Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, April 26, 2015

happy 18th birthday adik

assalamualaikum.

yesterday, 25 April 2015, was my adik's 18th birthday. anak ketiga dlm adik beradik kami. dia baru habis SPM and got quite excellent result which is 7A and 2B. dia baru je dapat offer masuk matrik kat Pulau Pinang 25 Mei ni. InshaAllah he will further his study there. 

kek yg my mum tempah for his birthday.

and we celebrated it together as a family (without ayah and adik of course) :'(


this year, we got new addition to our little family, which is my son, Harraz. hehe. excuse his face, he's trying to grab whatever he can grab from the table, and make that weird face expression when he didn't get the chance to do that. hehe.


eh si Harraz ni pulak yg terlebih eksited mcm nak sambut birthday dia je. hehe.


takpe la maktok bagi can kasi dia potong kek. tengok tu muka senyum lebor. hehe.

walaupun disambut secara kecil-kecilan je kat rumah, but we were so grateful that we still can be together like this. who knows later on we didn't get the chance to celebrate it anymore. yes I miss my dad and lil bro so much!! miss celebrating each birthday with them. 

btw

happy birthday Muhammad Hanis Farhan bin Kamarudzaman. semoga berjaya dalam setiap langkah hidupmu. semoga menjadi anak yang soleh untuk kedua ibubapa kita.
semoga sentiasa di dalam rahmat Allah. 
akak sentiasa doakan yg terbaik untuk adik adik akak.
buat yg terbaik kat matrik nanti.
make our parents proud, again. :)

sincerely, ur cute and only kakak in this world. :p


Saturday, April 25, 2015

masam manis suami isteri

assalamualaikum. hai.

today rasa macam nak story pasal kehidupan lepas kahwin. I mean hidup sebagai suami isteri. actually sedar tak sedar dah dekat dua tahun aku jadi isteri kepada seorang lelaki yg sangat sangat aku cintai. dan dalam tempoh hampir dua tahun ni, alhamdulillah, aku sangat sangat bahagia. dia suami yang sangat menyenangkan hati, suami yang sangat membahagiakan. pendek kata, dia suami yang sangat sempurna buat aku yg langsung tak sempurna ni.

sebenarnya, masa aku mula2 kahwin dulu, aku ni spesis perempuan yang, entah lah nak cakap, perempuan yang sangat manja, yang dok umah, yang kerja rumah semua tak reti buat, pendek kata aku ni mmg anak dara pingitan tapi langsung taktau masak or kemas rumah or even basuh baju sendiri. seriously, semua mak yg buatkan untuk aku sampai la aku dok umah sewa masa sem 2 kat universiti, masa tu baru aku tau mcm mana nak basuh baju guna mesin basuh. yes, bayangkan, aku hanya tau guna mesin basuh setelah 21 tahun aku hidup kat dunia ni. huhu. masak jangan cakaplah, aku just tau goreng telur, masak maggie, and masak air. serious just tiga benda tu je aku tau buat. even nasi goreng bodoh pun aku tak reti buat. sedih betul menjadi seorang aku. tapi lagi sedih lelaki yg dpt aku. hehe. (sorry husband)

tapi Allah tu Maha Adil. Maha Mengetahui. untuk semua kekurangan aku sebagai seorang perempuan, dia hadirkan aku seorang lelaki yang sangat sangat sangat sangat melengkapi setiap kekurangan aku. nampak tak banyak betul sangat aku letak. huhu. sbb memang betul, aku tak sangka aku akan sangat bertuah untuk dapat suami yang pandai masak, pandai basuh kain, pandai uruskan diri aku (walaupun sepatutnya aku yg uruskan dia) huhu. suami aku walaupun dia taktau masak sangat pada mulanya, tapi sepanjang kami kahwin, dah macam2 resepi dia try buat. kami sama2 suka makan western. so dah mcm2 resepi kami try buat sama2 (walaupun sebenarnya dia yg masak aku cuma teman kat dapur je) hehe. but seriously my husband is a very good cooker. apa yg dia try masak semua menjadi. tak macam aku, huhu. maybe tangan dia memang jenis tangan yg lucky, semua resepi baru yg dia try semua menjadi. aku paling suka chicken chop and bergedil ayam yg husband buat. last year husband jual bergedil tu kat bazar ramadhan mmg laku habis, tiap2 hari mesti habis sampai orang yg sama aku berulang2 kali beli bergedil dia. syukur sangat dapat husband yg pandai masak ni.

now, aku tengah dalam semester akhir untuk pengajian ijazah aku. so husband terpaksa jadi surarumah sepenuh masa sebab nak kena jaga harraz time aku pergi kelas (kami tak sampai hati nak hantar anak ke pengasuh, so biarlah salah seorang berkorban dulu, lagipun harraz masih terlalu kecil nak hantar kat pengasuh). setiap pagi, masa aku pergi kelas, dia lah yg akan mandikan anak, basuh berak anak, basuh baju kami, sidai baju kami anak beranak, and even masak untuk tengahhari (kadang2 dia akan masakkan pagi tu untuk aku bawak bekal ke kelas). nampak tak betapa bertuahnya aku dapat suami mcm dia? huhu. tak dapat nak gambarkan rasa bersyukur aku ni. nak je aku bagi segala apa yg dia nak dalam dunia ni untuk membalas jasa dan pengorbanan dia. dia sanggup jadi surirumah selama 5 bulan ni untuk bagi aku peluang habiskan pengajian ijazah aku. and he even buy me a car! yess, kami terpaksa ambil satu kereta untuk aku berulang tiap hari ke shah alam dari banting tu. huhu. thanks sangat2 hubby sebab sanggup belikan kereta untuk wife dia ni pergi ulang alik kelas setiap hari. 

my baby myvi. thank you so much husband for this baby.

sekarang hidup rasa lebih sempurna dgn adanya cinta hati kami ni. Muhammad Harraz Adha bin Ahmad Taufiq.


dalam melalui kehidupan kami sebagai suami isteri, macam2 benda kami kongsi sama sama. we even shared a facebook (husband deactivate fb dia lepas kawen sbb taknak kami bergaduh sbb fb). kami jenis yg mmg akan makan sama2, even time aku kat kelas pun, dia akan tunggu aku balik untuk makan semeja. masa makan, mmg tak boleh makan asing2. kami berdua kena makan sama2. aku akan cedokkan nasik dia and buat air untuk dia (sbb dia yg masak), then we will eat together sambil sembang2 mcm2 benda. kalau takde salah seorang dari kami, serius waktu makan jadi sangat kosong, rasa sangat hambar. hari tu masa aku awal2 start kelas balik, dia hantar whatsapp kata takde selera nak makan sbb sayang takde. hehe. comel je husband aku ni. nampak tak apa jadi bila suami isteri dah terbiasa makan sama2? rasa kehilangan sangat bila salah seorang takde. 

siap makan tak bertambah lagi tu. hehe. husband mmg jenis makan banyak, tapi dia tak gemuk (tang ni mmg jeles sbb badan dia sangat susah nak naik. maybe sbb dia selalu buat kerja berat)


selain makan, kami juga amalkan selalu mandi sama2. mandi sama2 dapat eratkan hubungan suami isteri, jadi lebih mesra. kami juga akan randomly cakap I love you to each other, kadang2 time tengah nak mandi, time nak tidur, time baru lepas masak, time nak sidai kain, bebila la, and that random "I love you" serius buat rasa bahagia. yela, bayangkan tengah buat benda lain tetibe husband cakap i love you out of the blue, mesti hati rasa berbunga2 sangat. hehe. lepas tu kami suka gurau2 manja, sentiasa cuba pikat each other kat rumah sampai masing2 tergoda hehe. serious, life as husband and wife sangat sangat sweet kalau kita pandai mengemudinya. try buat semua benda sama2 kalau berkesempatan. sidai kain sama2, lipat baju sama2. sambil tu sembang2 la pasal diri masing2, mengimbau kenangan lalu ke. selalu2 la tengok facebook sama2, search resepi baru sama2, tengok movie kat laptop sama2, baru life akan jadi lagi sweet tanpa pernah merasa bosan. 

hidup sebagai suami isteri ni mmg akan ada pasang surutnya. tipu la kalau kami langsung tak pernah gaduh. ade jugak la gaduh sikit2 tapi mmg sikit sangat. serius, rasanya sejak ada harraz ni kami langsung tak pernah gaduh dah. harraz mmg penyeri hidup kami berdua. penguat cinta kami suami isteri.


since aku jadi isteri dia, hidup aku jadi lebih bermakna and sempurna. dia, adalah husband yg kalau mati hidup balik sekalipun, aku akan tetap pilih dia sebagai teman hidup aku. kami kongsi segala benda sama2. kami bina kebahagiaan kami sendiri dalam hidup yang penuh mencabar ni, kami akan cuba untuk sentiasa bersama, malah kalau pergi mana mana pun kami akan sentiasa bersama, even nak pergi kedai dekat sekalipun kalau boleh aku nak ikut dia.

aku betul betul berharap agar jodoh kami berpanjangan sampai akhir hayat. kalau Allah nak ambil nyawa pun, biarlah aku yang pergi dulu. tak sanggup rasanya nak kehilangan dia, lelaki yang sangat sangat aku cintai. dialah nyawa aku dunia akhirat, dialah cinta hati aku selamanya. 

terima kasih suami, sebab buktikan pada aku bahawa masih ada lelaki yang sempurna sebagai suami di akhir zaman ni. I love you so much!

Friday, April 17, 2015

Harraz is 6 months old

assalamualaikum.

my son is now in his 6 months of his life.
6 months already ! how fast time flies.
rasanya mcm baru je type entry bersalinkan Harraz hari tu. huhu.

skrg Harraz dah boleh makan, yeay!
he likes eating but sometimes when he's in a very bad mood, he doesn't want to eat at all !
we gave him baby cereal for the first day.
and yeah, he likes eat alhamdulillah.
lagipun kami adik beradik mmg semua start makan solid food dgn baby cereal tu. still remember those days when I take care of my younger brother and sister, I'm the one who feed them the food at that time. hehe. so I can say that I have experienced it so far. :)

so here's the latest picture of Harraz.
actually, he's 6 months and 17 days today, oh My! meaning that in another week he will turn to 7 months and I didn't even realise it !! 
being so busy with my class and test and yeahhh, assignments of course.
it's my final semester of my incoming degree (InshaAllah!) 

here's my little heaven. cute like his mum. haha. perasan tak habis.

tapi ramai sangattt yang cakap Harraz ni ikut muka mama dia, mean aku la. hehe. nak bukti? kejap.
I'll show you the comparison. side by side picture okeyh, nilai sendiri. haha.

sama tak? huhu.
terasa mcm best pulak ada orang seiras kita dalam dunia ni. and that person is my son! hehe.

erm.
I think that's all for now.
takde idea sebenarnya nak update panjang2.
just wanna update my life story here.

thanks for reading guys !