Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, January 7, 2015

perasaan selepas bersalin

assalamualaikum.

hye peeps.

today nak share apa perasaan yg bermain2 dalam fikiran aku sejurus selepas bersalin 1 Oktober 2014 hari tu. maklum la kite ni ibu muda, baru lepas bersalin anak sulung. macam2 perasaan datang dalam tempoh 44 hari selepas bersalin.

hari pertama, saat pertama nampak baby Harraz keluar dari rahim, syukur sesyukur2nya pada Allah SWT sampai rasa mcm nak buat sujud syukur time tu jugak tapi of course la tak mampu kan sbb tgh terbaring kelesuan and keletihan atas katil tu sambil tunggu misi nak jahit bawah tu. huhu. sakit? takde la sakit sangat time jahit tu sbb kita baru lepas penat meneran kan, tapi time dia nak jahit kulit luar mmg sakit, mau menangis jugak la dibuatnya. :)

lepas setel kat labour room, diorang tolak kita bawak masuk wad. duduk la kat situ sehari sbb dia nak pantau kita sebelum lepaskan balik ke rumah. masa ni, mmg rasa perit sikit la sbb dah rasa sakit kat bawah tu macam menyengat, nyilu and kebas. jalan pun memang kena kepit2, and paling aku takut ialah nak buang air. pehh memang takut betul nak buang air, kalau boleh tahan mmg aku tahan, sbb takut perit pedih kan, yela bahagian tu kan baru lepas berjahit. kalau nak buang air misi suruh panggil, sbb first time tu misi kena papahkan ke bilik air, takut jatuh kan, and ajar cara nak pakai pad bersalin tu, ajar bila nak cuci and bla bla bla. mmg kena jaga sungguh2 luka bawah tu. then buang la air buat kali pertama lepas bersalin. trust me, perasaan takut tu je lebih, padahal x sakit pun sebenarnya buang air tu, poyo je aku nak takut2.. haha.. padahal biasa je rasa dia... 

then esoknya balik rumah. haa ni memang mencabar gila la.. naik kereta, uihh, dah la jalan nak ke taman umah aku tu banyak bonggol, mmg terhentak2 la cite dia.. pesan aku, bawak kusyen or bantal siap2, lapik bawah bontot masa dalam kereta tu. sbb kalau terhentak mmg rasa perit sikit, bukan setakat bahagian yg berjahit tu, rahim kita tu pun kena jaga takut kebawah. mmg seriau time dalam kereta tu.. uhuhu.. sampai umah terus baring atas katil. sebenarnya memang payah nak bangun nak duduk malah nak baring pun kita akan still rasa sakit, sbb kita buat apa pun kan memang kena himpit bawah tu.. cuma berdiri je yang tak sakit, tapi takkan nak berdiri all the time kan.. so nak taknak mmg kena rasa la sakit tu, nak bangun duduk tu mmg sakit. nak lunjur kaki pun payah, posisi duduk pe semua kena betul. serius aa agak merana jugak la time ni, mmg terasa sakit dia time ni. nak pakai pad pun tak mampu pakai sendiri sbb kena tunduk kan, so mmg suami yg pakaikan. malu tak malu belakang cite aa, dah jadi suami isteri pun, time ni mmg suami yg kena banyak tolong, mandi pun suami aku tolong sbb aku mmg tak mampu nak buat sorang2, sakitttt. (aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku, setengah orang lepas bersalin tak sakit mana pun tambah2 kalau dah anak kedua ketiga, tapi apa yg aku rasa mmg camni la, bukan tipu bukan auta)

and antara perkara paling mencabar lepas bersalin ni ialah nak buang air besar. pehh ni paling takut la aku cakap. lepas bersalin, dekat seminggu aku tak buang air besar sebab takut punya pasal. yela bayangkan la time meneran tu dia potong kita punya miss v tu dekat dgn bontot taw, silap hari bulan salah cara berak terkoyak balik nanti.. huhu.. aku cite kat nurse, nurse kata biasa la mmg camni la lepas bersalin, tapi kena buang jugak takut nanti sembelit. then nurse cadang aku minta ubat cair najis dari klinik utk mudahkan buang air. so aku pun mintak la kat klinik. alhamdulillah sehari lepas minum ubat tu aku gagahkan diri jugak utk buang air besar, tak la sakit mana pun, mcm yang aku cakap, perasaan takut tu je yang lebih.. and thanks to ubat cair najis tu mmg takde sembelit.

then dah habis pantang 44 hari, perkara yang paling menggerunkan ialah untuk kembali bersama suami, lagi takut dari nak menghadapi malam pertama tauk. sbb yela, kita dah tau mcm mana keadaan miss v kita lepas bersalin hari tu, dengan berjahitnya, camne la nak bersama dgn suami kan. mmg mcm mimpi ngeri la untuk bersama balik. rasa macam nak je ckp kat suami takyah la buat dah ek. haha punya naifnya aku, sbb terbayang2 sakit bersalin tu setiap kali terfikir pasal ni. memang berdebar la takut suami minta nafkah batin. huhu. tapi macam yg aku cakap, tu perasaan kita je sebenarnya. kenyataannya takde la sakit pun. ada orang pantang sampai 100 hari, tapi bagi aku, 44 hari sebenarnya miss v kita dah cukup kuat dah, cuma kalau nak lebih kuat lagi pantang je la sampai 100 hari, jangan sampai suami masam muka dah la. yela, lama kot diorang tunggu, bila nak kita pulak taknak bagi.. mmg la ada suami yang faham, tapi bagi aku, lepas 44 hari tu takpe, dah okey dah sebenarnya. :)

tu la antara perkara2 yang menakutkan lepas je bersalin, and kita juga akan risau pada bentuk tubuh badan kita yang dah tak macam anak dara, selulit sana sini, menggelebeh sana sini.. tapi takpe, lepas bersalin mmg la camtu, nanti dah okey dah sihat , kuruskan la badan balik. lepas je 44 hari tu sebenarnya mmg kita akan rasa sihat macam biasa, takde sakit dah pun. sekejap je sakit bersalin ni, tapi nikmat dia sepanjang hayat sbb kita dapat lahirkan seorang zuriat untuk suami kita, khalifah Allah di muka bumi, meramaikan umat Nabi Muhammad. so tak perlu takut untuk bersalin and melahirkan anak. mula2 memang la, aku pun lepas bersalin hari tu punya la takutnya nak beranak lagi lepas ni, sampai rasa macam cukup la dapat Harraz sorang, tak sanggup lagi nak lalui pengalaman tu lagi. tapi lama2, rasa okey je, rasa nak tambah lagi pun ada.. haha.. tapi ni lambat lagi la sbb nak habiskan belajar dulu.. serius cakap, apa yang kita takutkan tu semuanya just perasaan kita, lama2 hilang la perasaan takut tu.. and baru kita sedar sebenarnya pengalaman melahirkan anak adalah satu pengalaman yang amat amat indah.. dan tak semua wanita dapat merasainya.. so haruslah sangat2 bersyukur pada Allah sebab diberi peluang ini.. and doakan juga wanita2 yang belum merasai pengalaman ni supaya dapat memberi zuriat buat suami mereka suatu hari nanti.. inshaAllah doa seorang ibu itu berkat. 

:)

tak ke bahagia dapat selfie dgn anak walaupun anak tu tak bagi kerjasama langsung? haha.
ni 3 bulan selepas bersalin, sihat walafiat alhamdulillah.


senyuman seorang bayi je dah cukup buat semua rasa takut, rasa gerun nak bersalin tu hilang. taknak ke dapat peluk2 gomol2 cium2 haruman dari syurga ni? :) 

semoga semua wanita yang baca ini wanita yang kuat, dapat melahirkan zuriat untuk suami tercinta dan tidak gentar untuk lalui pengalaman bersalin. aminn.

till then, selamat menjadi ibu buat semua wanita di luar sana! 




2 comments:

  1. Assalamualaikum. bestkan dapat tengok anak membesar depan mata.. hihiii

    ReplyDelete
  2. Risau jugak lemak bergelebihh nanti lepas berssalin. Belum cerita bab menyusu. Aduhh seram pualk bila officemaate bgtawu memacam masaalh time nyusu. Susu bengkak lah, puting melecit lah..waduh tapi skrg dah okay kot cuz byk dah jual pam n milkbooster. Sy pun nak try Pump It Milkbooster. Nak tambah susu,just sapu sapu dekat breast. Nak firmkan breast pun boleh..recommended sangatt hehe :)

    ReplyDelete