Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, August 14, 2015

menunggu di pintu syurga

14 Ogos 2015

tiada kata yg dapat aku ungkapkan,
pabila melihat sendiri anak sahabat aku pergi menghadap Illahi.
ya, anak kecil yg usianya baru nak menghampiri 9 bulan.
lebih kurang sebaya dgn Harraz.
malah merupakan kawan baby pertama Harraz.


Nur Armelda Darwisha.
nama yang seindah wajah.

Wisha pergi menghadap Illahi setelah dua minggu didiagnosis dgn penyakit SMA.
atau nama panjangnya Spinal Muscular Atrophy.
penyakit berkaitan kelemahan otot saraf.
hingga menyebabkan si kecil ini susah untuk bernafas sendiri, hanya bergantung kepada mesin oksigen untuk terus bernyawa.

but she choose to go.
Allah loves her more.
taknak si kecil ini menderita lagi.

sebelum sempat mesin oksigen dibuka,
dia terlebih dahulu menghembuskan nafas yg terakhir.
tidak ingin membebankan ibunya untuk buat keputusan yg sukar.
jam 9 pagi, selepas sempat ibu beliau memberi susu badan yg terakhir buatnya,
dia pergi menghadap Illahi.

tamatlah sudah penderitaan si kecil.
anak syurga yg menanti ibu dan bapanya di sana.


maafkan aunty Wisha sayang,
aunty tak sempat nak melawat awak ketika awak sedang berjuang di hospital.

aku hanya sempat melihat wajahnya kali terakhir di waktu pengebumiannya.
ketika kain kapannya diselak sedikit buat kali terakhir,
Allah....
sucinya wajah polos dia.
terlalu suci hingga aku menitiskan air mata.
sebak sangat, sebab dia sebaya anak aku.
malah aku pernah dukung dia, pernah cium dia, pernah main dgn dia.

:'(


It was a moment of emotional breakdown, seeing my very own friend bury her own baby daughter just as the same age as my baby Harraz. I can't hold my tears seeing that baby face for the last time. I can't even imagine if I'm at her place that time.

Sumpah aku terbayang anak aku, yg aku kandung 9 bulan, yg aku jaga siang malam, yg sering menghiburkan hati aku. 
Ya Allah, lindungilah anakku. Panjangkanlah umurnya, sihatkanlah tubuh badannya. Aku menyayangi dia lebih dari diri aku sendiri. Dialah nyawa dan nadi aku.

Begini rupanya hati dan perasaan seorang ibu. 

Dear my friends,
please sedekahkan Al Fatihah untuk this baby, anak yang memang telah dijanjikan syurga.
dan please doakan semoga parents dia tabah dan kuat.

Terima kasih.

1 comment:

  1. Assalamualaikum awak.. sebaknya sheila baca. Salam takziah buat sahabat awak.. be strong

    ReplyDelete