Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, October 14, 2015

26 September 2015 - Harraz dapat adik :)

Assalamualaikum.

mcm yg aku jangka dlm post sebelum ni, when September comes, aku dapat rasakan aku akan bersalin. rupa2nya mmg betul telahan aku. walaupun ketika itu usia kandungan aku baru je cecah 35 minggu. yes, my son lahir pramatang. huhu. tp alhamdulillah berat dia time lahir tu dah pun mencecah 2.4kg. last scan berat baby baru 1.98kg. aku dah cuak dah kalau dia lahir berat bawah 2kg.

so, 26 September 2015, hari Sabtu, bermula la sakit contraction aku setiap 5 minit sekali start kol 10 pagi. memula aku taknak pun pergi hospital as aku ingatkan just sekadar false alarm Braxton Hicks contraction je agaknya. tp kol 12 tgh hari aku nak buang air kecil tgk2 keluar darah mcm darah period tu,. ape lagi, terus ajak suami pergi hospital sbb takut terberanak kat rumah pulak. haha. tp dlm kereta time otw pergi hospital tu aku masih tak rasa yg aku akan bersalin seawal ni. false alarm je ni rasanya.

rupa-rupanya, sampai je hospital, doc cek jalan rupanya dah bukak 6cm pun. nasib baik jantung baby semua okey. ctg pun sempat 10 minit je terus rasa mcm nak meneran sangat. mmg sangat senang proses bersalin kali ni. contraction pun tak lama. time Harraz dulu, hampir 24 jam aku menanggung sakit contraction. teran pun tak lama, tak sampai 10 minit baby dah keluar.

tepat jam 4.53 petang.
Sabtu, 26 September 2015, lahirlah hero keduaku, 
yg kami namakan Muhammad Sufi Adha bin Ahmad Taufiq.
Adha tu wajib ada sbb dia lahir hari raya ketiga AidilAdha. hehe.
harraz pun ade Adha, Muhammad Harraz Adha bin Ahmad Taufiq,
sbb dia lahir tiga hari sebelum raya haji.
kebetulan sangat anak2 iolls nak lahir time raya haji gak. haha.


inilah permata hati kedua kami, Sufi Adha.
tgk la hidung dia yg mancung dan tinggi tu. mmg Sufi ni banyak ikut belah papa dia. hehe.


Sufi ni banyak jugak beza dgn abg dia, Harraz. jari dia panjang2, ruas dia besar. muka dia pun bujur ikut papa dia. pendek kata, mmg variety anak2 iolls, sorang byk ikut mama, sorang lg ni byk ikut papa. hehe.

and here's my first picture of abang and adik together.


abg cucuk2 perut adik ajak main. comel sangat tengok. tapi tak lama lepas tu dilepuknya kepala adik dia. huhu. belum faham lagi dia dah dpt adik tu. 

empat hari lepas dapat adik, Harraz genap setahun umurnya.

1 OKTOBER 2015
genaplah Muhamad Harraz Adha bin Ahmad Taufiq umur setahun.
anak yg sangat sangat baik, tak banyak ragam.
perkembangan dia pun sangat baik.
dah mula nak berjalan skrg.


untuk anak sulung mama yg tersangatlah comel ni,
takde apa yg mama harapkan melainkan harraz akan membesar menjadi anak yg soleh and berjaya dunia akhirat.
semoga harraz dapat doakan mama and papa bila kami dah tiada kelak.
mama and papa sayang sangat sangat kat Harraz and kami akan cuba sedaya upaya membesarkan dan didik harraz sesempurna mungkin.
jangan risau pasal wang ringgit sbb kami akan usaha yg sebaik mungkin buat anak anak mama papa tersayang.
we really love you so much Harraz,
kehadiran harraz setahun yg lalu benar2 menjadi penyeri dan pembuka rezeki buat kami.
sejak ada Harraz, hidup kami tak pernah sunyi dan sentiasa dipenuhi dgn mcm2 ragam harraz.
terima kasih sbb jadi anak yg sangat baik buat kami.
mama doakan Harraz membesar dgn sempurna dan hidup Harraz sentiasa dilimpahi rahmat Allah.


gambar kenangan sewaktu menyambut ulang tahun pertama kelahiran Harraz.
,maaf ni je yg kami mampu buat sbb mama masih dlm pantang time ni, baru je lima hari lpas melahirkan Sufi.
ikutkan plan asal mmg nak buat majlis besar sikit skali dgn doa selamat utk senang bersalinkan adik dia nanti. tapi nak wat camne, kita merancang, Allah yg tentukan, tuptup adik keluar awal sebulan, melepaslah nak sambut. hehe

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

so, itu je la nak cerita dlm post kali ni.
ni pun masih dlm pantang 19 hari.
tetiba rasa rajin nak update blog pulak time ni,
semoga lepas ni akan lebih rajin update blog utk tatapan sendiri suatu hari nanti. hehe.


10.43 pm
14 Oktober 2015


No comments:

Post a Comment