Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, November 19, 2015

A fulltime housewife

Penat.
Lelah.
Letih.
Lemah.

Tapi,
Seronok sangat.
Tengok anak anak membesar depan mata.

Rutin harian.
Lepas Subuh, terus bangun,
lipat kain sementara anak tgh tidur,
sapu sampah.

Lebih kurang jam 8, anak anak akan bangun. Selalunya Harraz akan bangun dulu sbb adik dia tidur lambat, jam 4 5 pagi baru tidur.
Buat susu harraz, bagi dia minum
Then mandikan harraz.
Bagi dia sarapan.

Adik pulak bangun.
Mandikan adik.

Then harraz lak berak. Bukak baju and seluar harraz balik sbb nak basuh berak dia.

Lepas tu nyusukan adik. Adik lak x mau tidur. So terbantut lagi semua kerja sbb adik nak menyusu aje.
Harraz berkeliaran dlm rumah.
Panjat sana sini.
Makan itu ini.
Kena pantau 24jam.
Kdg2 tengah dukung adik terpaksa dukung dia sekali yg tgh buat aksi lasak dan membahayakan contohnya panjat tangga.

Bila Harraz dah penat, try tidurkan harraz. Tu pun kalau adik dah tidur. Kalau belum, mmg ngadap la budak berdua tu. Makan idak lagi, mandi idak lagi.

Begitulah hidup as surirumah sepenuh masa dgn anak dua yg masih sangat kecil, jarak umur hanya setahun.

But overall, sangat best and bersyukur dgn kurniaan ALLAH ini.
Anak anak yg semakin membesar, sihat, lasak, aktif.
Tiada lagi yg membahagiakan seorang perempuan dgn adanya anak anak dan suami di sisi.

:)

Friday, November 13, 2015

habis pantang

Finally 9 November 2015, habislah sudah tempoh berpantang aku selama 44 hari. Bermakna sudah 44 hari jugalah usia Sufi di muka bumi ni. Tp walaupun dah lebih sebulan, badan dia masih kecik mcm baby baru lahir sbb mmg sepatutnya bulan ni baru dia lahir pun.

Hari ke 44 ni jugak, aku ambik cucuk perancang kat klinik kerajaan. Sekali dgn buat pap smear. Takde la sakit pun check pap smear tu. Dia akan masukkan mcm alat ape entah kt dlm kita punya vagina. Mmg la ade rasa senak sikit tp tak la mcm kena seluk dgn doktor time nak bersalin tu. Hehe.

Dan hari ke 44 ni jugak, baby myvi kesayangan aku eksidennnnn. Terdiam jugak la aku. Adik ipar yg bawak. Hum nak wat camne, benda dah nak jadi. Tp agak terkilan la sbb susah payah kitorg nak dpt sebuah kereta dulu, susah payah jugak setiap bulan kitorang bayar duit kereta tu, mmg la bayar pakai duit rumah sewa suami, tapi bila duit sewa dah buat bayar kereta, makan pakai pe semua dtg celah mana duitnya? Duit aku gak tokok tambah. So mmg agak terasa la sbb first time bayar kereta sendiri bulan2.. eksiden pun bukan sikit2, teruk kereta myvi tu sampai hancur bonet depan. Mmg hancur habis la. Sampai kena tow kat tengah2 highway tu. Entah bila la akan dapat kereta tu balik and entah berapa la kos nak repair. Bukan sikit2 nak repair tu, hancur kot. Entahlah, taktau nak cakap camne, dgn kitorg mmg nak pakai kereta sbb nak pergi appointment sufi la, aku lak nak sambung belajar or kerja lepas ni, mesti la nak drive sendiri. Tapi takpe la, ujian Allah. Terima je la dgn redha walaupun ada jugak rasa terkilan dlm hati.

Sekian my rambling for today. Hope tomorrow will get better. And semoga ada rezeki kami lepas ni.

Saturday, November 7, 2015

hanya pinjaman dari Allah

assalamualaikum.

5 November 2015,

aku dan suami dikejutkan dgn berita, anak yg dikandung oleh sepupu meninggal dlm perut.
usia kandungannya sudah mencecah tujuh bulan tika itu.
upon hearing it, meremang bulu roma aku.
because I just gave birth, to a premature baby, yg sepatutnya masih dlm kandungan lagi.
and he is alive, he survived.

aku bagai ditarik tarik utk mensyukuri nikmat Allah
yg kadang2 aku terlalu penat dan lemah hingga lalai utk bersyukur.
as I said in the entry before, life bersama dua baby, mencabar sungguh.
tidur mmg takkan cukup, segalanya kena dua kali penat, sbb dah ada dua baby yg perlukan perhatian.

I am slapping my own self.

kau nak penat kenapa?
Allah bagi kau nikmat anak dua !
orang lain teringin sangat nak anak.
ada yg mmg tak mampu.
ada yg kecundang di pertengahan.
tapi kau?
rezeki anak tu mudah sangat Allah bagi.
jangan nak mengeluh penat !

_________________________________________________________________________________

anak tu cuma pinjaman dari Allah SWT
begitu juga suami
mak
ayah
family
semua akan ditarik balik suatu hari nanti

dan aku harap
sepanjang aku hidup
selama mereka masih ada depan mata aku
aku harap aku dapat jadi yg terbaik utk mereka
aku harap dapat buat yg terbaik utk anak anak aku
sbb satu masa nanti, kami akan terpisah jugak
sama ada aku pergi dulu, atau mereka pergi dulu
Allah saja yg tahu

dan hanya Allah saja yg tahu
betapa aku terlalu menyayangi anak anak aku
anak hasil cinta aku dengan suami yg sangat aku cintai


and I love them so much...

permata hati aku dunia akhirat
saham akhirat kami

dan aku perlu bersedia 
jika satu hari nanti Allah nak ambil mereka kembali
sbb mereka cuma pinjaman dari Allah
:'(

_________________________________________________________________________________

November 2015

HARRAZ ADHA

Harraz dah expert berjalan. and sometimes running.
dah mencecah setahun sebulan usianya.
mmg lincah sungguh.
ke sana ke mari, mmg jenuh ikut bontot dia aje.
kalau leka sikit, nun dah sampai ke dapur
nun da sampai ke bilik air
budak baru dapat kaki lah katakan
and dah mula ikut apa org cakap
gigi pun dah 8 batang
atas empat
bawah empat


my handsome Harraz


sejak dpt kaki mmg takmau duduk diam


dah pandai ikut mama and papa solat
dia skrg dalam fasa ikut je perbuatan org


SUFI ADHA

Sufi dah cecah sebulan lebih usia dia.
got his one month injection already.
badan dia pun dah nampak makin besar sikit
but still belum cecah 3kg at the time I write this
we still give him susu pramatang, jenama Similac
setin kecil harga RM35
mmg elok utk naikkan berat badan especially utk bayi pramatang
sepatutnya bulan November ni baru dia lahir huhu


Sufi on 6 November 2015
day 41 of life

yg kami risau sbb skrg ruam makin byk lak naik kat muka dia
at first, kami letak bedak sejuk tradisional beli kat kedai jamu
masa harraz dulu cepat turun ruam dia lepas sapu bedak sejuk
but dia ni tak jalan lak bedak sejuk tu
makin banyak lak naik nampak
now we try letak jellovera
beli kt kawan mak
hope hasilnya memberangsangkan
kesian tgk pipi dia penuh ruam :(


when both of them nak perhatian papa. hehe
comel sangat tengok
husband mmg jaga diorang 24 jam
sepanjang aku dalam pantang ni


tengok la tu Harraz dok peluk kaki papa
sbb takut dgn orang
dia mmg jenis takut dgn orang
nampak org yg dia x prnah nampak mula la nak nangis
maybe sbb 24 jam dok dgn parents je

sekian coretan anak anak kali ni
next time kalau rajin aku hupdate lagi
macam la ada org baca ye dak?
more to tatapan sendiri di masa hadapan nanti actually.

________________________________________________________________________________

7 November 2015
6.10AM

a moment of silent and unhappiness


aku rasa aku ni sejenis manusia yang
bilamana orang buat hal dgn aku
sekejap je aku boleh marah or benci dia
lepas tu aku okey macam biasa

tapi parut dia, MasyaAllah
sampai mati kekal dalam hati and minda aku
sampai mati
sebab aku adalah sejenis manusia 
yang pendendam dalam diam
dendam yg bukan utk dibalas
tapi dendam yang aku simpan lumat2 dalam hati
kemudian aku sendiri menangis
sbb aku sedar betapa lemahnya diri aku
tak mampu membenci orang
tak mampu melawan lagi

mungkin hati aku dah jadi tisu
sejak aku menjadi ibu
dan isteri kepada seorang suami
yg tahap penyabarnya 1000 kali ganda dari aku

mungkin juga kerna aku kini telah berubah menjadi
seorang wanita

________________________________________________________________________________

izinkan aku meluahkan apa yg aku rasa
di pagi yg hening sebelum subuh menjelang

bismillahirrahmanirrahim

tepat tanggal 22 Januari 2014, tarikh yg tak mungkin terpadam dari ingatan aku
arwah ayah dan adik aku pergi meninggalkan kami satu keluarga
without even saying goodbye, or any last words 
dalam sekelip mata, mereka pergi buat selama2nya

tinggallah kami sekeluarga, 6 beranak
aku
mak
angah
hanis
aidil 
irah

dan keluarga kecilku
aku 
suami

kini hampir dua tahun peristiwa pahit itu berlalu
keluarga kecilku juga telah berkembang menjadi
aku
suami
harraz
sufi

ayah pergi, meninggalkan beberapa waris
opah
atok
mak
aku
angah
hanis
aidil
irah

and we received some money
pampasan
insurans
etc

a lot actually
but all has been divided accordingly
mengikut hukum faraid
alhamdulillah

syukur kehidupan mak and adik2 menjadi senang
tiada lagi istilah kesempitan wang as they received monthly allowance

but as time goes by
"rumah" kami yg bernombor 226, yg pernah kami sama sama duduki
bersama arwah ayah dan adik
tempat kami main sama ama suatu ketika dulu
had totally changed 100%

rumah kami semakin besar
luas
selesa
penuh dgn keseronokan dunia

tapi
.
.
.
.
.
.
kosong
sumpah terasa kosong
bukan lagi seperti dulu
dan mungkin tak akan lagi jadi seperti dulu
sbb semua orang dalam rumah ni
dah berubah

mungkin masing2 terkesan dgn pemergian ayah dan adik
dengan cara masing masing

mak tidak lagi memasak hari2 seperti dulu
masak lauk2 kegemaran ayah
tunggu ayah balik dari kerja
tiada lagi masakan emak yg istimewa
aku masih ingat mak selalu masak lauk kegemaran ayah
pecal
gulai pucuk paku
gulai itu ini
dan kami makan dgn bahagia sekali
air tangan seorang ibu

tapi skrg,
dapur dah bertambah besar
ada kabinet baru
lawa
tapi
sangat jarang masakan mak ada

aku jadi segan nak mintak mak masak mcm dulu
padahal aku teringin sangat nak rasa masakan2 mak yg pernah mak hidangkan utk ayah dan kami suatu masa dahulu

tapi aku faham
mak adalah insan yg paling rapat dgn arwah ayah
yg kongsi segala2nya dalam hidup
aku faham sbb aku juga dah bersuami
dan sakit kehilangan ayah tu tak mungkin dlm masa dua tahun mak boleh lupakan
malah tidak akan mak dapat lupakan seumur hidupnya

adik adik aku
makin hari makin besar
dua orang bawah aku dah remaja pun
masing2 tenggelam dalam dunia sendiri
gadjet
laptop
phone
kita duduk satu rumah tapi sangat jarang berkumpul duduik sama sama
sembang sama sama
mungkin sbb kami macam dah terpisah dua family
satu family besar
satu family kecil aku

dan aku more to my little family
sbb aku ada dua anak kecil
dan suami yg perlukan perhatian
dan aku sendiri
syurga di bawah tapak kaki dia

pendek kata,
segala2nya telah berubah
tak lagi macam dulu
mungkin aku juga telah berubah
mungkin aku juga ada salah dan silap aku

tapi sumpah aku teringin
agar family kami kembali mesra seperti dulu
tanpa perlu ada jarak antara kami
kerna aku juga salah seorang waris arwah ayah
walau aku bukan salah seorang penerima wang pencen arwah ayah
walau aku dah ada family sendiri
tapi aku, adalah anak sulung arwah
ANAK KANDUNG arwah
waris sah arwah
bukan hanya kalian anak beranak

minta jangan ada jarak antara kita
once a family, always a family
walaupun segala2nya telah berubah..

kesenangan dan kemewahan hidup
mampu meruntuhkan nilai kekeluargaan

walau aku sudah punya anak sendiri
tapi demi Allah, aku sayang adik adik aku sama macam dulu
tak ada sikit pun yang berubah
aidil dan irah tu
dari kecik aku jaga 
dari kecik aku sayang sungguh2
dan sekrang mereka sayang anak anak aku
mereka pulak tolong jaga anak anak aku

tapi ada yang salah anggap
ada yang tak puas hati dgn aku rupanya
sampai mati weh
sampai mati
aku takkan lupa orang tengking aku
"ANAK KORANG JAGALAH SENDIRI!!!"
sampai mati

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

sekian.
I will stop ranting here.
kisah ini tutup kat sini.
aku dah luah
aku dah lega
walaupun arwah ayah tak dapat baca
macam dulu dulu
tapi dalam doa aku
aku bersungguh mintak arwah ayah tolong tengok tengokkan kami
tolong jangan biar ada jarak antara kami
tolong hilangkan rasa terkilan dalam hati aku ni
sbb aku terkilan dgn family sendiri
bukan orang lain, bukan family mertua
tapi darah daging aku sendiri
ya, aku terkilan, marah, terasa hati, sakit
sbb darah daging aku sendiri, bukan orang luar

ok titik, noktah.


"Ohana means family. Family means no one get left behind or forgotten."

_________________________________________________________________________________

Saturday
7 November 2015
5:04 AM