Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, January 14, 2015

perjalanan 5 tahun

sudah masuk tahun 2015, bermakna sudah 5 tahun percintaan kita. kalau kita ada anak, anak tu dah nak masuk tadika dah pun. (tapi mmg dah ada anak pun hehe)

Ya Allah tak terasa masa yang berlalu, dulu baru je berbalas2 msg sampai jam 2 3 pagi, skrg dah ada anak dah pun bangun nak menyusu jam 2 3 pagi. hehe. sungguh la, indah sungguh hidup saya semenjak kehadiran awak, encik suami. indah sampai terasa seperti diawang awangan. 

awak ingat tak lagi pertemuan pertama kita setelah lima tahun di Petronas Sungkai tahun 2010? awak ingat tak lagi masa awak nampak saya, awak senyum, manis sangat senyuman awak masa tu. awak ingat tak lagi start drpd tu kita msg, sampai la masa saya nak masuk matrik di Kulim, hari pertama di matrik tarikh 10 Mei 2010, awak ajak saya kapel? awak ingat tak lagi kita hari2 gaduh, tapi awak tetap sabar dgn saya, awak sanggup ulang alik dari UiTM Merbok di Sungai Petani ke Kulim setiap hujung minggu nak dating dgn saya, awak ingat tak lagi kita balik Perak sama2 naik train KTM tengah2 malam? awak ingat tak kamera awak hilang malam tu? awak ingat tak lagi semua tu? indah sangat segala kenangan2 kita. tak mungkin saya akan lupakan semua tu. 

sekarang dah 5 tahun berlalu, 5 tahun bukan sekejap awak. macam2 kita dah lalui sama2, sampai kasih kita pernah terputus di pertengahan jalan. awak ingat tak awak suruh ayah awak jumpa saya nak sampaikan hajat awak nak kahwin dgn saya? semua tu lepas kita putus, awak cari saya semula, awak ajak saya jumpa semula, dan kita memilih untuk berkahwin, sbb kita mmg tak mampu hidup without each other.

awak ingat tak ni masa pertama kali kita jumpa lepas kita start kapel. maaf gambar original dah takde, gambar yang dah diedit ni yang ada dalam simpanan saya. indahnya waktu ni, berdebar2 pertama kali nak jumpa awak, sampai ke stesen KTM Butterworth tu saya rasa mcm nak patah balik, sbb saya belum bersedia nak jumpa awak. huhu. tapi saya tak sangka langsung, awak ni romantik sangat orangnya. hehe.

awak ingat tak lagi teddy bear ni? we named him jackie. kita saling tukar2 teddy bear ni, sekejap awak pegang kat uitm, sekejap saya pegang kt matrik kulim. haha bila diingat balik, serius macam budak2 kita ni, yela mmg budak2 la pun kot time tu, baru 18 tahun, tak matang lagi, hehe. 

ni masa kita jalan2 kat Sungkai.. tahun 2010 ni.. masa ni awak ajar saya bawak motor, hehe.. first time saya bawak motor..

yang ni time kita bercuti kat Bukit Merak Laketown Resort, masa ni kita pergi dgn Ain and pakwe dia. best sangat time ni. ni tahun 2011. hujung tahun. awak ingat lagi kan? :)

yang ni masa first time kita raya sama2 kan awak. still tahun 2011. best sangat raya sama2 dgn awak time ni. kita pergi rumah kawan2 lama kita. semua menyakat kita sbb kapel satu kelas. hehe

ni bulan Mei 2011. saya paling ingat time ni, sbb time ni la awak pertama kali bawa saya jumpa ayah awak. masa ni mak awak dah meninggal. saya takut sangat masa ni, tak pernah saya kapel sampai jumpa family boyfriend saya. serius, saya tak sangka awak akan bawa saya jumpa ayah awak.

ni masa first time awak datang rumah saya nak beraya. tengok tu, Aidil and Irah masih kecik lagi time ni. sekarang dah sekolah dah diorang. betapa sekejapnya masa berlalu. 

ni masa first time awak bawa saya pergi i city, masa ni saya teringin sangat2 nak pergi sini. maklum la i city baru buka time ni. awka penuhi juga impian saya walaupun awak sibuk nak final exam time ni.

ni awak bagi masa hari pertama kita kapel. malam tu awak lukis then awak send mms kat saya, terharunya masa ni haha.padahal baru je sehari ke kapel. ikhlas ke tak ikhlas ke cinta kita time ni tak tau la. haha. saje nak hilangkan bosan main kapel2.. hehe

ni masa kita tgh dating kat aeon bukit mertajam, masuk pameran dinosour. hehe. awak ingat tak lagi time ni? eksited kita jelajah semua benda dalam tu.

ni masa awak belikan novel aa bb and tunas untuk saya. awak siap tulis something untuk saya dalam tu, awak tak bagi saya tgk time ni, balik rumah baru boleh buka. hehe

banyak sangat sebenarnya kenangan kita kalau saya nak cerita satu2, terlalu banyak. start dari 2010 sampai la skrg, kisah cinta kita tak pernah berakhir.

so saya skip, sampai la 2013, di mana akhirnya kita dapat kebenaran dari mak ayah kita untuk bernikah. berbekalkan mas kahwin rm110 dan hantaran rm15k, kita selamat disatukan menjadi suami isteri. 

9 Ogos 2013, awak lafazkan akad untuk menikahi saya. perjalan dari tahun 2010 tak sia sia, cinta kita bersatu akhirnya. awak suami saya yang sah, mengalir air mata saya saat mendengar awak melafazkan akad... terbayang segala memori kita masa tu, betapa saya bersyukur kerana awak akhirnya jodoh saya di dunia. :')

keikhlasan awak menikahi saya memberi senyuman indah di wajah saya, hidup saya kini sempurna dgn adanya awak sebagai suami saya. awak milik saya dunia akhirat, inshaAllah. inilah saat paling indah dalam hidup saya, di mana perjalanan cinta kita bermula dalam satu ikatan yang sah.

di majlis persandingan kita.. bagaikan impian yang menjadi kenyataan.. sbb suatu masa dulu kisah kita penuh dgn airmata, sampai satu masa saya begitu yakin yang awak tak ditakdirkan untuk saya, sampai kita sama2 berundur dari hubungan ini, sbb tiada lagi harapan untuk sebuah cinta. tapi rupa2nya Allah hadiahkan pelangi setelah hujan turun dengan lebatnya. saya terlalu bersyukur awak, terlalu bersyukur untuk ikatan ini. :')

kini terbukti cinta yang kualami, bukannya mimpi.
lautan api telah menjadi, taman syurgawi.... :')

ohoi lagu tu oi, hehe.
selamat tinggal penderitaan tajuknya.
tepat la dgn kisah kita, selamat tinggal penderitaan, selamat datang kebahagiaan.

dan ini kebahagiaan paling indah buat kita. :')
Muhammad Harraz Adha bin Ahmad Taufiq, permata hati kami berdua. lambang cinta kami dunia akhirat. perjalanan cinta kami selama lima tahun ini memberikan kami seorang zuriat yang sangat indah di mata kami.. segalanya menjadi sangat sempurna dengan kehadiran dia..

Ya Allah, kuatkanlah ikatan pernikahan kami ini, 
satukanlah kami hingga ke syurgaMu,
jauhi kami dari sengketa dan prasangka, 
sirami cinta kami dengan rahmatMu,
bahagiakanlah kami dengan hidayahMu,
kekalkan jodoh kami Ya Allah..
Seseungguhnya dia suami yang terbaik untukku dunia akhirat.


buat awak, suami saya dunia akhirat,
saya nak awak tau, saya teramat amat sayangkan awak,
dari hari pertama saya jatuh cinta dengan awak,
sampai saat saya menghembuskan nafas terakhir saya.
semoga hanya Allah yang mampu memisahkan kita.
terima kasih jadi suami yang terbaik untuk saya, 
terima kasih rendahkan ego awak untuk saya, 
terima kasih cuba tunaikan setiap permintaan saya.
terima kasih sbb menemani saya dalam suka dan duka hidup saya,
terima kasih atas segala galanya.
awak yang terindah dalam hidup saya.



2 comments:

  1. Lovely couple. Wktu bace, rse mcm nak cari pkwe trus. Ahahaha. Nak buat citer based on my version pulak. Wehehehe..

    ReplyDelete
  2. sooo lovely.....i hope ur love till jannah till ur last breath, didiklah pertama itu sebaik-baiknya krn itu lambang cinta you all till jannah and i hope permata itu dapat bawa u all masuk syurga..aminnn

    ReplyDelete