Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, January 29, 2017

perpisahan terakhir

assalamualaikum.
bagaimana harus aku memulakan bicara, sedangkan hati masih enggan melupakan apa yg telah terjadi.
benar, jodoh, ajal, rezeki, semua itu rahsia Allah.
maka kini, aku coretkan secebis kisah untuk aku ingat sampai mati,
kisah pemergian dua orang insan paling aku sayang dalam hidup aku, dua orang insan paling dekat dalam hidup aku, 
kisah pemergian ayah dan adik aku.

suddenly.
Allah tarik ayah dan adik dari dunia, dengan cara yang paling aku tak sangka.

22 Januari 2014, masih segar di ingatan apa yang berlaku, masih terbayang-bayang di mata kejadian yang menimpa. sbb aku, adalah antara manusia yang sempat tengok mereka di lokasi kejadian.

subuh, mak ketuk pintu bilik kami dgn ketukan yg paling kuat, bagai nak pecah pintu bilik sambil menjerit, "along bangun!! ayah kamu eksiden!!" 
sekelip mata darah berderau, hati berdebar. "Allah, selamatkan ayah dan adik." merayu dalam hati.
kawan pakngah(adik ayah) yang bgtahu mak and bawak kami ke tempat kejadian di Klah Baru, Sungkai. my husband pergi kampung kt Menderang, Sungkai bgtau pakngah, suruh pakngah datang. but at that time mak tak bagi bgtau opah lagi, sbb opah ada sakit jantung, takut opah shock.

dalam kereta otw nak ke tempat kejadian, mak dah menangis2 sambil beristighfar. aku peluk aidil dan irah sambil tak putus2 berdoa, moga2 kemalangan kecik, moga2 ayah dan adik selamat. sumpah, itu adalah detik paling mencemaskan dlm hidup aku. paling menyeksa batin bila meneka, apakah ayah dan adik selamat? apakah hanya kemalangan kecil? apakah tak teruk sangat? hati sangat berharap apabila sampai, ayah dan adik masih bernyawa dan tidak apa-apa.

tapi, apa yang aku lihat, runtun jiwa dan luruh segala rasa. benda pertama yang aku nampak adalah seekor lembu besar gedabak mati terlentang tgh jalan. at that time my mum dah meraung dan tersungkur atas jalan. aku papah mak bawak ke tepi. dan saat itu juga aku nampak kereta Kelisa kami hancur tgh jalan, dgn bahagian penumpang tempat arwah adik duduk remuk teruk berlumuran darah.

aku terkedu. namun tiada tangisan yang mengalir. tiada air mata jatuh menuruni pipi. sbb aku mengharapkan ini semua satu mimpi ngeri, yang aku akan tersedar pada penghujungnya. aku peluk aidil yg sedang menangis tanpa suara, dan irah yang diam tak mengerti apa-apa. dan tika itu juga aku nampak sekurjur tubuh terbaring kaku di atas jalan raya, masih kemas berpakaian seragam KRS, sbb hari itu hari Rabu, hari pakai baju unit beruniform. dan itulah jasad ayah. 

ayah.
terbaring tanpa nyawa.
lengkap berpakaian KRS, 
dalam perjalanan untuk pergi mengajar.
kelu lidah tanpa kata.

kemudian aku lihat angah, adik kedua ku, menangis di bahu jalan sambil ditenangkan rakannya, dia masih berpakaian sekolah.
rupanya angah sebenarnya dah sampai ke sekolah pagi tu, tapi hati dia tak sedap, dia keluar balik dari sekolah and pergi ke jalan besar, kat situ dia dah tgk kereta jammed, dia tahu ada kemalangan. dia terus bawak motor ke depan sambil hati berdoa "moga-moga bukan ayah, mintak-mintak bukan ayah."
dan sampai2 je kat tempat kejadian, dia nampak kereta Kelisa, dia dah cuak. dan apabila nampak plat NBG, dia menggeletar. dan dia nampak adik yang masih tersepit dalam kereta. dia menangis. menangis teresak-esak. 
dia sampai dulu dari kami. hanya kerana gerak hati seorang anak. sedangkan sepatutnya dia dah sampai kat sekolah dia. tapi dia keluar balik, kerna hati tergerak untuk pergi ke jalan besar.
dia nampak segala-galanya. dia antara yang terawal sampai ke lokasi. 

...................................................................................................................................................................

noktah,

aku tak mampu nak tulis lagi, post ni dah ada dalam simpanan draft aku bertahun lamanya. 2014. tahun mereka pergi. skrg dah 2017. dah tiga tahun berlalu sejak ayah dan adik pergi.

jujur, aku masih teringat dan terbayang-bayang segala-galanya. masih segar dalam ingatan. setiap apa yang jadi pada tarikh 22 Januari 2014. kemalangan yang meragut nyawa dua insan yang kami sayangi. yang menjadikan aku yatim sekelip mata dalam pelukan seorang suami. syukur pada ketika itu aku sudah berkahwin, ada kekuatan untuk aku teruskan apa yang aku dah mulakan demi ayah.

ya Allah, rupanya segala2nya ada hikmah. keputusan aku untuk kahwin awal, usaha kami utk yakinkan arwah ayah utk benarkan kami menikah, rupanya sbb ayah dah nak pergi pun empat bulan lepas kami nikah. sempat dia serahkan semua amanah dan tanggungjawab ke bahu suami aku.

22 Januari 2014 - damailah ayah dan adik di sana. kami di sini sentiasa mendoakan kalian.

Al-Fatihah. 

No comments:

Post a Comment