Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, August 30, 2015

teluk batik with family (2014)

assalamualaikum.

this is a pending post actually.
dah lama nak tulis pasal ni tapi asyik tertangguh je.
and more to nak upload pic sebenarnya. 

hee. so here goes. kami pergi teluk batik ni masa Harraz lebih kurang dua bulan tak silap. kecik lagi time ni. skrg harraz dah 10 bulan dah pun baru nak update kat blog. hikhik.


ni masa baru sampai. kami pergi satu family.

us. hehe. mama and papa Harraz. time ni aku agak berisi sikit sbb kuat gila makan time ni. maklum la baru lepas habis pantang. semua nak bedal. haha.

Harraz baru dua bulan time ni. hehe.

mum and irah main pasir.

adik2ku

sesi tanam menanam. hehe


sesi mandi manda bersama.

with my lovely husband.

my everything. 

Thursday, August 27, 2015

chicken chop kongsi tiga

assalamualaikum, 



I've been craving for chicken chop this past weeks. 
but I realize that our family financial condition is not too good right now. cause I'm on my internship for a month and my husband has to take care of our precious baby, Harraz hence, he can't work during daytime. 
plus my internship needs quite a lot of money coz I've been traveling by a car for about 60km a day, hence, the petrol costs. a lot.
without any allowance from the faculty and ptptn of course. =,="

so.. it has been a while since the last time I eat chicken chop, my favourite food. time mengandungkan Harraz last year boleh dikatakan setiap tiga hari makan chicken chop sbb agak mewah dgn wang ringgit time tu. ptptn pun still has maa. now since I've already finished my study so no ptptn money anymore for me. sob sob. 

lalu aku pun menyuarakan hasrat hati pada husband terchenta "abang, baby teringin nak makan chicken chop." he smiled. that was last week I guess. he said "kalau mlm ni tak boleh lah sbb abang takde duit lagi, esok Ahad hari minggu abg niaga InshaAllah boleh k."

ok. I keep silent. sbb I know how hard it is to find money nowadays. lagipun keinginan ni boleh tunggu. bukannya aku mengidam sangat pun. just teringin nak makan sbb dah lama tak makan.
So Sunday comes. dia balik je dari niaga he said "ok sayang bolehlah makan chicken chop mlm ni, abang ade duit sikit ni." 

but suddenly that day tak terasa pulak nak makan chicken chop. "takpelah bang, lain kali lah."
so masih tertangguh hajat nak makan tu.

then yesterday.. mengada-ngada betul tekak ni, teringin betul nak makan chicken chop. teringin sampai merengek kat hubby, "abang, malam ni eh, please."

"tapi abang takde duit sangat hari ni sbb tak niaga kan."

"pleaseeeee."

and there he goes. beli lah sebungkus chicken chop harga rm10. bawak balik rumah.

"sayang nak makan nasi gak ke?" he asked me. 

"kenapa?" sebenarnya nasi tinggal sikit dalam periuk. tinggal untuk sorang makan je cukup.

"takde la kalau sayang nak makan nasi abang takde ape la nak makan." huhuhu. 

pantas aku jawab " tak tak, abang makan la nasik dgn harraz. syg kan dah ade chicken chop."

and we sit together at the dining table. me, him and our son, Harraz.

"sayang abg nak ayam sikit boleh?" he asked when I'm already served the chicken chop on the plate. 

at that point of time, my heart breaks.
you see how a man, a husband, sacrifices his own needs to fulfill mine. padahal dia memang hantu chicken chop. selalu kalau kitorang makan, mmg takkan pernah cukup dua pinggan. dia kekadang mintak sampai dua pinggan (time kitorang mewah) and aku sepinggan. but today, we had to share this one plate of chicken chop, bertiga. Harraz also eat a part (dia minat ayam).

aku nak bagi separuh kat dia but he said, "takpe bagi sikit je, sayang makan dulu sampai puas. kang terliur lak baby"

oh please please don't cry wani. he is too good for me Ya Allah.

I eat, reluctantly. but at the same time, I am very happy with this blessing, takpe lah kongsi tiga or empat or berlima sekalipun, janji kami sama sama ada kat meja makan, makan sama sama. sharing a story with laughter. this is enough for me, bukanlah chicken chop yang menjadi kepuasan hati, tapi nikmat berkeluarga bersama seorang suami yg amat baik dan anak yg sangat tak memilih makan. he ate whatever we gave him. dia tak pernah tolak makanan langsung. biarpun hanya sekadar nasi kosong. 

and that night, teach me something.

biarlah tak berduit pun, biarlah makan hanya sekadar cukup, pakaian tak berganti pun takpe, janji husband and anak sentiasa di sisi. susah senang biarlah bersama. I won't ask for more. cukuplah mereka ada. they are my everything.

:')

and then lepas kami habis makan he said, "so baby tak meleleh air liur la kan lepas ni?"

I smiled. 
I love you husband. so much. 


my everything :')


Friday, August 14, 2015

menunggu di pintu syurga

14 Ogos 2015

tiada kata yg dapat aku ungkapkan,
pabila melihat sendiri anak sahabat aku pergi menghadap Illahi.
ya, anak kecil yg usianya baru nak menghampiri 9 bulan.
lebih kurang sebaya dgn Harraz.
malah merupakan kawan baby pertama Harraz.


Nur Armelda Darwisha.
nama yang seindah wajah.

Wisha pergi menghadap Illahi setelah dua minggu didiagnosis dgn penyakit SMA.
atau nama panjangnya Spinal Muscular Atrophy.
penyakit berkaitan kelemahan otot saraf.
hingga menyebabkan si kecil ini susah untuk bernafas sendiri, hanya bergantung kepada mesin oksigen untuk terus bernyawa.

but she choose to go.
Allah loves her more.
taknak si kecil ini menderita lagi.

sebelum sempat mesin oksigen dibuka,
dia terlebih dahulu menghembuskan nafas yg terakhir.
tidak ingin membebankan ibunya untuk buat keputusan yg sukar.
jam 9 pagi, selepas sempat ibu beliau memberi susu badan yg terakhir buatnya,
dia pergi menghadap Illahi.

tamatlah sudah penderitaan si kecil.
anak syurga yg menanti ibu dan bapanya di sana.


maafkan aunty Wisha sayang,
aunty tak sempat nak melawat awak ketika awak sedang berjuang di hospital.

aku hanya sempat melihat wajahnya kali terakhir di waktu pengebumiannya.
ketika kain kapannya diselak sedikit buat kali terakhir,
Allah....
sucinya wajah polos dia.
terlalu suci hingga aku menitiskan air mata.
sebak sangat, sebab dia sebaya anak aku.
malah aku pernah dukung dia, pernah cium dia, pernah main dgn dia.

:'(


It was a moment of emotional breakdown, seeing my very own friend bury her own baby daughter just as the same age as my baby Harraz. I can't hold my tears seeing that baby face for the last time. I can't even imagine if I'm at her place that time.

Sumpah aku terbayang anak aku, yg aku kandung 9 bulan, yg aku jaga siang malam, yg sering menghiburkan hati aku. 
Ya Allah, lindungilah anakku. Panjangkanlah umurnya, sihatkanlah tubuh badannya. Aku menyayangi dia lebih dari diri aku sendiri. Dialah nyawa dan nadi aku.

Begini rupanya hati dan perasaan seorang ibu. 

Dear my friends,
please sedekahkan Al Fatihah untuk this baby, anak yang memang telah dijanjikan syurga.
dan please doakan semoga parents dia tabah dan kuat.

Terima kasih.

Thursday, August 13, 2015

definisi penat

terus terang, aku penat sebenarnya.
tipu la kalau aku cakap aku tak penat.
belum pun sampai setahun aku nak lepaskan penat mengandung and bersalinkan Harraz dulu, dah besar balik perut aku.
lalui pengalaman yg sama, berat bawak perut sana sini, lelah dgn sakit kaki dan pinggang yg sama.
sama, tak sampai setahun.

tapi aku takkan mengeluh.
sbb aku tahu, apalah sangat penat aku, berbanding nikmat dan rezeki yg Allah bagi ni.
walaupun setiap hari aku rasa sangat malas nak bangun dari katil. start engine kereta, drive berulang alik 40km setiap hari dlm keadaan perut besar sarat mengandung untuk ke tempat praktikal,
tapi bila balik rumah, saat aku lihat wajah anak dan suami aku yg selalu senyum kat aku,
sumpah,
hilang segala penat yang aku rasa.

indahnya punya suami dan anak yang sangat baik.
dua2 memahami aku sebagai isteri dan ibu.
harraz walaupun skrg zaman lasak dia, baru nak belajar dapat kaki,
tapi dia tak pernah menyusahkan aku sebagai ibu, macam dia faham yg aku tengah mengandungkan adik dia. 
memang anak yang sangat sangat baik. tak banyak masalah.
malam2 sebelum dia tidur, dia akan bermanja dgn aku.
kadang2 dia baring atas perut aku.
gesel2 kepala botak licin dia kat aku. eheh. sumpah comel.
mama bahagia punya anak secomel dan sebaik kamu sayang.

suami, mashaAllah, sebaik baik suami dalam dunia.
dialah tukang urut kaki aku tengah2 malam jam 3 4 pagi bila kaki aku tiba2 kejang.
dia jugalah menyediakan makan pagi, tengah hari dan malam aku.
tak pernah dia suruh aku isi minyak kereta sendiri, dia sendiri tolong isikan minyak kereta sebelum aku start gerak.
balik rumah, kain baju kotor semua dah basuh and sidai,
siap dia tolong lipatkan malam2.

Allah,
takkan aku nak mengeluh penat bila dapat suami dan anak yang sangat baik macam ni?

aku usap perut aku.
sufi, untungnya mama.
semoga sufi lahir dgn selamat ya.
mama dah tak rasa penat dah.
penat mama hilang, bila nampak ayah dan abang sufi.
mereka kekuatan mama.
:')

tengok sufi, abang harraz awak baru dapat kaki.
dah botak licin skrg papa awak buat. hehe.
comel kan abang harraz awak?
10 bulan dah dia skrg.

:)

Friday, August 7, 2015

rezeki anak


terbaca satu luahan hati wanita ni kat fb Rumahtangga Bahagia Selamanya,

Assalamualaikum,tlg hide profile sy ya,sy dah berkahwin hmpir 3tahun dan masih blum dikurnia kan zuriat,masalah sy xbesar mn cuma sy ingin meluah kan perasaan sahaja,sy sedih bila suami masih xmahu kan anak,katanya takut terbeban,tkut nnt ank dh besar kena belanja byk,boleh kata die hanya nk hidup berdua saja,sy malu bile kwn2 yg baru bernikah smue dah mengandung,pernah skali sy menangis semahu mahunya sbb sy rasa sgt sedih,mcm2 sy dh bt utk suami agar terbuka pintu hati dia utk memilik zuriat,tp dia hanya endah kan perasaan sy,smpai satu tahap sy xnk bergaul dgn org,tiap kali nmpk ibu mengandung mesti sy cemburu,tp ape boleh bt,hanya mampu pendam je,terima kasih baca luahan hati sy.

and this is my respond
.
.
.
.



REZEKI ANAK ITU ADA

gambar ni menafsirkan sesuatu actually.
candid picture I've taken masa kitorang beli barang kat tesco.
seorang ayah nak bayar duit untuk membeli barang2 dapur,
dan seorang bayi kecil yang hanya tahu bergembira bermain keriangan.

seorang ayah akan berkorban macam2 demi anak.
biar berhabis wang ringgit, janji makan pakai anak cukup.
dan sebenarnya tanpa kita sedar,
setiap anak yang lahir ke dunia tu membawa rezeki sendiri dari Allah SWT.

semenjak lahirnya Harraz, alhamdulillah kami tak pernah rasa takde duit satu sen pun.
malah sejak dia lahir la kami dapat pakai kereta sendiri,
walaupun papa takde pekerjaan tetap, hanya berniaga sendiri,
walaupun mama ni masih belajar, struggle to become a lawyer suatu hari nanti.
tapi dgn kehadiran Harraz, hidup kami jadi lebih indah,
kami percaya rezeki anak itu sentiasa ada,
tapi janganlah sampai tak berusaha langsung.

so please jangan takut untuk ada anak.
anak tu sendiri pembawa rezeki.
who knows dgn kehadiran anak kita akan lebih berjaya, dapat kenaikan pangkat or etc.
mcm aku sendiri, aku ambil final exam semester 5 dgn mengandungkan Harraz yg dah hampir 8 bulan dlm perut, mmg tengah sarat time tu, nak duduk lama pun tak mampu sebenarnya.
tapi aku gagahkan jugak ambil exam, sambil dalam hati tak henti ckp "mama jawab exam ni, Harraz tolong mama dari dalam perut ye, nanti besar mana tahu Harraz tiba2 pandai undang-undang sbb selalu ikut mama pergi belajar." hehe.

and alhamdulilllah, walaupun aku rasa aku bakal fail beberapa paper sbb tak larat sangat nak study dah time tu, rupa2nya result aku langsung tak mcm yg aku jangka. aku lulus semua and pointer aku naik. memang bersyukur sangat time tu, terus usap perut yg dah 9 bulan lebih time tu ckp 
"terima kasih anak mama sbb tolong mama masa jawab exam hari tu."

so please jangan sampai taknak anak sbb takut susah nak besarkan dia nanti, takut dia banyak pakai duit kita. padahal anak tu sebenarnya rezeki buat kita.

:)

Wednesday, August 5, 2015

watak utama


kawan aku pernah kata,
"watak utama dalam blog kau tak pernah berubah kan."

of course. 
sbb blog ni adalah memori selama aku mengenali dia,
watak utama dalam blog ni dan juga hidup aku.
dari permulaan masa aku menghidupkan watak dia dalam blog ni,
sampai ke pengakhiran masa yang entah bila,
masih akan dia, dan tetap dia sebagai watak utama.


kepada watak utama yg aku maksudkan,
terima kasih untuk lima tahun yang sangat indah.


tiada pengakhiran kisah.
tiada perbezaan watak.

selamat ulang tahun kedua perkahwinan kita.
takkan pernah saya lupa,
saat awak lafazkan akad paling bermakna.



satu peratus


dalam pada kita melihat betapa sempurnanya seseorang itu pada kita,
sentiasalah beringat untuk mencurigainya,
walau hanya satu peratus.

kerana walau macam mana kita nak dia sempurna di mata,
kita sering lupa,
tiada manusia yang sempurna.


satu peratus curiga itu penting,
agar bila suatu hari dia terkhilaf dalam hidupnya,
kita masih mampu memaafkannya,
tanpa kecewa seratus peratus,
kerna kita masih ada satu peratus ketidakpercayaan pada dia.