Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, October 22, 2015

life bersama dua baby =)

Assalamualaikum.

Hari ni officially dah 27 hari aku berpantang. aku takde la pantang strict sangat pun. pantang jaga makan, pakai stokin, mandi air suam tiap2 kali mandi, sapu losyen anugerah kat perut, tungku (tu pun pakai bantal panas jenis moden tu) and bengkung (kadang2 je tu pun pakai bengkung moden jenis elastik tu). dlm pantang ni pun aku dah beberapa kali jugak keluar rumah and berjalan jauh (dari Banting ke Perak and vice versa) sbb Sufi ade appointment kat Hospital Slim River and Hospital Teluk Intan. 

aku kali ni berpantang kat Banting, sbb nak merasa pulak pantang rumah mertua. Alhamdulillah keluarga mertua mmg sangat baik and caring dari memula kawen sampai la skrg. nenek selalu masakkan makanan dlm pantang utk aku, bila jam dah pukul 12 tgh hari dia akan suruh makan takut masuk angin. kdg2 mak mertua masakkan. tp mak mertua kerja so selalunya nenek la yg masakkan. diorang pun byk tolong tengokkan harraz kat sana. mmg rasa tenang and selesa jugak la pantang kt rumah mertua ni. kat rumah sendiri pun selesa sbb time bersalinkan Harraz tahun lepas lagi mak dah buatkan satu bilik untuk aku kat tingkat bawah lengkap dgn bilik air khas utk senang aku berpantang. cuma kali ni saja nak try pantang rumah mertua lak. syukur sangat dikurniakan keluarga mertua yg baik.

ni masa hari ke 26 pantang. berat time ni 48 kg. hope boleh turun sampai 45kg pun jadi la. hehe. berat asal time memula kawen dulu 42kg. tp masa tu mmg kurus sangat. suami pun suka kalau tak kurus sangat. hehe. 

pantang kali ni, yg mencabarnya sbb ada dua baby. sorang baby besor umur baru setahun, sorang lg baby kecik yg baru lahir ni. baby besor lak skrg ni mmg tgh aktif melasak, fuhh, mmg jenuh nak ikut montot dia, paling tak tahan sbb dia suka masukkan benda dlm mulut, setiap apa yg dia jumpa atas lantai tu mmg dia akan masukkan ke dlm mulut. dia ni pulak jenis suka terus telan, so mmg selamat la benda tu dia telan. bila dia berak nampak la benda yg dia makan tu keluar balik kat poo poo dia. huhu. skrg pulak baru dapat kaki, lagi la kemain aktif. 

rutin harian kami, bangun tidur suami akan mandikan harraz dulu, sambil tu dia masakkan air utk mandikan sufi pulak and untuk aku mandi nanti. lepas siap mandikan harraz and pakaikan baju semua, turn baby kecik lak si sufi tu, yg ni mencabar sikit sbb sufi jenis tak suka air and tak boleh sejuk sgt, air mandi dia kena panas sikit daripada biasa, maybe sbb dia pramatang so dia nak yg panas2 je. huhu. so time mandi tu mmg dia akan menjerit meraung2 gaya mcm kena dera je dgn papa dia, huhu. lepas mandikan papa pakaikan dia minyak telon barut semua then pakai baju and bedungkan dia. lepas tu dia akan tidur lena. time siang mmg dia byk tidur je. lepas tu suami siapkan pulak air utk aku mandi. sambil aku mandi tu suami akan cari lauk utk aku makan nanti kat pasaraya. dah siap masak semua, aku makan, suami lak suapkan harraz makan. sambil2 tu sufi akan bangun mintak susu so one of us akan susukan dia, sbb dia nyusu pakai botol as dia takleh direct breastfeed. petang lak rutin yg sama mcm pagi td, suami akan gilir2 mandikan diorang and siapkan air mandi utk aku. bila malam lak, harraz akan main dgn aktifnya sampai kol 10, kol 10 mmg time tidur dia so suami akan masuk bilik, pasang kipas kuat2 and direct kat dia sbb harraz mmg jenis takleh panas langsung, dia nak sejuk je. dia ni kalau nak tidur kena ada puting and lampin kat tangan and paling penting, kena tepuk montot comel dia sampai dia tidur. so one of us akan tidurkan dia sambil lg sorang susukan si adik sbb si adik time malam mmg kuat nyusu, tiap sejam akan bangun mintak susu. bila harraz tidur, aku pun akan tidur sbb mlm nanti nak bergilir jaga sufi. selalunya aku akan tidur dulu while husband melayan si sufi sampai pukul 2 pagi, lepas tu aku pulak bangun sampai la time subuh. subuh suami bangun solat and sambung susukan sufi. begitulah seterusnya setiap hari. haha. ruitn yg sama... sampai la aku habis pantang nanti InshaAllah. bila aku dah habis pantang baru la kami boleh mula mencari duit balik. duit simpanan mmg pakai khas utk dlm pantang ni. sbb nak jaga tiga org sekali bukan senang, full time job. nasib baik ada suami yg sanggup berkorban jaga kami bertiga yg amat memerlukan ni. huhu. 

terus terang aku ckp, suami mmg sangat expert jaga baby drpd aku. anak2 kami mmg dia yg banyak jaga. masa harraz kecik dlu pun byk suami yg jaga dia. berjaga malam, susukan anak, basuh berak anak, mandikan anak. syukur dikurniakan suami mcm ni. bagi aku, biarlah tak kerja gaji besar pun, janji tanggungjawab dia tetap jalan. makan pakai semua duit dia, bukan duit aku pun. aku tak keluar satu sen pun. 


tgk la kedua anakku dipakaikan bedak sejuk oleh papanya. hehe. bedak sejuk tu papa beli sbb muka sufi tiba2 naik ruam sikit, biasa la baby baru lahir kan. 


inilah si baby besor yg aktif dan lasak skrg. ni maksu ikanye pakaikan tudung dia, comey betoi nengok mcm perempuan. teringin lak nak anak perempuan. hehe

life bersama dua baby ni mmg agak mencabar jugak la. nanti bila si adik dah makin membesar pun lagi mencabar rasanya. huhu. tapi yg bestnye mesti diorg berdua rapat and jd mcm bestfriend nanti. takde la harraz alone je main sorang2.. mmg la skrg terasa penatnya jaga dua baby ni, tp inshaAllah besar pahalanya and nanti diorg ni jugak la yg akan tolong kita masa tua nanti. tak rugi anak ramai ni. hehe. walaupun baru dua. inshaAllah nanti nak menambah jugak lagi cuma lambat lagi la kot. dah penat dah dua tahun berturut2 beranak. haha


2 comments:

  1. Assalamualaikum awak. Taniah dah ada 2 baby dah. Hehehehe alhamdullilah, best dapat suami yg pandai jaga anak2 ni.. happy for u. Tak sabar nak jaga 2 baby ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awak.. awak pun nak masuk dua dah ke?

      Delete