Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, June 15, 2015

surat yang menyentuh hati

about two weeks ago I received a parcel with lots of baju for Harraz.
it's from kakak sepupu my husband yg nun jauh berada di Singapore.
I never met her though.
thanks a lot kak siti!
but then, tengah2 belek baju2 harraz yg baru dpt,
sekeping kertas nota bersaiz separuh A4 jatuh dari celahan baju.
I took it, and read it.
tears coming down my cheek.

Salam buat adik tersayang, Taufiq & Azawani,

Terdahulu k.ct nak mintak maaf jika selama ini tidak berkesempatan untuk berjumpa kalian bertiga.
Dari saat kamu berdua skrg ni dah bertiga pun kita belum ketemu.
Walaupun tidak berjumpa k.ct sering kali mengikuti perkembangan kalian melalui FB.
Sewaktu kamu berdua bernikah, k.ct tak sempat datang apatah lagi nak bagi hadiah sehingga lah harraz dah lahir pun k.ct x bagi apa2 pun. 
Anggaplah ini sebagai pemberian k.ct buat kalian berdua.
Sewaktu k.ct masih kecil ibu kamu(Taufiq) menjaga k.ct sebaik mungkin selepas mak k.ct telah tiada.
Oleh itu k.ct rasa ini lah masanya k.ct membalas jasa mak kamu kepada anak kamu.
K.ct terlalu rindukan mak kamu & ayah juga apatah lagi nenek dan abang doli. 
Namun k.ct tahu inilah yg terbaik utk kita semua seperti yg dirancangkan olehNya.
Kirim salam dgn ayah kalau ada jumpa tau begitu juga dgn ibu tiri kamu(kak upik) dan nenek. 
K.ct sangat2 rindukan ayah sebab seumur kak.ct dialah lelaki, ayah dan suami yg terbaik pernah k.ct jumpa dan lihat.
 Dalam sejuta hanya satu sahaja wahai adik2ku.

Buat Azawani, walaupun k.ct tidak tahu kamu siapa apatah lagi kita tidak pernah bersua muka, 
namun kakak yakin dgn pilihan Taufiq. 
Dia pasti tabah seperti ayahnya, cekal hati dan penyayang.
Mampu menjaga kamu & keluarga sehingga nafas dia yg terakhir seperti mana ayah dia menjaga mak & neneknya sehingga hayat mereka tanpa k.ct melihat keluh-kesah di dlm diri ayah Topek.
Bersyukur kamu ditemukan dgn suami yg mempunyai rasa tanggungjawab didalam dirinya.
Mempunyai ayah mertua yg baik hati dan lembut tutur katanya. Usahlah kamu berasa rendah diri & kekurangan sekiranya Topek tidak mampu memberikan intan & permata tetapi berbangga kerana kamu mempunyai suami & lelaki yg boleh hargai dan mendidik kamu utk ke syurga. 
Ingatlah pesan kakak mu ini, walaupun tidak sempurna seperti kalian berdua kerana perjalanan kalian baru bermula sedangkan k.ct sudah separuh jalan.

Akhir kata. jaga diri kalian berdua, didiklah Harraz menjadi anak yg soleh.
Salam sayang dari kak ct.

Tersentuh hati dan perasaan seorang isteri.
yes, he is indeed like his father.
a very responsible man.
penyayang, baik hati, sangat sangat bertanggungjawab.
even my mum said,
"lelaki mcm Topek tu satu dalam seribu."
and he is my husband.

:')

p/s : 13 Jun 2015, happy birthday my lovely husband! sorry tak sempat nak wish dlm blog. takde apa pun syg dpt bagi melainkan ucapan syukur yg amat sangat kpd Illahi sbb dikurniakan suami sebaik awak. semoga panjang umur dan dapat menjaga syg and anak kita dgn baik sampai akhir hayat.

:)