Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, August 7, 2015

rezeki anak


terbaca satu luahan hati wanita ni kat fb Rumahtangga Bahagia Selamanya,

Assalamualaikum,tlg hide profile sy ya,sy dah berkahwin hmpir 3tahun dan masih blum dikurnia kan zuriat,masalah sy xbesar mn cuma sy ingin meluah kan perasaan sahaja,sy sedih bila suami masih xmahu kan anak,katanya takut terbeban,tkut nnt ank dh besar kena belanja byk,boleh kata die hanya nk hidup berdua saja,sy malu bile kwn2 yg baru bernikah smue dah mengandung,pernah skali sy menangis semahu mahunya sbb sy rasa sgt sedih,mcm2 sy dh bt utk suami agar terbuka pintu hati dia utk memilik zuriat,tp dia hanya endah kan perasaan sy,smpai satu tahap sy xnk bergaul dgn org,tiap kali nmpk ibu mengandung mesti sy cemburu,tp ape boleh bt,hanya mampu pendam je,terima kasih baca luahan hati sy.

and this is my respond
.
.
.
.



REZEKI ANAK ITU ADA

gambar ni menafsirkan sesuatu actually.
candid picture I've taken masa kitorang beli barang kat tesco.
seorang ayah nak bayar duit untuk membeli barang2 dapur,
dan seorang bayi kecil yang hanya tahu bergembira bermain keriangan.

seorang ayah akan berkorban macam2 demi anak.
biar berhabis wang ringgit, janji makan pakai anak cukup.
dan sebenarnya tanpa kita sedar,
setiap anak yang lahir ke dunia tu membawa rezeki sendiri dari Allah SWT.

semenjak lahirnya Harraz, alhamdulillah kami tak pernah rasa takde duit satu sen pun.
malah sejak dia lahir la kami dapat pakai kereta sendiri,
walaupun papa takde pekerjaan tetap, hanya berniaga sendiri,
walaupun mama ni masih belajar, struggle to become a lawyer suatu hari nanti.
tapi dgn kehadiran Harraz, hidup kami jadi lebih indah,
kami percaya rezeki anak itu sentiasa ada,
tapi janganlah sampai tak berusaha langsung.

so please jangan takut untuk ada anak.
anak tu sendiri pembawa rezeki.
who knows dgn kehadiran anak kita akan lebih berjaya, dapat kenaikan pangkat or etc.
mcm aku sendiri, aku ambil final exam semester 5 dgn mengandungkan Harraz yg dah hampir 8 bulan dlm perut, mmg tengah sarat time tu, nak duduk lama pun tak mampu sebenarnya.
tapi aku gagahkan jugak ambil exam, sambil dalam hati tak henti ckp "mama jawab exam ni, Harraz tolong mama dari dalam perut ye, nanti besar mana tahu Harraz tiba2 pandai undang-undang sbb selalu ikut mama pergi belajar." hehe.

and alhamdulilllah, walaupun aku rasa aku bakal fail beberapa paper sbb tak larat sangat nak study dah time tu, rupa2nya result aku langsung tak mcm yg aku jangka. aku lulus semua and pointer aku naik. memang bersyukur sangat time tu, terus usap perut yg dah 9 bulan lebih time tu ckp 
"terima kasih anak mama sbb tolong mama masa jawab exam hari tu."

so please jangan sampai taknak anak sbb takut susah nak besarkan dia nanti, takut dia banyak pakai duit kita. padahal anak tu sebenarnya rezeki buat kita.

:)

No comments:

Post a Comment