Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, February 6, 2016

kita dan kenangan lalu

suamiku, aku tidak akan pernah lupa, saat kau pernah buang semua rasa dan cinta dalam hati aku ni, saat kau campakkan aku jauh dari hidup kau. hidup tanpa kau, tanpa sedikit pun khabar berita dari kau, walaupun hanya untuk 30 hari, cukup buat aku derita bagai nak mati. aku bersumpah kau la yg terakhir akan aku cinta, bagi aku lelaki semua sampah, bila nak, kemain lagi bersepah ayat ayat cinta ditabur, bila taknak, habis madu sepah kau buang tanpa belas kasihan. sampahhh.

tapi suamiku, aku lupa, jodoh itu punya Tuhan, bukan punya aku. ditentukan Dia, bukan aku. 30 hari genap tanpa kau, saat aku sudah boleh duduk makan tidur dgn lena tanpa kau di sisi, walau rindunya pada susuk tubuh manis seorang lelaki itu takkan pernah padam, kau muncul semula! kau muncul kembali dalam hidup aku, aku taktau apa sebabnya, tapi yang pasti, tika itu hati aku penuh dendam dan amarah. setelah kau buang, setelah kau campak aku bagai tiada maruah, kau nak kutip balik aku? oh tidak semudah itu wahai lelaki. meski tak dapat aku nafi, cinta dan rindu itu tak pernah padam untuk kau, tapi dendam kesumat dalam hati aku lebih parah.

suamiku, usai cerita tentang kisah hitam kita. aku lupa jodoh itu sudah tertulis sebelum aku dan kau hidup lagi. dendam yg aku simpan untuk kau, rupanya berubah menjadi cinta yg jauh lagi besar berbanding sebelum kisah hitam kita. ya suamiku, aku jatuh cinta pada kau sekali lagi, dan kali ni, aku pasti cinta aku ni sangat sejati. kerana susuk tubuh lelaki ini, orang yang terlalu banyak berkorban demi seorang aku, seorang aku yang langsung tiada apa apa kelebihan. seorang aku yg belum layak sama sekali bergelar isteri tika itu.

suamiku, pertama kali memelukmu sebagai seorang suami yang sah, aku jatuh cinta. pertama kali dicium olehmu, aku jatuh cinta. pertama kali bersamamu sebagai suami isteri, aku jatuh cinta. gugur segala dendam kesumat yang ada dalam hati aku, berganti cinta dan sayang yg tiada kesudahan. oh Tuhan, indahnya percaturanmu. Kau buang segala cinta tak halal sebelum akad nikah kami, lalu Kau ganti dgn cinta abadi sepasang suami dan isteri.

suamiku, pabila kita kenang kembali kenangan lalu, sungguh kita takkan sangka sama sekali kita berjodoh. tika satu dunia menentang hubungan kita, tika kita sendiri tidak mengerti apa yg kita mahukan dlm hubungan kita, Allah mudahkan jalan utk kita bernikah. 15ribu wang hantaran dgn sekelip mata kau mampu sediakan. berbekalkan 110 ringgit mas kahwin yg kau kumpul hasil titik peluhmu meniaga air soya di bazar ramadhan, kau nikahi aku di hadapan waliku, arwah ayahku.

suamiku, sebagaimana aku tak dapat lupa bagaimana kau pernah buang aku dulu, seperti itulah juga aku takkan lupa bagaimana kau jaga aku selepas kita bernikah. kau adalah malaikat aku di dunia. walau kau manusia yg tak lepas dari salah dan silap, tapi kebaikan kau menutupi kekurangan kau. kau utamakan aku dalam segala benda. kau cuci muntah aku, kau pernah cuci air kencing aku tika aku baru lepas bersalin dan berpantang di rumah, 100% kau yg jaga. kau masakkan utk aku, kau cuci luka di kemaluan aku, kau basuh darah nifas aku,   kau papah aku, kau mandikan aku, segalanya kau lakukan dgn penuh kasih dan sayang. sedikit pun kau tak pernah mengeluh.

"Allah, untuk suami sebaik dia, kurniakan dia Syurga abadi."
doa aku senantiasa tanpa jemu.

suamiku, kita kini punyai dua zuriat hasil cinta kita. dua permata yang sangat comel. siapa sangka kan, hubungan yang penuh onak duri suatu ketika dulu, kini menjadi bahagia sebahagianya. keletah anak anak kita, menambah bahagia dalam hubungan kita. terima kasih suamiku, kerana menjadi suami yang sangat baik buat aku. di sisi Tuhan, aku doakan agar Dia pandang kau, agar Dia hapuskan segala dosa2 kau, masukkan kau dalam syurga, sebab kau sangat layak di sana.

suamiku, kita dan kenangan lalu sebenarnya sangat pahit untuk diingati kembali, tapi yang pahit itulah menghasilkan kemanisan yang tiada terhingga kini. tujuan aku menulis ini, adalah kerana aku menghargai kenangan lalu kita, aku ingat setiap satunya yang pernah terjadi, aku ingat setiap tangisan dan ketawa yang pernah kita lalui.

dan untuk semua itu suamiku, ketahuilah, aku tersangat mencintai kamu. andai aku mati dan hidup semula sekalipun, aku akan tetap mahukan kau menjadi suamiku.

# suamiku, kita tak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. kita tak tahu selama mana kita akan hidup bersama. kita tak tahu perancangan Tuhan untuk kemudian hari. sbb itu, aku suka coretkan segala kenangan kita di sini, di blog ini, blog yg aku mulakan tika aku mula cuba jatuh cinta dgn kau, hinggalah sampai akhirnya cinta kita kelak, mudah mudahan di Jannah nanti. :)

No comments:

Post a Comment