Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, November 18, 2014

a first time parents

assalamualaikum.

I had to admit, it's not easy to become a parents, especially when you are a first time parents, dealing with your first child. 

mata rabak, itu memang wajib. baby akan bangun paling tidak dua jam sekali utk menyusu. itu kalau baby yang tak kuat meragam, kalau kuat meragam, mau tak tidur malam dibuatnya. itulah aku masa aku kecik2 dulu, mak cerita start pukul 12 malam aku akan menangis meragam sampai la nak dekat subuh. and dalam tempoh tu arwah ayah aku la yang stay up utk jaga aku sepanjang malam, sampai la masa dia nak pergi kerja (ayah aku cikgu). hmm besar juga pengorbanan seorang ayah. Harraz pula, hmm dia alhamdulillah bukan jenis meragam, sebulan pertama dia tidur dgn agak konsisten. bangun pukul 3 pagi and time subuh utk menyusu. tapi dah masuk sebulan lebih ni, dia mcm susah nak tidur time malam. kdg2 dekat pukul 1 2 pagi baru dia dpt tidur, itupun tak lena, terkejut sikit terus terjaga and menangis balik. hmm, kami kena gilir2 pangku dia, sbb dia ni kena dodoi dlu baru tidur. bila dendangkan zikir 'subhanallah walhamdulillah walailahaillallah' tu alhamdulillah dia boleh lelap mata, cuma kena lama2 sikit sbb klu sekejap sangat dia terjaga balik. agak penat di situ especially time kita tgh ngantuk gila2... bayangkan pukul 3 4 pagi kena nyanyi and dendangkan zikir utk anak sampai dia tidur, mmg mencabar zahir dan batin sebenarnya...

mandikan baby, so far skrg ni papa dia and maktok yang gilir2 mandikan dia, aku masih tak berani sbb badan dia lembut sangat, risau sangat nak pegang dia dekat air, risau terlepas, anak tu oii, penat keluarkan. huhu. so biar papa and maktok dia mandikan dulu sampai badan dia dah keras sikit, sorry sayang, bukan mama xnak mandikan, tp mama risaukan keselamatan kamu, dah la mama ni jenis clumsy sikit, pegang gelas nak minum pun boleh terlepas, inikan pula nak pegang kamu yg dah nak masuk 5kilo ni. huhu. lepas papa dia mandikan, tugas aku pakaikan dia baju, barut, bedak, minyak rambut and bedak sejuk taknak bg ruam kt muka dia. alhamdulillah takat ni muka Harraz dah licin balik, dlu awal2 ada tumbuh ruam kt pipi dia, risau tengok sbb xcantik. huhu. nasib baik dah hilang, hensem dah anak mama. :)

I had to admit, bukan senang nak jd parents, especially when you are not ready. terus terang, aku sbnrnya masih belum bersedia. 9 bulan yg lepas tika dpt tahu yg aku tgh mengandungkan dia pun aku susah nak terima hakikat tu sbb aku baru saja kehilangan arwah ayah dan adik aku. hinggalah ke saat aku nak melahirkan dia 1 Oktober lepas aku masih belum percaya yg aku akan jadi seorang ibu. nasib baik sangat2 mak and suami banyak sangat tolong. walaupun dulu aku pernah ada pengalaman jaga baby (jaga aidil and irah masa diorang lahir) tp bila tiba tang anak sendiri, serius lain. semua benda kita kena urus sendiri, dulu masa aidil and irah mak yg banyak uruskan, aku cuma tolong basuh berak diorang, dukung diorang sikit2, la ni mmg 24 jam kena jaga Harraz, klu dia nangis kena dukung, bagi susu, kalau dia berak kena tukar pampers, kalau dia meragam lagi la (yg ni paling mencabar) especially bila time papa dia kerja, mau tensen jgk uruskan sorang2. huhu.

but sebenarnya, Allah takkan bg kita jadi parents kalau kita tak mampu. the talent will comes naturally. tiba2 je kita akan pandai uruskan baby kita sendiri. mcm suami, dia mana pernah ada pengalaman jaga baby, tapi skrg dia la yg paling handal jaga Harraz. kalah aku lagi. dia belajar cara nak mandikan harraz, nak tukar pampers harraz, nak pakaikan baju harraz, mcm2 lagi la pasal baby. I salute you husband. thanks for being a good husband and papa to our Harraz. :)

mmg bila baby buat hal, meragam, kita taktau apa masalah dia, dia sakit perut ke, dia sakit badan ke, dia kan tak reti cakap, so cara dia communicate dgn kita just menangis je, menangis tak henti2 kalau dia ada problem yg kita sendiri tak dpt detect, masa tu mmg kita akan rasa stress, rasa tensen, rasa mcm "I wish I wasn't a mum", seriously. but sebenarnya, itu semua perasaan sementara saja, sekejap je perasaan tu datang, lepas tu bila kita pandang baby kita, anak kita yg lahir dari rahim kita sendiri, masyaAllah, that feeling will go away in no time, because we love our baby so much. akan dtg satu kekuatan utk terus jaga anak kita, pujuk dia sampai la dia okey, even dgn cara pangku dia supaya dia tidur dgn lena berjam2 sampai lenguh tangan (I did that okey), walaupun tangan kita sakit, walaupun mata kita rabak x cukup tidur, tapi tak pernah kita rasa sesal sikit pun dapat dia, sbb anak tu anugerah Allah paling istimewa buat kita. kalau aku rasa I-wish-I-wasn't-a-mum feeling, cepat2 aku cakap dgn diri sendiri, "anak kita ni bukan milik kita, milik Allah, bila2 masa Allah boleh ambil semula." dan dalam sekelip mata perasaan tu hilang, dan rasa syukur sangat2 dikurniakan anak secomel Harraz. :)

one month - my little harraz dah pandai gelak mengagah


sbb mak usunye teringin sgt anak sedara pompan, camnila dibuatnye harraz

okey tu je utk entry kali ni, ni pun type sambil pangku harraz kt tangan..huhu
till the next entry okeii 




Wednesday, November 12, 2014

projek Harraz

Assalamualaikum.


Disebabkan mama Harraz ni terlalu kepingin sangat nak tengok gambar diri sendiri time baby tapi tak boleh sebab takde langsung gambar time baby (sedih gila), maka tercetuslah idea nak buat Projek Harraz iaitu nak tangkap gambar Harraz banyak2 dari hari pertama dia lahir sampai selagi aku mampu. sebab aku nak abadikan setiap moment2 dia hidup di muka bumi ini dengan harapan bila dia besar nanti, dia dapat melihat sendiri betapa cekalnya mama and papa dia ni berusaha untuk besarkan dia with zero knowledge pasal baby at all dgn umur yang teramatlah muda (muda la sangat). 

dan ini semua akan terabadi dalam satu album, khas buat Harraz ku sayang. :)


teaser. :)


Tuesday, November 4, 2014

sebuah perjalanan


Tuhan,
aku menyayangi dia sepenuh hatiku,
sampai mati.