Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, July 29, 2015

internship begin

27 July 2015.

Alhamdulillah dapat tempat praktikal di satu firma guaman di Slim River, Perak. Thanks sangat2 pada encik suami sbb dia actually yg dapatkan tempat untuk aku buat attachment kat sini selama sebulan. tu pun melalui kawan niaga dia yg kitorang panggil Pak Andak (thanks pak andak!).

memula tu, mintak kat mahkamah Syariah Tapah sbb mcm best je buat praktikal kat mahkmah syariah as boleh la dengar masalah2 rumahtanngga and amik pengajaran jadikan iktibar. tapi tuptup dapat tahu permohonan nak praktikal kat sana ditolak sbb UiTM bukan basic syariah, more to civil actually. masa ditolak tu dah give up, kat mane la nak praktikal lepas ni. tiba2 suami masa tu dia tengah hantar pak andak yg sakit pergi hospital slim (suami sangat sangat baik orangnya, semua orang dia nak tolong) , dia suddenly whatsapp, "abang dah dapat tempat praktikal untuk sayang, kat firm kawan pak andak kat slim." ape lagi time ni rasa mcm nak melompat kegembiraan sbb mmg dah down dah nak cari tempat praktikal ni. bersyukur sangat ada suami mcm dia ni. huhu. nampak tak, kalau kita selalu tolong orang, orang pun akan tolong kita balik. 

so esoknya terus pergi firm ni jumpa lawyer yg incharge ni depan2 (sebelum tu pak andak dah call kan dah ckp ada budak nak masuk praktikal). ade la lawyer tu tanya sikit2 pasal background law aku dari mana and so on and dia tanya kenapa pilih firm, kenapa tak pilih court. aku cerita la pasal application aku yg kena tolak tu sbb xde basic syariah. then dah sembang dlm 15 minit camtu dia pun okey je if aku nak masuk terus isnin 27 Julai tu as tarikh attachment aku mmg start 27 July sampai 28 Ogos 2015. 

so now, dah tiga hari so far praktikal kat sini. alhamdulillah kakk2 yg kerja sini sangat baik and ramah. kembar, kak ima and kak sal. anak murid arwah ayah rupanya. arwah pernah ajar diorang time form 1. tp diorang dah super super senior dah so mmg tak kenal kakak2 ni sebelum ni. masuk kerja pukul 9 pagi (nasib baik tak pukul 8 huhu) and balik jam 5 petang. so hari2 la aku drive myvi putih kesayangan aku tu dari sungkai ke slim yg jaraknya lebih kurang 20km. ala tak sampai 20 minit dah sampai depan office. 

tapi bosan jugak actually dlm office ni. bos mana bagi kerja sangat pun. huhuhuhu. hari second haritu patutnya ikut bos pergi mahkamah syariah manjung untuk perbicaraan kes hadhanah tapi tetiba kes tu ditangguhkan pulak. dok je la melangut kat office baca kes2 yg tengah on going. 

haih, nasib baik sebulan je. huhu.

1 comment:

  1. Salam..boleh tahu tak firma guaman di slim tu nama apa 😊

    ReplyDelete