Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, February 4, 2016

Papa, kerja, dan anak

Assalamualaikum.

Dah agak lama aku tak update blog. Sibuk sangat dgn anak2 since jadi fulltime housewife ni. Huhu. Tambah2 anak2 lak makin membesar, masing2 dgn karenah dan telatah masing2.

Papa dah start kerja 1 Januari 2016. Sebelum ni papa sara kami anak beranak dgn berniaga. Tp sejak kami pindah ke Banting semula ni, papa dah takde port nak niaga. So papa kena kerja makan gaji jugak. Memula hari tu papa ada interview kerja kat hotel @ KLIA. But tak dapat. So papa cari kerja lain dulu. Tgk kat McDonald ada kerja kosong. So papa decide kerja situ dulu.

So now, since papa dah kerja, aku jadi fulltime housewife la. Tapi nasib baik sangat2 papa jenis yg membantu dlm semua kerjarumah. Walaupun papa penat balik kerja, he will never forget to help me. Papa kerja late night. Masuk kol 11 mlm, balik kol 7 pagi. Balik je dari kerja papa akan bawak balik breakfast McD. Then kami akan breakfast sama2. Papa akan cerita pengalaman dia kerja hari ni. Hari dimulakan dgn perkara yg positif, sembang sama2 di meja makan sambil suap anak makan. Makan sama2 kongsi satu burger McD.

Then papa akan tolong mandikan Harraz. Aku mandikan Sufi. Setel mandi anak2, papa tidur. Sampai waktu Zohor, papa bangun, solat and sediakan makanan utk kami anak beranak. Selalunya papa akan belikan nasi kukus ayam berempah harga RM5, besar ayam dia, kami kongsi makan 3 beranak, papa, aku dan Harraz. Alhamdulillah kenyang. Lepas tu, turn papa akan tolong aku jaga anak2. Susukan Sufi, main dgn Harraz.

So far kami skrg masih duduk menumpang di rumah parents mentua di Banting.  Tapi, kami dah decide utk duduk rumah sendiri tahun ni. InshaAllah nak berdikari sendiri, kawen pun dah nak masuk 3 tahun kan. So kami akan duduk kat rumah sendiri, iaitu mmg rumah suami aku sendiri. Sebelum ni kami sewakan kat org lain, duit sewa tu kami buat bayar kereta Myvi RM500 sebulan. Tapi since lepas ni kami nk duduk rumah tu, ansuran kereta kena pakai duit gaji papa lah. So agak sesak sikit lah lepas duduk rumah sendiri nanti. Tapi takpe, perlahan2 bina hidup sendiri. Bak kata pepatah, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.

Aku pulak baru je mohon utk kemasukan ke Ijazah Professional Sarjana Muda Undang2 di Uitm. Means kalau dapat, aku akan mula masuk belajar September ni. Tempohnya setahun. Lepas aku habis, aku akan start chambering setahun utk jadi lawyer. InshaAllah lepas tu aku akan bekerjaya sbg peguam. Aku buat semua ni utk kejar cita2 aku and utk senangkan family. Takpe la setahun aku terpaksa korban waktu dgn anak2 sbb life masuk profesional degree ni sangat2 sibuk. Kadang2 kena stay kat firm sampai 2 3 pagi. Huhu. Balik pun malam. Aku pulak akan berulang setiap hari dari Banting ke Shah Alam. So nak pergi uitm je dah makan masa sejam. Mmg kena gerak sebelum subuh lagi. Kalau fikir2 balik, aku pun taktau la mampu ke tak. Tp InshaAllah, aku akan cuba kuat. Sbb suami pun sokong and galakkan 100% aku sambung study.

So tu je la kot yg aku nak cerita dlm entry kali ni.

Papa, adalah tonggak utama keluarga kami. He's the best husband and father for me. Terima kasih papa sbb jadi ketua keluarga yg sangat baik utk kami anak beranak. :)

No comments:

Post a Comment