Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, July 29, 2015

sufi yang suci


Abu al-Fath al-Busti r.a (wafat 401 H) pernah menyatakan dalam syairnya:

"Dan aku tidak sekali-kali memberikan nama ini melainkan kepada pemuda yang mensucikan dirinya, maka ia menjadi suci sehingga dinamakan sebagai sufi".
Mereka dinamakan sufi kerana dinisbahkan kepada perkataan Sofaa disebabkan Ahli Sufi memandang kepada batin atau dalaman sesuatu perkara, ketika manusia memandang kepada zahirnya.
Orang sufi juga sentiasa berusaha membersihkan dan menyucikan diri mereka daripada kotoran zahir dan batin. 
(Abdul Aziz Ahmad Mansur, Al-Tasauf al-Islami al-Sohih, H: 24-27)


maka dengan itu,
we decided to name this baby as Sufi.
yes, our second baby alhamdulillah.
adik kepada Harraz. 
now dah 6 bulan dalam kandungan.

jujurnya kehadiran Sufi langsung tak pernah kami jangka.
tak jangka secepat ini Allah bagi rezeki lagi.
walau sehebat mana kami merancang, rupanya perancangan Allah jauh lagi hebat. 
belum sampai setahun lagi Harraz lahir, Allah beri kami lagi satu rezeki anak.

mula mula tu agak stress jugak lah bila dapat tahu pregnant lagi, sakit bersalin hari tu masih terbayang-bayang lagi dalam fikiran.
masuk sem baru pun kena kandung baby lagi (my last sem degree) walaupun masa tu kandungan kecik lagi, tak nampak lagi pun perut.
hadap final exam pun dgn Sufi dalam perut, sama mcm time Harraz dulu.
mungkin mmg ini rezeki kami, kami terima dengan hati terbuka.

I told husband one day,
"Abang, orang lain susah sangat nak lekat anak, kita senang je nak dapat lagi seorang dah." 
bukan nak riak ke apa, sebenarnya time ni tengah frust sbb dah lekat lagi seorang, risau tak dapat nak handle dua anak, dah la kerja pun belum lagi, baru je habis belajar.
then my husband replied,

"kena bersyukur sayang. ini rezeki dan dlm masa yg sama ujian buat kita berdua. ujian untuk membesarkan dua2 anak kita ni menjadi hamba Allah yg berguna kelak."

I smiled. thanks hubby.
and with that, I started to think what is the best name to give to this son.
yes, its a boy. again. hehe.
sbb haritu kitorang dah g scan 4D kat Poliklinik Bakti Aminin Tanjung Malim.
bak kata doktor, "mmg jelas nampak pistol and telur dia." haha,

dan mmg terjatuh hati dengan nama Sufi.
I told husband, "abang, baby ni kita namakan Sufi eh."
and he agreed.

Sufi anak mama yg suci.
walaupun kehadiran kamu langsung mama and papa tak pernah jangka,
but we love you so much sama macam kami sayangkan abang Sufi, Harraz.
Harraz dan Sufi harta kami dunia akhirat.
InshaAllah, dah dua anak soleh yang akan mendoakan kami bila kami dah tiada kelak.

mama and papa akan cuba sedaya upaya membesarkan kalian berdua dgn sempurna.
kami akan cari rezeki yg halal dan memberi pendidikan serta kasih sayang yg cukup sempurna buat Harraz dan Sufi.
harta kami yang paling berharga kat dunia ni.

mama and papa tunggu Sufi keluar ek sayang.
semoga sihat walafiat dalam perut mama ni.
terima kasih sbb langsung tak pernah menyusahkan mama sepanjang dlm kandungan ni.
langsung mama takde hadapi apa apa alahan, malah mama tak sedar langsung mama tengah kandungkan sufi sampai la sufi dah 5 bulan dlm kandungan.


ni la abg Harraz awak. hehe.
nanti jadi kawan baik ye dedua ni. =)


last but not least, 
Selamat Hari Raya dari kami berempat (seorang dlm perut) hehe.

No comments:

Post a Comment