Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, September 5, 2015

bila dah masuk bulan 9

assalamualaikum..

skrg dah masuk bulan 9. kalau tahun lepas, tepat 30 september jam 1 pagi aku mengalami my first contraction. time tu dah 39 weeks mengandungkan harraz. sakit dia tak usah cakap la, mmg mampu buat berguling guling walaupun time tu kekerapannya baru 5 6 minit sekali. 

now, September comes again.
and I'm pregnant, again.
kalau ikutkan kiraan last haid, baby ni akan lahir 1 November nanti.
now kiranya dah 7 bulan lebih.

tapi...

mengandung kali ni yg mencabarnya ialah dgn kehadiran Harraz sebagai abang dia.
Harraz tengah zaman lasak dia skrg.
baru nak belajar tatih, dah merangkak rangkak satu rumah,
jenuh kejar dia satu rumah.
dah mengutip2 segala benda, must be more alert and careful.
dia punya berat MashaAllah, aku mengaku aku mmg tak mampu nak dukung dia lama2 dah dalam keadaan perut aku besar camni. senak sangat sangat kalau dukung dia.

pastu aku cepat rasa loya and hilang selera makan walaupun kandungan dah masuk third trimester. 
masa first and second trimester dulu takde pun loya ke apa.
skrg baru nak lost appetite bagai. 
aku sangat sangat kurang makan skrg.
so tenaga aku pun sangat lemah, yela bayangkan baby dalam perut pun nak makan jugak, so ape yang aku makan sikit tu la yang kami kongsi dua. 
aku mmg cepat letih, tulang belakang aku sakit kalau berdiri lama2. 
kalau pegang harraz lagi la, double extra pinggang aku sakit. 
sampai aku terpaksa baring at least setiap sejam untuk legakan sakit pinggang and belakang aku.

serius amat mencabar bila kandungan dah start masuk 7 bulan.
aku sakit.
penat.
tak larat.
letih.
emosi aku sangat sangat sensitif.
bila Harraz menangis2 depan aku and papa dia pulak takde time tu, dgn aku sendiri ikut menangis.
takkan nak marah Harraz, baby lagi dia tu, dia pun masih tak cukup kasih sayang lagi.
aku rasa nak menjerit, nak marah orang, nak mengamok,
tapi as a mother, mmg aku kena banyak sabar.
menangis je la yg aku mampu.

tapi kalau aku nangis, 
karang orang kata aku mengada-ngada.
orang pandang aku mcm lemah sangat,.
manja.
gedik.
nak perhatian.

trust me, 
aku tak hadap semua tu.

AKU LETIH SEBENARNYA.
AKU PENAT SANGAT SANGAT.

nak mandikan anak pun aku dah tak larat.
apatah lagi nak basuh berak dia dalam bilik air tu.
licin sikit aku boleh jatuh.
harrz tu berat, aku risau sangat kalau tgh dukung dia, takut aku tersadung ke apa.
takut pape jadi kat harraz and baby dalam kandungan aku ni.

aku rasa skrg emosi aku sangat sangat unstable. hence, this post.
aku taktau nak luah kat sape dah.
kadang2 aku rasa takde org paham pun sakit yg aku rasa ni.
bukannya aku mengeluh sbb pregnant lagi, malah aku anggap ni rezeki tak ternilai dari Allah.
tapi aku harap sangat orang sekeliling aku faham keadaan aku.
tolong aku apa yg patut, sentiasa ada di sisi aku.

ni bila dah masuk bulan 9, aku sangat takut kalau tinggal soraang.
lagi aku takut kalau suami aku takde dgn aku time ni.
sbb aku dah start rasa mcm mana aku rasa di saat saat akhir aku nak melahirkan harraz dulu.
sakit pinggang yg sama,
keras perut yg sama,
malah kaki aku akan tiba2 kejang.

i'm so afraid and stress right now.
dgn Harraz asyik memanjat2 perut aku minta perhatian.
I know he needs me. I need him too.
tp dalam keadaan skrg maybe its better if dia selalu dgn ayah dia lebih dari aku.
aku risaukan baby dalam kandungan ni.
aku nak dia lahir dgn selamat.
sihat walafiat mcm harraz abang dia.

September, please be nice to me.

ya Allah,
aku mohon kau permudahkanlah urusanku.
selamatkanlah anak dalam kandunganku ini.
jagalah dia dalam lindunganMU.
semoga dia lahir dgn selamat dan sempurna.

AMIN.

Please doakan aku untuk kelahiran kali ni.
aku dapat rasakan baby ni akan lahir tak lama je lagi.

my cute little Harraz. :)


No comments:

Post a Comment