Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, May 31, 2015

life before married

Malam ni aku rasa macam, what if I’m not married? Yet I mean. Not forever of course. Sbb satu benda aku paling perasan, lepas aku kawen, I have no time with my friends anymore. Yes, literally no. Memang takde langsung aku hang out with friends, without my husband or with my husband. Masa aku sekarang betul2 dgn suami aku 24 jam. And now dah ada anak, 24 jam with them. Sem last kat uitm ni lagi la aku rasa aku takde kawan, sbb aku postpone satu sem, so aku dah termasuk batch lain, mmg aku mcm lone ranger walaupun aku ada kawan lama dlm kelas aku. Tapi life aku mmg pergi kelas balik kelas, no lepak2 with friends even just makan with them, no. Tambah2 skrg aku bawak kereta pergi uitm, lagi la aku rushing kejar masa, kalau kelas tu habis kol 10 pagi, kol 10 pagi la aku balik, takde aku nak singgah lepak2 dgn kawan ke apa.

Aku bukan nak kata life aku boring. Malah sebenarnya life aku lagi rasa bermakna bila balik rumah, ada anak comel gila tengah tunggu mama dia balik. Ada husband tengah tunggu nak makan sama2. I’m very happy with them thank you Allah. But somehow, deep inside my heart, bila aku tertengok balik gambar2 lama dgn kawan2 aku dlm laptop ni, aku rasa macam, “Ya Allah, lepas kawen ni aku dah sombong ke dgn kawan2 aku? Aku dah hidup dalam dunia sendiri ke tanpa peduli diorang?” serius aku rasa macam hidup aku berubah 360 darjah lepas kawen. Dulu duduk kolej, duduk rumah sewa dgn kawan. Still merasa makan sama2 dgn depa kat kedai makan. Ade jugak la keluar pergi shopping and tgk wayang dgn diorang. Ade jugak buat aktiviti gila2 dlm bilik, buat pillow talk dgn diorang sebelum tidur. Ada jugak la gaduh2 dgn kawan pasal itu ini. But when I’m married, semua tu dah tak berlaku lagi. Macam life tu dah terpaksa aku tinggal pergi. Bukan terpaksa actually, but aku yang pilih untuk lebih masa bersama suami and anak. Still contact diorang melalui fb and whatsapp though, but in reality, we are actually falling apart.

Aku pun dah tak boleh nak listkan in details siapa kawan aku yg sebenarnya skrg. Sbb bagi aku, satu2nya best friend forever yang aku ada skrg is suami aku. The one and only yg aku boleh harapkan time aku senang and susah. Yang tak pernah mengeluh dgn sikap dan perangai aku. In fact, he is the only friend I have now. Literally.

Gosh. Am I that bad? Adakah aku terlalu pentingkan diri lepas jadi isteri orang ni? no time with any friend anymore. No lepak2 makan and tgk wayang with them anymore? And even my husband facing the same situation as me. Tapi dia ade jugak la arrange nak jumpa kawan dia time dia tunggu aku habis kelas kat shah alam, but itu pun dgn harraz dalam pelukan dia, and dengan aku di sebelah dia. Lepas ada anak, dia korbankan segala aktiviti yg dia selalu buat dgn kawan2 dia dulu. Termasuk la aktiviti feveret dia which is main snuker.

Mmg macam ni ke life lepas kawen? Or kami yg pilih untuk lebih pentingkan family? Tambah2 lepas ada Harraz ni. semua benda yg kami nak buat mmg kena fikirkan harraz dulu. He is our priority now. Nak lepak dgn kawan ke apa, anak mesti no 1.
Ataupun sebenarnya dalam hidup ni aku mmg tak ramai kawan. Tak ramai kawan yg rapat dgn aku.
Hmm. Tiba2 terfikir benda ni lepas tengok balik gambar dalam lappy. Gambar sebelum kawen. Life before married.

Well, harus kena ingat. Marriage tu sendiri adalah satu pengorbanan. Once kita pilih nak hidup berpasangan, banyak benda kita kena korbankan untuk jaga hati pasangan. Termasuk la our life before marriage. Ada yang still boleh di’consider’kan, but most of it kita kena let go. Sbb kita skrg ada tanggungjawab. Tambah2 kalau dah ada anak. Makin bertambah2 tanggungjawab kita. Hmm.

To all my friends, yang mana masih kenal aku atau tak, I’m really sorry if korang rasa aku dah sombong lepas kawen, dah tak tegur korang, dah tak contact korang. I’m really sorry. Bukan niat aku nak lupa kawan ke apa. Tapi mmg lepas kawen ni, life turns 360 degree. Semuanya dah jadi lain. And I’m happy dgn life yang aku pilih skrg. Very happy actually.

Ini cuma luahan hati yang teringat cerita masa lalu.

2012.
gambar sekadar hiasan. 

Sunday, May 10, 2015

10 Mei 2015 - lima tahun berlalu

10 Mei 2010
tarikh paling bermakna buat aku, hehe.
tarikh tu la boyfriend aku ajak aku kapel. hari first aku masuk matrik. yes I will remember that day for the rest of my life.
because that boyfriend is now my husband, and the father of my son. hehe.
I still remember my entry dlm blog ni jugak, tahun 2011.
10 Mei 2011
masa ni, first time dia bawak aku jumpa ayah dia, and pergi ziarah kubur arwah mak dia.
sekarang dah empat tahun berlalu, we are now married alhamdulillah.
and bless with this cute little boy.
 our pride and joy, Harraz Adha. :)
so actually petang tadi aku teringin sangat nak makan pizza. taktau kenapa.
maybe sbb semalam nampak orang post gambar pizza kat facebook.
so pagi tu merengek2 la kat husband nak makan pizza.
pastu ajak tengok sunset sekali pulak tu kat Pantai Morib, mentang2 la dekat je. sbb kitorang sekrang stay kat banting, pantai morib tu lebih kurang 20km je dari rumah nenek ni.
masa ni tak perasan pun esoknya 10 Mei. mmg tak fikir apa pun.
fikir nak melantak pizza kat pantai morib sambil tengok sunset je. hahah.
so kitorang gerak dari rumah nenek dalam kol 5.30 petang.
sam[ai kat domino Banting dlm kol 6, then order pizza. 
tunggu 15 minit.
done.
6.37 petang tepat pizza kami siap. yg lama tu sbb nak pilih pizza, hahah.
awak tak pernah masuk domino so mmg tak reti la nak pilih. huhu.

ni one of the pizza yg kami order. chicken pepperoni with cheese pan crust.
lagi satu tak sempat nak snap pic. yg ni tak berapa sedap. yg lagi satu tu lagi sedap rasa dia. meat ape entah. extra cheese. hehe. semua sekali rm36. sbb time promo so dia murah lah.

harraz sementara menunggu kat domino. dia pulak yg meleleh air liur tgk pizza. hehe.


then terus bergegas pergi morib sbb dah nak dekat kol 7. takut sun dah set. haha. 
nasib baik sempat jugak. sempat jugak tangkap gambar buat kenangan.

first time kaki Harraz cecah pasir pantai. hehe.

ni masa kitorang bagi dia cecah rasa air laut. masa dia tengok ombak tu nak datang kat dia, terus dia nangis. maybe sbb bunyi air tu buat dia takut. hehe. kelakar tengok face expression dia time ni. 

lima tahun selepas 10 Mei 2010, alhamdulillah a happy family now.
bersyukur sangat pada Allah sbb jadikan dia jodoh aku di dunia.
pengakhiran yang sangat indah untuk sebuah kisah cinta.
dan kisah ini masih berjalan...
hingga ke akhir hayat kami InshaAllah
doakan ye semoga hubungan kami kekal sampai bila-bila.
semoga terus bahagia bersama anak2, eheh. bakal tambah anak lagi lepas ni. 

great moment captured.
father and son.
in the middle of sunset.
i love you both so much!

budak comel ni pun nak try drive jugak kereta myvi papa ni.

papa menikmati pizza dalam kereta. hehe.

after sunset, kitorang pun bergerak pulang.
masa dalam perjalanan balik tu, aku terpandang tarikh kat smartphone asus aku ni.
9 Mei 2015.
terfikir, esok hari ibu. tapi mcm ada something yg bermakna dgn tarikh 10 Mei esok.
jenuh gak aku fikir.
then something pop in my mind.
terus jerit dlm kereta, "abggggg."
terkejut laki aku. haha. dia ingat ape la.
terus ckp, "esok 10 mei la. ingat x ape jd tarikh ni?"
dia pun blur2 ckp, "tarikh kita kapel ke?"
haha. 
pastu dia ckp, "dah byk sangat tarikh abg kena ingat. 1 oktober la. 21 disember la." haha. 
21 disember tu haruslah, birthday bini kot. tak ingat mau x kawan sebulan. hehe.

then tetiba rasa mcm puas sangat sbb dapat dating dgn family today.
kira mcm sambut anniversary 5 tahun hubungan kitorang jugak la.
sbb esok nak sambut pun busy. assignment and presentation berlambak. hari ahad baru nak pulun buat. hehe. so hari ni enjoy dulu,

sempena dah lima tahun hubungan kita ni,
I wanna say something dedicated to my only husband in this world.

dear abg,
it has been 5 years with you. 
5 wonderful years that cannot be replaced with anything in this world.
rasa bahagia yg syg dapat bila syg bersama abg takkan dapat syg rasa dgn org lain.
abg adalah suami paling sempurna dalam dunia.
satu dalam sejuta.
suami yang langsung tak mengeluh jaga anak, kemas rumah.
sementara syg sibuk belajar nak habiskan degree.
suami yg selalu ckp i love you kat syg randomly.
yg sebelum tidur selimutkan syg.
yg bangun pagi2 buatkan susu anak.
yg sentiasa buat hidup sayang rasa bahagia.
you are seriously one in a million.

abg kekasih syg yg terakhir.
yg terlalu istimewa.
i will always love you unconditionally.
no matter what happen.
forever. hamisha. always.

10 Mei 2010.
10 Mei 2011.
10 Mei 2012.
10 Mei 2013.
10 Mei 2014.
10 Mei 2015.
and still counting inshaAllah.

semoga abg jodoh syg di dunia dan akhirat kelak.
I love you so much abg!

gambar lima tahun yg lepas, ehehe.

saja nak throwback. okbaii! :)


Monday, May 4, 2015

aktiviti cuti hari pekerja and wesak day


assalamualaikum.
1 May 2015 - Harraz dah genap 7 bulan.
Alhamdulillah, dia dah pandai macam2 and baru start tonggeng bontot nak merangkak.

my 7 months old son. alhamdulillah makin aktif dan makin comel dia.

sabtu 2 Mei 2015 kitorang pergi rumah kawan lama aku tunang kat teluk intan.
lama gila tak jumpa dia, last tahun 2006, hampir 10 tahun dah.
tup2 dia ajak pergi majlis tunang dia, eksited giloss bak hangg.
yela bestie sejati kot dulu. dah nak kawen dah dia rupanya, alhamdulillah.

tahniah Nur Syuhada ! nanti kawen jangan lupa jemput aku ya! :)

lepas pergi majlis tunang kawan tu, kitorang singgah rumah kawan baik hubby kat IPD teluk intan, namanya zahir, family dia mmg sangat sangat ramah and baik hati.
kitorang siap dapat lauk kenduri lagi kat sana, padahal bukan pergi kendurinya pun. hehe.
yg takleh blah ayah dia suruh tinggalkan harraz kat sana, haha. tak sanggup den. 

my little family. masa ni baru lepas bersiap nak pergi majlis tunang kawan tu. 
macam ni kalau ade anak kecik, nak tangkap gambar family potrait pun mama sorang je yang sempat tengok kamera. huhu. T_T 

4 Mei 2015 - malam ni hubby nak belanja dinner. 
maklum la duit jualan kerepek meletops pulak sekarang. haha.
thank you hubby.

bersiap nak pergi dating. harraz tinggal rumah jap eh, hehe.

actually instant shawl tu mak yang belikan. katanya dia tengok lawa. tapi belit2 jugak aku tak reti nak pakainya. mak pun lupa mcm mana cara orang yg jual tu ajar. so dekat setengah jam jugak kitorang (aku dengan mak) struggle nak pakai tudung ni. haha.

hasilnya.........

taraaaaaa..
berjaya jugak aku pakai dgn jayanya dengan bantuan mak. hehe.

so alang2 dah hubby nak belanja dinner malam ni, kena la order makanan yg grand2 sikit.
cuba teka apa yg aku order, hehe.


of course la my favourite food, CHICKEN CHOP!! 
hehe.
thank you hubby belanja dinner malam ni.
semoga murah lagi rezeki awak lepas ni.

so kesimpulannya itulah antara aktiviti2 yg kami buat sepanjang cuti hari pekerja and hari wesak ni.
alhamdulillah bahagia sangat dengan hubby and mu family kat sungkai ni.

thank you Allah untuk dua insan paling bermakna dalam hidup aku ni. 
dan untuk sebuah keluarga yg sangat aku inginkan selama ni.
love you guys so much!!!