Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, August 13, 2015

definisi penat

terus terang, aku penat sebenarnya.
tipu la kalau aku cakap aku tak penat.
belum pun sampai setahun aku nak lepaskan penat mengandung and bersalinkan Harraz dulu, dah besar balik perut aku.
lalui pengalaman yg sama, berat bawak perut sana sini, lelah dgn sakit kaki dan pinggang yg sama.
sama, tak sampai setahun.

tapi aku takkan mengeluh.
sbb aku tahu, apalah sangat penat aku, berbanding nikmat dan rezeki yg Allah bagi ni.
walaupun setiap hari aku rasa sangat malas nak bangun dari katil. start engine kereta, drive berulang alik 40km setiap hari dlm keadaan perut besar sarat mengandung untuk ke tempat praktikal,
tapi bila balik rumah, saat aku lihat wajah anak dan suami aku yg selalu senyum kat aku,
sumpah,
hilang segala penat yang aku rasa.

indahnya punya suami dan anak yang sangat baik.
dua2 memahami aku sebagai isteri dan ibu.
harraz walaupun skrg zaman lasak dia, baru nak belajar dapat kaki,
tapi dia tak pernah menyusahkan aku sebagai ibu, macam dia faham yg aku tengah mengandungkan adik dia. 
memang anak yang sangat sangat baik. tak banyak masalah.
malam2 sebelum dia tidur, dia akan bermanja dgn aku.
kadang2 dia baring atas perut aku.
gesel2 kepala botak licin dia kat aku. eheh. sumpah comel.
mama bahagia punya anak secomel dan sebaik kamu sayang.

suami, mashaAllah, sebaik baik suami dalam dunia.
dialah tukang urut kaki aku tengah2 malam jam 3 4 pagi bila kaki aku tiba2 kejang.
dia jugalah menyediakan makan pagi, tengah hari dan malam aku.
tak pernah dia suruh aku isi minyak kereta sendiri, dia sendiri tolong isikan minyak kereta sebelum aku start gerak.
balik rumah, kain baju kotor semua dah basuh and sidai,
siap dia tolong lipatkan malam2.

Allah,
takkan aku nak mengeluh penat bila dapat suami dan anak yang sangat baik macam ni?

aku usap perut aku.
sufi, untungnya mama.
semoga sufi lahir dgn selamat ya.
mama dah tak rasa penat dah.
penat mama hilang, bila nampak ayah dan abang sufi.
mereka kekuatan mama.
:')

tengok sufi, abang harraz awak baru dapat kaki.
dah botak licin skrg papa awak buat. hehe.
comel kan abang harraz awak?
10 bulan dah dia skrg.

:)

No comments:

Post a Comment