahnye aku dah cuba sedaya upaya aku untuk teran sekuat2 hati time contraction tu datang tp sekejap je aku mampu teran sbb contraction tu hilang cepat sangat, time teran tu mmg sekuat2 hati aku teran sambil pegang besi katil tu, kalau ikut daya aku pegang tu rasa mcm nak patah je besi katil tu aku buat. suami aku kat sebelah pun sama bagi semangat suruh aku teran betul2 demi anak kami. tapi apakan daya mmg tak mau keluar. last2 diorang panggil doktor pakar untuk vakum sbb takut baby aku lemas. sbb diorang cakap ni kalau nak buat pembedahan c-section dah bahaya dah ni as kepala baby mmg dah nak keluar sangat, takut baby tak survive.

kali ni, seorang doktor lelaki cina datang. doktor pakar. dia tengok kepala baby and still suruh aku try teran sambil dia siap2kan barang untuk proses me'vakum' anak aku....masa ni suami aku diarah keluar sbb dah crowded sangat tempat tu banyak sangat nurse and dua doktor yg tolong aku bersalin ni. lagipun maybe sbb diorang nak vakum so suami aku tak boleh ade. tapi demi Allah, time ni macam datang satu kekuatan dalam diri aku taknak anak aku di'vakum', tiba2 lahir rasa kasihan yg amat sangat kt baby dlm rahim ni, kasihan dia juga berusaha berjuang utk keluar, takkan aku sebagai ibu mudah sangat nak mengalah, penat memang penat tapi aku gagahkan diri jugak meneran sebelum doc vakum, sampai la tepat jam 1.07 pagi, dgn bantuan dari Allah SWT, Harraz berjaya keluar dari rahim aku dgn sendirinya tanpa bantuan vakum or forcep. syukurnya aku time tu Allah saja yg tahu...

tapi sakit tak berakhir di situ.. dugaan juga belum berakhir.. anak aku rupanya muka dah biru sbb hampir lemas, doktor yg sambut baby aku tu cuma sempat letak tak sampai sesaat anak aku atas badan aku, lepas tu dia terus bawak anak aku keluar. masa ni aku dah berdebar sangat2, sbb takde suara tangisan dari bayi aku, terus doktor bawak keluar and mcm kalut2 sikit aku dengar kat bahagian luar labour room. tak lama lepas tu aku dengar suara tangisan bayi and nurse yg kat sebelah aku cakap, "ha tu suara anak kamu la tu." syukur yg teramat sangat. 

tapi... kenapa diorang tak letak balik anak aku dekat aku utk breastfeed kali pertama? kenapa aku dengar diorang nak masukkan baby aku kt wad? kenapa tak bagi aku tengok sikit pun mcm mana rupa baby aku? persoalan ni bermain2 dlm fikiran aku sambil aku kena jahit kat luka episiotomi bawah tu. tak terasa sangat sakit kena jahit sebab aku lagi fikirkan anak aku. serius, bagai nak mati rasanya bila aku tgk nurse yg jahit aku tu mcm mengelak bila aku tanya "mana anak saya? kenapa tak bagi kt saya dulu utk menyusu?" diorang just cakap, "puan sabar dulu, baby okey tu." 
tapi aku tau memang ade something wrong, kalau tak takkan sampai dekat dua jam lebih lepas bersalin baby masih tak ade dgn aku, and suami aku yg kt luar tu pulak langsung tak tau aku dah selamat bersalin. bila aku teringat, aku tanya nurse, "nurse, suami saya dah tau tak baby dah keluar ni?" and jawapan dia, "belum lagi, kami tgh uruskan baby." dekat pukul 3 pagi and suami aku masih tak tau yg anak kami dah keluar.... rasa nak nangis je masa tu, apa masalah sebenarnya ni??? bagitau je la aku kalau ye pun nak selamatkan mak dulu. tau apa alasan doktor tu? dia kata "maaf puan, urusan bayi bukan atas kami dah, tu atas pakar paediatrik, kami tgh nak selamatkan nyawa puan, darah banyak ni." masa tu aku berdoa sangat3 pada Allah, jangan la Kau ambik anak aku.. ambik nyawa aku pun takpe, biar anak aku selamat...

drama sungguh aku di pagi yg hening tu. mana taknya, aku langsung tak dpt tengok anak aku dulu. yg suami aku lg la, kol 3 lebih baru dia dapat tau anak dia dah keluar... tu pun kena masuk wad. nasib baik suami aku sempat azankan sblum masuk wad..

and lepas aku kena jahit tu, dalam pukul 3 lebih, diorang suruh aku stay dulu dlm labour room tu, aku pun dah penat sangat2 sampai rasa mcm tak berdaya dah nak bukak mata. tiba2 ada seorang nurse datang menghampiri aku, "puan, tengok anak ni, dia nak masuk wad dah ni, laki ke perempuan ni?" sambil tunjuk baby punya kemaluan kt aku. aku tak cakap ape dah aku terus cium dia... tak sampai seminit pun nurse dah bawak dia pergi untuk masuk wad.. hailaa anak.. aku jatuh cinta pandang pertama!! rindu yg tak dpt digambarkan lagi bila tengok dia dibawa oleh nurse ke wad kanak-kanak.. teringin rasanya menyusukan dia and peluk dia, biar dia rasa sentuhan ibu.. tapi apakan daya, Allah lagi Mengetahui apa yg terbaik..

rupanya anak aku kekurangan oksigen, muka biru lepas lahir and tak menangis langsung, sebab tu dia kena jumpa pakar paed. tapi alhamdulillah, dia okey je lepas tu. cuma kena tahan wad untuk pantau keadaan dia takut jantung dia problem.. alhamdulillah takde pape pun, dua hari lepas tu dah boleh keluar wad dah..

lepas tu aku dimasukkan dalam wad, tanpa bayi aku di sisi. sedihnya rasa tengok orang depan aku orang sebelah aku semua dgn baby masing2.. aku breastfeed anak pun belum. esoknya dalam jam 7 pagi, nurse kejut utk cek blood pressure. dia tanya, "dah tengok anak dah? pergilah tgk anak kt wad and susukan dia, tapi kena breakfast dlu tau." lepas je nurse ckp camtu, aku mmg tak lalu makan dah, terus siap2 and pergi wad kanak2 yg tak jauh pun dari situ. sbnrnye aku tak larat pun time tu, still rasa ngilu and kebas and sakit kt bahagian bawah tu, badan pun lenguh2 sbb baru lepas bersalin kan, mmg rasa nak pitam je klu berdiri and jalan tapi aku fikir, aku kena kuat jugak nak jumpa anak aku. aku rindu sangat2 nak tgk rupa dia.. gigihlah jugak aku jalan sambil terkepit2 and pegang dinding takut tumbang,,

and for the first time I saw him.. Ya Allah, mengalir sebenarnya air mata aku.. mcm ni rupenye perasaan menjadi seorang ibu.. melihat wajah bayi yg aku kandung selama 9 bulan, mmg serius sebak tak tergambar sbb.. entahlah, mungkin naluri kot. tak sangka Allah izinkan aku jumpa dia, dlm keadaan yg sempurna tubuh badan..nikmat Allah tu sangat besar rasanya buat aku.. Dia tarik nyawa ayah dan adik aku.. tapi dia bagi aku satu lagi nyawa, yg hidup dalam rahim aku selama 9 bulan.. inilah nikmat paling besar pernah aku rasa.. nikmat yg lahir hasil dari indahnya sebuah cinta..

Harraz masa kt wad kanak2..

terima kasih Ya Allah, atas hadirnya Harraz dalam hidup kami..
mengisi kekosongan yg masih terasa hingga saat ini..
walau tidaklah mampu menggantikan mereka yg telah pergi, tapi cukup untuk buat aku rasa begitu bersyukur..kini sempurnalah sudah aku sebagai seorang perempuan, memberikan seorang zuriat yg cukup sifatnya buat suami tercinta..
harta kami dunia akhirat.. Muhammad Harraz Adha bin Ahmad Taufiq.

Harraz hari ke 25.. makin comel makin tembam,,

2 comments:

  1. salam sis, sedihnya baca entry sis masa na melahirkan baby, takot pon ada sbb sy pon skrg tgh mengandung ank pertama bulan 11 due datenya. alhamdulillah baby selamat, doa kan sy ye

    ReplyDelete
  2. salam sis, sedihnya baca entry sis masa na melahirkan baby, takot pon ada sbb sy pon skrg tgh mengandung ank pertama bulan 11 due datenya. alhamdulillah baby selamat, doa kan sy ye

    ReplyDelete